Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 02, 2015

Baju skolah Amni hilang!

entry merempan sikit.
mahapkan haku yek.

ni kes seminggu dua yang lepas.
dah tenang sket baru bule up entry.
kang entry aku penuh dengan carutan pulok..
hahaha

kalau korang, rasanya mengamok tak?
rasa gerammmmmmmmmmmmmmmm tak bila baju skolah anak hilang?
bukan 1, bukan 2 tapi 3!!
tigaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa okes.

phew...

geram okeh!
nak marah Amni pun bukan salah dia.
bukan dia saja2 bagi hilang, g campak ntah ke mana2..

mula2 hilang baju sukan.
blk rumah tinggal seluar je.
sekarang ni dah 2 bulan lebih baju tu hilang.
tak datang balik lagi.
pastu lepas raya hari tu, baju sekolah pulak hilang.
uniform sekolah.
mula2 hilang baju sehelai.
pas seminggu hilang lagi sehelai.
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
stress mak kau nak oi.

kisahnya mcm ni..

diorg kat skolah, lepas mkn tghr kut dlm pkul 12 kena mandi.
masa mandi tu, maybe 2-3 org skali mandi.
buka baju sendiri dgn guide dr cikgu.
pastu baju smua kena masuk dlm beg sendiri.
pas mandi tukar ke baju biasa.
and, masa duk buka baju tu maybe tertukar.
kau ambik aku punya, aku ambik kau punya.
uniform skolah sama kan?
mana diorg perasan baju ni sapa punya, ada nama ke apa kan?
cikgu pun maybe tak perasan sebab bukan sorang nak tgk.
aku sikit pun tak salahkan cikgu dlm hal ni.
paham keadaan diorg.
kita pun tau anak kita camna, cikgu pun bukan nak belek anak kita sorang je kat situ.

aku selalu pesan dgn Amni, lepas buka baju, terus masukkan baju dlm beg.
jgn ralit ke apa.
nnt kawan ambik baju.
dan dia jaaaaaaaaaaaaaarang sangat bwk balik baju kawan.
baju dia pun jarang nak takda.
means dia alert dgn baju2 dia.

pernah la 2-3 kali je kut dia terbawa balik baju kawan.
blk skolah dia sendri akan buka beg, then kluarkan baju busuk masukkan dlm raga baju utk basuh.
pastu g sidai tuala.
dah tau dah rutin balik skolah.
pastu bila nak basuh nnt baru aku check.
tgk2 ehhhh, ada baju lebih ke seluar or tudung lebih.
belek2 cari nama, laju2 mesej kat group whatsapp sekolah dia bgtau.
kang mak budak tu tercari2 pulak baju anak dia kat mana.
risau kita ni.

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii,
bila baju anak aku hilang, kenapa la mak2 yg lain tak mcm aku!!!
baju seluar tu semua aku tulis nama.
bukan kecik, tapi besar.
takkan la tak nampak masa nak basuh, masa nak sidai masa nak lipat.
takkan la tak perasan ehh awat baju anak aku ada banyak pulak ni??
takkan la tak perasan wehhhhhhhhhhh???

tak tau la kut semua org gaji yg buat kan?
so, mak2 ni tak concern sangat pasal baju2 anak tu semua.
tapi kalau dah org duk tanya dalam group ada baju anak hilang,plis check la.
kut2 anak terbawak balik baju org.
papa kata maybe mak budak tu takda dlm group whatsapp.
so, pasrahhhhhhhh.

geram ok geram.
aku up status kat fb.
ada yg cadang suh g pelekat notes kat sekolah.
in case tak semua parent ada dlm group wa.
so, dia tak tau and tak perasan.
and maybe depa ni jenis lantak la baju sapa pun, pakai jelah.
syok ni baju skolah anak aku ada banyak.
pffffffffffffffff..
ingat tu mcm nak bat dah notes tu tapi satg kut nampak terdesak sgt pulak.
tapi hak kita kan?
agak2 ok tak kalau aku letak notes tanya pasal baju Amni tu?

aku ni duk tanya la kat cikgu selalu ada dak lagi baju Amni?
cikgu kata takda yg hantar pun lagi.
kat skolah pun sah2 takda kan?
sedih oke sedihhh.
org lain smua pakai uniform skolah, Amni pakai baju biasa g skolah.
tapi dia lagi syok, sebab pakai baju mcm mama p keja.
pai2 dia pun pakai baju kurung, baju raya bagai.
awak syok mama stress nak oi.

aku beli 2 pasang uniform skolah dia awal thn hari tu.
baju sukan sepasang then dapat lagi sepasang.
tapi lain2 kaler
kaler hijau pakai hair jumaat, kaler kuning pakai hari khamis.
tapi yg kaler hijau dah hilang tinggal seluar je skang ni.
camna?
jumaat plak pagi2 selalu ada aktiviti outdoors.
so, pakai la baju kaler kuning tu.
hantam sajalahhh.
baju skolah yang ada seluar je, baju smua gone.
lepas seminggu hilang yg latest tu ada dikembalikan.
mujur!
kalau tak langsung takda baju skolah.
bukan tak boleh beli baju baru, tapi malas pulak aku.
baju lama tu elok je lagi.
nasib baik bulan 4 hari tu ada opismate aku kasik sepasang uniform skolah kat Amni.
anak dia register pasti jugak, tapi pegi seminggu je pastu takmo p dah.
cikgu cengei katanya.
pasti cawangan lain.
so aku minta nak beli baju anak dia tu, then dia kasik free je.
daripada tak pakai dia sedekah je kat Amni.
so, ada la back up.



oleh kerna baju hilang sampai 3 helai, uniform yg baru ni aku tulis nama sebesar2nya.
kat belakang leher baju and kat pinggang seluar.
dulu tulis AMNI je.
now ak tulis terus AMNI MAISARRA.
tinggal tak buh nama bapak nama mak je.
ni kalau anak terambil, tak perasan lagi tak tau la.
memang jenis mak bapak tak ambil peduli la ni.

ada je yg jenis mcm tu.
opismate aku anak dia pun hantar pasti skali dgn Amni tapi kat rumah depan sebab dah 5 tahun.
pernah seluar anak dia hilang.
lama gak la.
pastu dapat balik, eh ada nama lain kat seluar.
boleh mcm tu?
sah2 dah ada nama anak dia kat seluar tu, tetiba hilang, jumpa ada nama anak org lain.
mmg bladihel punya perangai.

kat group wa tu aku berhemah habis la taip mesej tanya pasal baju.
kita tak tau penerimaan og mcm mana kan?
ikut ke geram aku nak hentam kaw2 sket.
bagi terasa, check baju anak2 tu kut ada baju anak org lain kan?
tapi jaga sikit la adab walau geram ya amat.
tuala, spender Amni semua aku tulis nama.
tak pernah hilang lagi, maybe yg tu Amni cam sebab lain dr org kan?
uniform skolah ni sama je semua.

kut yg baca ni kalau terambil baju sekolah Amni, tolonglaaaaaaaaaaaaaa pulangkan.
stress woi stress...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...