Search This Blog

Loading...

Thursday, December 17, 2015

Sup suhun+telur

Bila ntah ni, perut terasa nak makan sup suhun.
perut kalau dah terasa nak makan, balik rumah kena buat jugak.
tak bule tukar menu.
seb baik semua bahan2 ada kat rumah.
nak buat pun senang mak enon.
ni aku main hantam je pun.
Alhamdulillah, sedap la jugak.
ahahaha..

Bahan2:

suhun dan fucuk kering
sayur : ubi kentang+carrot
fishball - optional
bawang putih
telur
ikan bilis
garam+gula

Cara2:

mula2 rendam suhun dan fucuk dulu biar kembang.
klau terus masuk masa masak kang dia serap air.
rendam air biasa pun ok je, tak payah air panas.
basuh ikan bilis dlm 20 ekor camtu.
dah sejat, tumbuk hancur ikan bilis tu.
then tumis bawang putih dlm 2 ulas.
masuk air and ikan bilis yg dah tumbuk tadi.
kacau2, then masukkan ubi kentang.
biar rebus agak empuk dulu.
pastu masukkan carrot, fish ball, fucuk dan suhun tadi.
dah mendidih, perasakan dengan garam+gula.
last masuk telur.
pecahkan sebiji demi sebiji yeh.
jgn dikacau telur tu, kang hancur tak sedap.




done!
simple tapi sedap.
nak guna kiub ikan bilis pun bule, ikut suka.
aku mula2 buat tawar sebab nak bg Aniq.
dah cedok asing utk dia, aku tambah garam pulak utk  mak pak makan.
senang keja mak kau.



lawan sup tersebut.
ikan darat goreng+sambal belacan.
makan masa panas2, bertambah nasi.
huahuahua..

sup suhun ni macam2 versi ada.
bahan pun mcm2 jugak.
terpulang pada citarasa masing.
campak la apa pun, takda sapa nak marah.
masak ni tak payah ikut buku sangat.
yg penting kena kreativ dan rajin.
kalau malas, apa pun tak jadi.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...