Search This Blog

Loading...

Monday, May 16, 2016

Daging black pepper

aku bukan pencinta daging, tapi suka jugaklah mkn.
dlm sebulan tu ada la sekali atau 2 kali masak menu berasaskan daging.
jarang lebih dari tu.
kalau mkn kat kedai tu, sometimes cedok jugaklah daging.
suka jugak sebenarnya tapi sebab gg aku ni lekeh sket, so malas nak makan sangat.
kang lekat celah gigi. bahahaha..

ni 1st time aku masak daging black pepper.
sebab aku tak minat sangat masakan berasakan lada hitam.
kadang2 bule tercirit kalau mkn black pepper, but sometimes ok.
ni sesaja try sebab tgk ramai pulak duk share kat FB.
mcm senang so, lets try.
lagipun dah buntu nak masak apaaaaaa..



bahan utama op coz lah daging.
bule tukar dengan ayam kalau korang suka.
soon aku nak try dgn ayam pulak.
yg ni aku test sendri, ubah sket.
lepas potong and basuh daging, aku perapkan daging dengan kicap+sos tiram sket dlm 15mnt camtu.
menu asal takda perap apa pun.
pastu goreng dlu daging tu.
air daging dah kering, angkat daging tu.




dalam minyak yg sama tumis bawang putih dlm 3-4 ulas yg dah ditumbuk.
dah naik bau, masukkan balik daging tadi.
pastu masukkan kicap+sos tiram+lada hitam.
kuantiti, ikut suka korang lah..
guna lada hitam biasa then tumbuk is better.
nak pedas letak banyak, tak nak bule kurangkan sket.
aku letak ala kadar je, and tumbok2 kasar.



then bule campak segala sayur yg korang suka.
ada capsicum maybe lagi best tapi sebenarnya aku sangatlah tak suka menda alah tu.
aku tak pernah beli pun.
mkn piza kalau ada capsicum, aku buang.
entah kenapa aku tak suka tak tau la.
aku taruk carrot, bawang holland and cili merah.
besen pink tu sama usia dgn rumahtangga aku tau.
hehehe..

sebelum tutup api tu, rasa la dulu ok ke tak.
aku takda tambah garam gula apa dah sebab dah ada kicap dan sos tiram.
knowing me, aku tak rasa pun main bantai campak2 je.
mcm kan terer benor masak ye dok?



dah siap.
makan dengan nasi panas, wallaweiiiiiiiiiiii..
kuah pun tak cair tak pekat, just nice
sedap, cuma kurang pedas.
kena taruk lada hitam lebeyyyy sket pasni.

soon nak buat lagi tapi dengan ayam.
aku suka sebab senang lahaiii..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...