Thursday, September 03, 2015

Buat border pass / pas sempadan

lepas raya puasa hari tu aku balik siam.
entry tu tak keluar lagi sebab bnyk gambar..
hahaha..
sebelum balik sana, 2-3 hari sebelum tu kut, aku g buat border pass.
aku dah ada buku merah @ passport dah, tapi dah expired.
tak kuasa nak renew sebab bukan selalu g oversea pun.
lagipun nak buat skali utk budak 2 orang tu.
klau buat passport, makan modai.
untuk penduduk negeri yg tinggal bersempadan dengan negara jiran like perlis, kedah, kelantan and perak, kalau nak pergi ke Thailand, boleh buat border pass.
tak perlu passport antarabangsa.
kena ic alamat sini yeh...
kos pun jauh lebih murah.
1 border pass cuma RM10.
kalau passport dah berapa kan?
lagipun border pass bule buat sekali mak dgn anak2.
means, 1 border pass utk 3 org.
jimat bnyk.
passport kena buat asing2 kan?
dulu, border pass tu kertas sehelai je.
now dah buat buku mcm passport antarabangsa.
cuma kaler biru.
aku ada border pass sejak aku lahir lagi.
tiap2 tahun buat sebab tiap2 tahun mesti balik sana paling kurang setahun sekali.
yelah, tok,mak pak sedara aku semua ada lagi kan?
border pass ni tahan 6 bulan je utk sekali buat.
kalau selalu lintas sempadan, untung la.
lunyai kertas tu kena cop pegi balik.
hahah..



nilah dia rupa border pass baru.
macam pasport antarabangsa, beza kaler je.



page belakang.
anak2 kepil sekali dengan maknya.
kat page depan gambar and maklumat aku.
sama mcm pasport jugak.
bezanya, yg ni bule kepil dgn anak2 sekali.
tapi utk 16 tahun kebawah saja yeh.
lebih umur, kena buat asing.
suami isteri pun bule kepil sekali.
kalau tak silap dlm 1 border pas bule kepil dgn 4 org.
ke 3.. tak ingat pulak.

nak buat border pass ni korang cuma kena bawa kad pengenalan yg sebenar, surat beranak anak2 yg sebenar and gambar sorang sekeping.
mykid tak boleh.
masa nak ambil gambar kena bgtau nak buat border pass.
sekarang gambar utk border pass pun guna background putih.
dulu background biru.
silap background kena reject.
bayaran utk border pass RM10.
buat dekat Jabatan Imegresen negeri masing2.
kat Perlis, kat depan gua sami sana, kat Bangunan KDN sekali dengan Jabatan Pendaftaran and ada lagi jabatan lain.
dulu dekat Bangunan Persekutuan kat Jubli Emas, now dah pindah.

aku pegi buat pagi2.
bgtau kat ketua unit nak pegi kejap.
pkul 8.15 aku dah terpacak kat situ.
lepas serah semua dokumen berkaitan, isi borang, tulis maklumat diri and anak2, kena tunggu kejap.
dlm setengah jam, dah siap.
cepat.
lagipun org takda lagi kan?
dah setel zass g opis.
dah bnyk improve dah bab border pass ni.
dulu2, mcm2 kerenah.
pastu berubah2 plak syarat tu setiap kali pegi buat.
pegi thn ni mcm ni, pegi thn depan mcm ni pulak.
memula nak yg ni, pastu nak yg tu.
bertengkar pun pernah dgn pegawai kat kaunter tu.
syarat and polisi tak sama dgn cawangan lain padahal 1 negeri.
sini nak mcm ni, sana nak mcm ni pulak.
pening kepala.
tiap2 thn duk buat kan, so bule ingat bila ada perubahan.
tak paham btoi.
mujur la sekarang ni dah makin mudah.
kalau duk bnyk kerenah lagi, harus ada yg kena maki.
hehehe..
kata nak senangkan rakyat ye dok?
nak bnyk sgt kerenah birokrasi tu kenapa...



kena bawa anak2 yeh kalau buat skali.
Aniq tak mandi pun.
basuh muka, tukar diapers, tukar baju je.
Amni pas setel baru hantar g skolah.
papa and mama pastu g opis lah.
papa takleh buat border pass or passprt, kena blacklist sebab tak bayar hutang..
hahahha.
so, duduk la tunggu umah.

46 comments:

  1. Alamak, papa tu sbb ptptn ke?
    Xpenah ada border pass.
    Bru tau psl benda ni pn thn lps, kwn crta nk buat border pass utk ank dia, huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la p buat dulu tgk lepas ke tak. hehe

      Delete
    2. akak, kiranya klo pergi hari sbatu, nk wat border pass, pejbat imigresen kat sempadan tu bkk x?

