Search This Blog

Loading...

Wednesday, April 22, 2015

Daftar Haji

korang dah daftar haji?

aku ni nak daftar duk bertangguh2..
setahun ke setahun..
asyik la lupa.
dah pegi tabung haji, setel urusan, balik camtu  je.
selalu pegi pun nak simpan/keluar duit la kan?

baru2 ni aku pegi simpan duit anak2.
duk usung buku simpanan ngan duit diorg berbulan dlm handbeg aku.
kebetulan lalu otw g opis, singgah terus la.
org pun tak ramai.
nak simpan duit, kejap je.
dah tak payah isi form apa skang ni.
ambil nombor, tunggu nom dipanggil, bagi terus je kat petugas kaunter.
diorg yg isikan form, tu pun tulis amount yg nak disimpan je.

dah setel, akak tu tanya aku, dah daftar haji ke belum.
aku cakap belum and dia tanya nak daftar tak?
haruslah nak kan?
then dia buatkan terus.
oh, tak payah isi borang bagai dah skang ehhhh?
diorg key in dlm sistem terus.
senang kejaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

dengan syarat...
ada akaun tabung haji.
ada simpanan rm1300 minimum.
and duit tu tabung haji akan lock and tak blh keluarkan.

dah alang2 kat situ, aku daftarkan sekali utk abah and umi.
diorg pun tak pegi daftar lagi.
sebab dulu kan kena g daftar sendri, isi borang bagai.
skang ni tak yah dah.
aku ada nom ic diorg, so kasik je kat petugas kaunter tu.

then, dia akan bagi 1 salinan..



tahun peruntukan haji is 2083..
huiyooooooooooooooooo..
ntah panjang umor ke tidak la tu..

don wory..
tu cuma estimate time.
estimate time tu berdasarkan turutan org yg daftar.
kalau duit cukup, boleh buat permohonan.
ada caranya..
boleh refer dgn tabung haji semula.

bila dah daftar ni, harap2 aku dapat konsisten simpan duit utk  menjadi tetamuNya.
target utk mak bapak aku dlu la.
diorg bukan muda lagi.
dan berdoa moga2 hasrat ni tercapai.
Amin..

skang ni, simpan jugak.
kering sket, g korek.
heheheh..
tanamkan azam, Insyallah...

sapa tak nak g tanah haram kan?

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...