Search This Blog

Loading...

Tuesday, July 07, 2015

20 Ramadhan

perghhhhhhh..
dah 20 ramadhan yeh..
lagi 10 hari nak raya dah..
cepatnya masa berlalu..
pejam celik pejam celik, pejam tak celik2.. haaaaaa...
moga terus dipanjangkan umur. Amin!

entry pasal puasa 1 pun takdak!
syabas betul.
tak pernah aku pemalas lipas mcm ni.
masa tu ada, sempat je blogwalking.
tapi nak buat entry, bapaknya malas.
napa entahhh..

jadi moh le update sket.
sendu sangat dah ni.
iklan ada je.. rugi woh..
banyak sangat benda nak cerita, nak membebel nak share.
tapi malas.
hai la kak yah...
teruk benar dah ni..

sronok tgk blog masing duk share makanan berbuka.
yg masak, yg beli yg berbuka kat kedai.
macam2.
takat hari ni kami tak da g berbuka kat kedai lagi.
dan memang takkan pergi la.
dengan nak handle kiri kanan, budak 2 org tu.
tak sanggup la aku.
kakak dgn cara dia, adik dgn cara dia.
kakak waktu ok, takda hal.
klau dia merajuk ka sentap ka apa, haru jugak.
adik toksah cakap la.
budak kembong tu lasak bule tahan.
huru hara sket la puasa kali ni.
nak memasak hari2 mmg tak la.
ada hari beli lauk, ada hari masak.
lagi banyak beli la kannnnnnnnnnnnnn..
kalau masak pun, masak simple2 je pun.
2 lauk je lah.
nak lebih2, mau azan isyak baru makan.
sebelah tangan masak, sebelah tangan dukung budak tu..
+___+



antara koleksi yg ada.
nak ambik gambar hari2 mmg tak la..
ikut jam, gambar 1st, semua lauk beli.
lauk ayam bakar and pajeri nenas.
beli kat param kat rumah mak aku.
org kg masak, insyallah sedap, blh makan and tak mahal.
kami tak biasa beli lauk kat luar.
kadang jadi tak reti nak beli, sebab tak tau sedap ke tak.
kalau nak beli, make sure beli lauk yg dah biasa makan.
jgn la p duk beli kat kedai yg ntah apa2, sapa2 jual tu.
mmg sah2 tak makan.
lalu kat gerai yg jual lauk, mmg tak singgah pun.
klau nak beli, ayam bakar atau ayam golek ke apa je.
kuih2 mmg beli.
donut tu utk Amni.
lagi sepinggan tu popia and kuih wantan papa beli kat padang besar.
mmg sedap and selalu beli.
bnyk mana pun beli, confirm habis.

2nd, semua lauk masak.
hoih bangga.. hahahaha..
ikan kembong goreng, masak lemak kubis cina and kerabu telur masin.
itu pun berlari2 aku kat dapur.
kejap kat dapur, kejap tgk Aniq.
elok setel masak, hidang, buat air, azan dah.. heheheh

3rd, masak jugak.
ayam masak kicap and kerabu telur masin lagi.
sedappppppp ooo.
aku ratah je.
senang je nak buat kerabu tu.
later aku share ehh.

4th, ayam black pepper, ikan goreng and telur masin.
takda kerabu dah.
tak cukup bahan.
kuih, beli.

tu semua, selang2 la.
bukan menu hari2 pun.
masak, beli, masak, beli.
mana yg sempat je aku ambik gambar.
lain2 tu malas and tak sempat pun.
klau beli pun, seminimum mungkin.
yg betul2 nak makan je, bukan ikut hati.
pernah 1 hari tak sempat masak and letih sgt.
papa g beli lauk kat gerai depan umah.
keli bakar, kurma ayam, tomyam.
kurma ayam je yg mkn, yg lain ke tong sampah.
membazir.
sekali tu je.
sebelum dan selepas tu takda dah.
laki aku senang je.
kalau tak masak, beli je ayam golek kegemaran dia.
setel.
1 lauk pun cukup dah.
Amni suka sangat, mcm papa dia la.
mkn bertambah2.
aku pun sokay je, ratah ayam je.
cuma kadang2 tu jemu jugak la..

bulan puasa ni, hari jumaat blk buka puasa kat rumah mak aku.
sebab nak hantar adik skali.
dia blk asrama hr jumaat, so hantar dia and berbuka kat sana.
hari lain tak sempat.
papa pkul 7 baru sampai rumah, nak blk sana lambat dah.
berbuka kat rumah sendri la.
kadang2 kat umah ayah (mentua).
bnyk nya kat rumah sendri. 
thn ni ayah berbuka kat masjid.
dia join program kat masjid.
berbuka pastu terus dgn tarawikh.
mama tak puasa, tak sihat.
sekali 2 je ayah berbuka kat rumah, waktu dia tak larat nak ke masjid.
dia pun tak kuat sgt.

berbaki lagi 9 hari ni..
niat hati mmg nak masak.
tapi apa kan daya.
kalau laki blk awal, dia tengokkan Aniq, blh la aku masak.
kalau tak, mmg kirim salam la.
dia tengah memantapkan skills memanjat dia ke level 4 skang ni.
mmg tak leh leka la.
anak jantan kannnnnnnnnnnnnnnn..



4 comments:

  1. kite dah sampai 10 malam yang terakhir kan.. jom sama2 cari lailatul qadar

    ReplyDelete
  2. Kak yah, cpt2 share resepi kerabu telur masin tu, hee.
    Hr2 rebus 5biji, baru mkn sebiji, ada 4biji lg xsentuh.
    Sy klu kerabu ni feveret, mcm best je nk try.

    Stkt ni pun, xmkn kedai, xbeli kt bazar. Masak je semua, xsedap pun xpe la..nk berjimat sikit.

    Memang kna beli dgn peniaga yg kita dah biasa beli, klu x naya je kna buang mbazir sbb xsedap, atau basi ke pe..
    ragam bazar Ramadan, nanti jd bazir Ramadan plak, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok. later kita share. senang je pon.. hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...