      Delete
    3. tak buka dah rasanya sekarang ni

      Delete
  2. kalau 18+ kena ada surat beranak jugak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak perlu dah. kalau tak silap saya la. tapi nak selamat, bawak jelah dulu surat beranak tu.

      Delete
  3. Kalau dah tamat tarikh border pass nk gi sambung kenal bawa penjaga pergi jugak kew (umur 18kebawah

    ReplyDelete
  4. kalau ke hatyai boleh guna border pass dak

    ReplyDelete
  5. rasanya tak blh. border pas blh buat kat negeri di sempadan saja. kalau tak silap la..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum maaf nak tanya kalau sya beralamat kelantan tp nak buat border pass tu dekat pejabat imegresen cawangan kuala lumpur boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap saya, borderpas cuma dikeluarkan dari jab imegresen yg di negeri sempadan saja. utk coonfirm blh call dulu sebelum pergi buat

      Delete
  7. kalau dlm ic kelahiran kelantan dan alamat kelantan , boleh buat dekat pjbt imigresen perlis tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.sy baru buat mggu lepas..sy org kelantan

      Delete
    2. boleh. asal ic alamat negeri yg sempadan Thai

      Delete
    3. Saya alamat Kedah. Tapi anak anak alamat Selangor. Boleh ke mohon utk anak.

      Delete
    4. tak boleh. kalau anak bawah umur, bawah 16 tahun kalau tak silap, boleh kepil sekali dgn ibu. kiranya buat 1 border pass, anak dan ibu.
      jadi, bila nak lintas sempadan, anak kena pergi dgn ibu

      Delete
    5. Sy dh ada border pass tp ank sy lahir di penang umur 4 thn dan setahun blm ada, blh buat x? Alamat dan mykids 07 penang...

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. saya blacklist ptptn,lahir kedah,alamt selangor boleh buat bolder pas ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ic alamat kedah boleh buat borderpass. tapi kalau blacklist, tak sure lah mcm mana

      Delete
    2. Assalamualaikum, kalau sy ic kedah. Anak sy umur 1thun ic seloangor. Anak Boleh mohon undier border saya tak?

      Delete
  10. Dekat selangor bleh ke buat border pass walaupon alamat dkat klntan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak boleh. borderpass dikeluarkan dinegeri sempadan saja. blh call tanya dulu before pergi..

      Delete
  11. Kalau ic perak tapi buat border pass dkt imigresen penang boleh tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak boleh. borderpass dikeluarkan dinegeri sempadan saja. blh call tanya dulu before pergi..

      Delete
  12. Kalau ic klntan tp almat kl blh buat boder pass x?

    ReplyDelete
  13. Kalau isteri, anak saya orang kedah tapi saya orang selangor, boleh ke saya buat border pas?

    ReplyDelete
  14. Suami ic dan alamat kelantan. ..ank i/c dan alamat kuantan tp umur bawah 4thn boleh mohon border pas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya orang kedah...nak kepil isteri ngan anak saya boleh dak...isteri saya orang selama perak

      Delete
  15. Kalau blacklist lain.. Bukan ptptn bley buat x border pass?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nak Tanya biasa klow buat boarder pass.. Bile boleh siap?

      Delete
    2. siap hari yg sama. kadang tu, sejam dah blh siap

      Delete
  16. Salam. Sy nk tanya. Sy alamat ic kt kelantan. Skrg duduk kl. Tp nk pergi ke thailand dlm bulam depan. Border pass tu boleh dibuat kat kedah ke?sbb sy masuk thailand nnti mgkin mlalui kedah. Adakah boleh buat border pass on the spot kt kedah walaupn sy beralamat kelantan?

    ReplyDelete
  17. Assalamu'alaikum, maaf tanya. Isteri saya alamat terengganu. Tapi baby saya lahir kat perlis. Boleh x saya mohon border pass untuk isteri dan baby?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. utk baby, kena kepilkan dgn penjaga (ibu@ayah). alamat t'ganu tak blh mohon pas sempadan

      Delete
  18. salam sis...nk tanya..sy ic klantan n husbnd icselangor..blh xbuat boder pass bersama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa mcm tak blh. blh check dgn imigresen dulu.

      Delete
  19. kalau kita punya border dah blacklist kat imigresen thailand pastu kalau kita buat passport tu ada effect tak???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...