Search This Blog

Loading...

Tuesday, August 18, 2015

Kuih Raya : Kuih sarang semut

tahun ni pecah rekod buat kuih raya.
hahahaha.
lama sangat dah kut tak buat kuih.
dulu2 zaman skolah pernah la.
pastu takda dah.
bila dah keja, aku beli je sebab mcm takda masa.
plus, malas nak merenyah.
skang ni zaman semua benda mahal, maka marilah kita buat kuih raya.
beli barang2 nak buat sama harga dengan beli kuih sebalang.
tapi yg kita buat haruslah dapat bnyk lagi kan?
berbalang2 kut dapat dengan tepung sekilo tu.
puas makan sampai hr ni tak habis lagi.
renyah2 pun layan jugak lah.
lagipun cik kuntum kita tu duk la sebut2 nak kuih raya.
pengaruh tv la ni.
so, mak ni google resipi yg sapsapsoi je demi mu anak..

meh nak share resipi utk kuih sarang semut.
bnyk lg resipi kuih raya yg aku ada, tapi kita buat yg senang2 je sudahhhh

bahan2 yg diperlukan pun tak susah.



100gm gula kastor
 250gm butter = seketoi
350gm tepung gandum
100gm tepung kastard
100gm tepung jagung
1 biji kuning telur
1 sdk esen vanila
coklat rice utk hiasan
papercup kecil

buttercup tu asal ada sale aku beli je 2-3 ketul terus.
mahal nau skang ni.
boleh cecah seketul rm5 okeh.
klau sale kadang rm3.99 je.
so, rembat la 2-3 ketul.
ada je dlm peti ais kat umah.
agak2 boring, buat je kek

cara nak buat kuih ni pun senang je.
kena guna mixer la eh.

pukul butter dan gula sampai kembang.
then masukkan telur and esen vanila.
ayak semua tepung2 tu pastu masukkan dlm adunan td.
gaul2 semua tu.
nak mudah, guna tangan je sebab nak satukan semua.
make sure tgn bersih la yeh..



pastu uli jadi mcm ni.
buat ketul2 besar sebab senang nnt nak parut.



marilah memarut.
part ni la leceh sket, tapi tak susah mana pun.
kejap je, siap la.
tak kisah la parut ko mcm mana pun, hantam sajalah.
hasil parutan aku tu mcm besar sket, dah jadi sarang anai2.
hahahaha..
lantok le, janji bule makan..




buka papercup, isikan parutan tadi tu.
masa buat ni cuti nuzul quran, papa ada kat rumah.
dia la duk buka ni.
Amni pun duk menyibok kut tepi.
pastu tabur la choclate rice kat atas tu.
nak pakai yg kaler2 pun boleh..
suka hati.



dah siap utk di bakar.
bakar dlm oven suhu 180c sampai masak.
anggaran masa tu dlm 15 minit.



dah siap!
utk 1 adunan ni bnyk kut dapat.
100 papercup kecil tu habis la.
aku guna yg besar sket plak.
pastu sedap!
garing. rangup.
Amni punya la syok.
duk say terima kasih mama sebab buat kuih raya sedappppppppppppppp sgt kat Amni.
drama sangatttt ko nak.
nmpk sgt mak ko tak pernah buat kuih raya kan?
dia asyik la makan.
makan lah nak oi sampai puas.
ada bnyk lagi tu.
haziq dtg umah mlm tu, aku kasik dia mkn.
ada la kut dlm 10 biji, setel dia sapu.
sedappppppppppppp katanya.
siap kagum2 sebab maksu buat kuih raya.
hahahaha..


6 comments:

  1. kuih sarang semut pon rare.. tak ada dah yang nak buat.. yang beli tak berapa sangat rasanya..buat sndiri lagi lemak sedap.. lamaaaaa sangat tak makan.. dulu2..nenek jer lah rajin buat.. wangi biler time bakar tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul aty. susah nak jumpa skang ni. kat bazar raya pun susah sgt nak jumpa. tu yg buat thn ni. sebab sedap dan senang..

      Delete
  2. yeezzaa.. suka nya.. sebab dah lama saya cari resipi kuih ni.. nak gugel malas... btw, sarang anai-anai pun sesedap sarang semut jugak.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk mulut sama je rasanya kan? hahaha.. raya haji nnt jom buat sama2

      Delete
  3. senang je ya..terima kasih la resipi bergambar hhee

    Jemputlah ke blog saya Blog Ibu bekerja dari rumah , semoga bersama dapat manfaat! Terima kasih..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...