Search This Blog

Loading...

Tuesday, March 01, 2016

Budi

hari ni aku up status pasal budi kat FB.
saja..
utk peringatan diri sendiri..

pepatah, tak kenang budi..
bukannya tak membalas budi.
kenapa?

selalu dengar, memberi tak minta dibalas.
org berbudi, kita berbahasa.
kann?

kita ni kadang2 kita minta tolong sesapa like kawan ke sedara ke kan?
minta tolong apa2.
tolong tgk kereta rosak ke, tolong hantar g memana ke, tolong belikan apa2 ke yg kadang2 bayar balik kadang2 senyap gitu jaaaaaaa..
tanpa kita sedar, sebenarnya, kita minta tolong, dan org yg tolong kita tu berbudi kepada kita.
walaupun dia ada pilihan utk taknak pun tolong kita.
tapi mungkin dia hati baik, tak kisah sebab dia pun free, so dia tolong kita.
atau dia mmg jenis suka tolong org.
sometimes kita tak sedar pun kita minta tolong sampai tahap menyusahkan dia.
tapi dia tetap tolong.
takpa, dun worry aku tolong kau.
gituu.

sekali org tolong, minta lagi.
minta lagi dan lagi sampai dah jadi kebiasaan minta tolong org.
sampai tahap bukan minta tolong dah, tapi dah mcm arahan.
kau buat itu kau buat ini.
kalau kau bos, kau suruh staf kau buat itu buat ini, sokay sebab arahan bos dan kau dibayar gaji utk itu.
itu lain yeh.
cuma bos pun jgn la main suruh ja sampai tak kena ngan keja.
dia gm kat opis kau, disuruhnya pos surat, suruh buat air.
agak2 la ye dok?

aku ni kalau nak minta tolong org, susun ayat elok2.
supaya org pun willing nak tolong kita, tak rasa terbeban nak tolong.
bila org dah tolong, kita ingat.
1 day, bila dia ada apa2 hal, ada masalah ke apa, kalau kita blh tolong, kita tolong.
sama2 give and take.
jgn  nak take advantage sgt bila org dah willing nak tolong kita, asyik la minta tolong itu ini.
tolong ni pun kena tengok jugak.
kadang2 dah jadi arahan pulak.
main suruh ja org buat apa2.
bahagian kau nak setel, bahagian org lain camna?
jgn nak pikir diri sendiri je kan?

dah org bnyk tolong kita, bagilah ada sifat kenang budi sikit dalam diri tu.
tak banyak, sikit pun jadilah.
bukannya nak kena balas budi semua apa yg dia pernah tolong kau tu, tak.
bila kau tak kenang budi, samalah mcm kau tak membalas budi.
nak membalas budi ni bukan mudah oi.
bukan nak mengungkit.. tapi cara tu tak kena.

simple.
dulu masa aku study, mak sedara aku yg sorang ni selalu bagi aku duit.
dia keja besar, pastu anak2 pun ramai and smua skolah.
tapi dia jenis murah hati, tak berkira sangat.
bila cuti2 aku pegi rumah dia, nak balik kang dia hulur duit.

tak kisah la dia kasik berapa, tapi mmg dia kasik.
buat belanja katanya.
now dah dekat 10 tahun camtu aku habis belajar.
camna aku nak bayar balik duit2 yg dia duk bagi aku dulu kalau nak dikata mengenang budi?
dia pun tak layan duit aku tu nnt sebab dia pun ada duit sendri.
mudah ja, kalau taknak dikata tak kenang budi.
now aku dah keja, dah ada kehidupan sendiri.
rajin2lah jenguk dia, tanya khabar.
memang dlm sebulan paling sikit sekali aku pegi rumah dia.
kadang2 tu 3-4 kali.
pegi jenguk sekali sekala, sembang2 tanya khabar.
kadang2 bawak makanan apa2 sbg buah tangan.
cukuplah... tu tanda kau ingat dia pernah memberi pada kita suatu masa dulu.
jgn diputus ikatan silaturahim tu.
mak aku kadang2 tanya aku ada pegi tak umah diorg.
org pernah tolong kita, pernah berbudi kepada kita, kena ingat.
bukan semua budi tu kena balas balik dengan cara yg sama.
susah kut kalau mcm tu.

kes aku kali ni pun mudah ja.
kau selalu minta tolong itu ini.
pastu ada la hal sket, kau jatuh hukum terus.
takda nak bincang2 apa dah.
disebabkan hal kecik ja pun yg blh ja bincang elok2.
kau lupa terus apa yg pernah kau minta tolong dulu, yg pernah kau suruh2 dulu.
masa nak suruh tu tak pikir pun keadaan kita ni mcm mana.
as long as apa aku suruh kau buat, kau mcm mana pun apa aku kisah.
amboii.

bukanlah kena pada aku sendiri, tapi tempias tu kena ke aku jugak.
sebab yg kena ni org terdekat dgn aku.
dah lama sabar.
org mcm ni sampai masa aku rasa kena jauhkan..
jenis pentingkan diri sendiri.
ikutkan malas nak layan, malas nak pikir.
semak otak aku.
tak pikir, tak layan tapi............ makin lama makin menjadi.
kau dah minta tolong org, bagilah ada rasa timbang rasa dlm diri tu sikit.
kena sket kat kau, ehhh takleh tolerate dah.
masa minta tolong org tak pikir pun org tu available ke tak.
susah nak deal org mcm ni.
sakit sgt hati aku ni.

aku minta dengan Tuhan kuatkan hati aku.
teguhkan iman aku utk hadap benda ni hari2.
jauhkan aku dari hasad dengki manusia.
yg bule ganggu hidup aku, ganggu family aku.
taktau lah sampai bila nak hadap ni semua.
letih..
ada pilihan tapi besar sgt kesannya..
sekarang aku nak kentalkan hati utk tak layan benda2 ni.
nak tolong lagi mmg tak lah.
bukan nak berkira tapi kalau sebelah pihak saja yg memberi, penat kut.
sehari 2 blh tahan la. dah bertahun mcm ni....
cukup2 lah..
pada aku mmg kau jenis tak kenang budi.
sampai tahap take for granted.
Allah...
takut aku, kalau 1 hari aku jd mcm tu.
moga2 tuhan lindungi aku dan tak hitamkan hati aku..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...