Search This Blog

Loading...

Tuesday, June 30, 2015

Apalah dosa anak kecil itu...

Antara news paling hot sekarang di Malaysia..
rasanya semua dah tau kan?
kes adik yaya atau Nur Zuliana Zaara yg kena dera tu..

mula2 aku tgk kat fb, lepas tu tgk kat berita.
lepas tu baca kat media sosial yg lain.
Allahuakbar!!!

anak itu baru 5 tahun.
tapi kena dera sampai sebegitu rupa.
speechless..
sebak..
sedih..

apalah dosa anak tu.
kalau dia degil, tak dengar kata, nakal sekali pun, bukan itu caranya.
baru 5 tahun, apa yg dia tahu.
wajarkah dipukul, diseksa sampai sebegitu rupa.
manusia jenis apa korang ni?
dari ibu tiri dan bapa kandung sendiri.
Ya Allah....
bila bertunjangkan nafsu, beginilah akhirnya..

sedih sgt.
memang sebak dada, menitik air mata aku baca berita pasal ni.
sampainya hati korang.
masa korang pukul dia, apa yg ada dlm hati ha?
kalau pun tak suka anak itu, jgnlah buat mcm tu.
sampai patah rusuknya, melecur sana sini, luka.
korang pukul dgn apa ha?
lepas pukul dibiar mcm tu je.
biar luka tu sembuh sendri.
budak 5 tahun oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
Masya Allah..
takda perkataan nak gambarkan semua ni.
Amni tu aku baru cubit hujung jari je, dia punya meraung mcm takda esok.
bayangkan kalau kena pukul sampai patah tulang, mcm mana sakitnya.
macam mana keadaan dia tahan sakit tu, sampai sembuh sendri.
lepas tu kena pukul lagi.
Allahu..
tak leh nak hadam, nak terima dek akal.
manusia berhati iblis mcm tu.
duk menaip ni pun rasa ketar2 tgn sebab geram dan terbayang mcm mana dia menahan sakit tu.
kita yg dah besar gabak ni, tergeliat sket pun dah menangis.
inikan pulak budak 5 tahun.

tak tau nak bagi gelaran apa kat ibu tiri and bapak kandung tu.
apa pun alasan korang, rasanya takda yg blh terima.
kalau anak tu dah umo 20 tahun, nakal tak blh diajar, lain la.
ini 5 tahun oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
haishhhhh.
geram sungguh aku!
rasanya 1 Malaysia keji diorg ni, atas apa yg diorg buat.
1 day, jgn hairan la kalau yaya tu tak nak kat bapa dia sendri.
bapa yg patut jadi pelindung anak, tapi sebaliknya.
seronok berbini muda ke?

dah kena tangkap dah 2 org tu.
so, kita tunggu penjelasan diorg pulak.
kalau benar mereka bersalah, moga diberi hukuman setimpal.
biar mcm mana pun anak itu, dia juga manusia yg punya hati dan perasaan.
takdirnya, akan cacat kekal.
dan masih lagi trauma kesan penderaan tu.
maybe lumpuh..
bagaimana masa depan dia nnt..
dek perbuatan org yg sepatutnya melindungi dia.

aku ni kadang2 marah juga Amni.
ada jugak nakalnya. budak kan?
kadang2 tu cubit jugak, tapi sikit je lah utk tujuan mengajar.
kalau dia buat apa2, warning sket kata nak cubit, tak berani jugak.
tapi tidak la sampai tahap dera, cubit sampai lebam.
tak.
tak sanggup oi.
penat kita mengandung, teruknya kita beranak, takkan nak pukul anak sesuka hati kan?
cubit sikit, dia punya meraung tu adoi, sakit telinga dengar.
lepas tu mak rasa bersalah sebab marah anak.
gosok2 pujuk anak.
sayu jugak hati tgk anak  menangis.
pujuk2 dia bgtau kenapa mama marah and so on.
then, bila anak sakit.
jatuh ke luka ke..
mak tumpang menangis sama.
taknak anak sakit, taknak anak menangis.

tapi ada org selamba jeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee pukul anak.
separuh nyawa dikerjakan.
Allah...
manusia jenis apakah itu?
mana belas kasihan dalam hati mereka?


Ya Allah..
ampunkanlah dosa aku.
kau lindungilah adik yaya.
berilah hukuman setimpal pada mereka yg bersalah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...