Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 21, 2016

Melawat Istana Negara Lama

ni cerita masa pegi KL baru2 ni.
nak hantar adik aku, Azrie ke UPSI
sampai KL Sentral pkul 1.
abang aku jemput kat sana.
abang aku, Ciklan datang 3 beranak, dgn kak ija and amierul.
adik aku, Azwan pun ikut skali.
hari ahad dia tak keja, tapi wife dia keja so takleh ikut.

pas dia jemput kami, pegi lunch dulu.
pas lunch, to killing the time, pusing2 KL.
lalu kat Istana Negara Lama, dia ajak singgah.
sejak buka utk lawatan, dia pun tak pernah pegi.
so, jom kita tgk sejarah sket..

Istana lama ni dulunya kata nak dirobohkan, and ada projek mega kat situ.
tapi tak jadi sbb dah diwartakan sebagai warisan negara.
then dibuka utk org ramai sejak 3 tahun lepas kut..
sory kalau silap.



harga tikat kat pintu masuk.
kena bg ic yeh kat kaunter tiket tu.
mmg prosedur begitu.
diorg ambil nama setiap pelawat.
dah kata masuk istana ye dok?

dari pintuu pagar ke istana, jauhhhhhhhhhh nak menapak.
kena mendaki sket. tak la jauh sgt tapi jauh jugak la.
hahah.
ada buggy,, caj sorang singgit.
so naiklah buggy, senang keja kau..

masuk istana, maaf takleh ambik gambar.
cctv merata ada, jgn coba2 yaaa.
tapi ada ja yg snap curi2.
kak ipar aku guna phone kejap, tapi bukan ambik gambar.
tiba2 guard datang tegor. hehe..
lama jugak kami kat sana.
masuk semua tempat yg blh masuk.
ada bilik tayangan, so blh masuk and tgk video yg ditayangkan.
best situ sbb aircond sejukkkkkkkkk and karpet tebal tenggelam kaki. hahaha
ada jugak yg  takleh masuk, kawasan larangan.
mungkin menjaga keaslian. lagipun org kita ni tau jelah, kang masuk disentuh2 dibelek2nya takut rosak ke apa.
bilik2 yg ada pun blh tengok dari pintu je, takleh masuk.
like bilik bacaan, bilik tidor, bilik makan, bilik mesyuarat tu smua.
paling best bilik tidor utama la.
besar kauuuuuuuuuuuuuuuuuu..
ada kut besar rumah aku. baru bilik tido.
hahaha..
bilk mandi plak tak share agong dgn permaisuri.
sorang satu, siap ada tab mandi.
pun besarrrrrrrrrrrrrrr and lawa.
tapi design2 semua jenis lama la.
walau lama, tgk pun tau dah nampak mahal.
seronok jugak la tgk walau dah kosong.
istana baru sure lagi gempak ye dok?

keluar dr situ, pak cik buggy tu bawak ke balairong seri.
haaaaaaaaaaaaaa, ni yg aku nak tgk sgt.
duk tercari2 masa mula masuk lagi, rupanya dia bangunan lain.

sini boleh ambaik gambar sampai lebam.
oh ya,,, kena buka kasut ye masuk istana..



ni je gambar yg aku ambik kat dlm tu.
ada pameran apa entah, tak tgk sangat.
tak duduk lama sebab panas berkuap.
takda aircond.. huhu..
masa kat istana tadi, sejukkkkkkkkkkkk ja.
sini berkuap..



tak blh naik atas, sampai sini ja blh tgk.
jadiklah kann?

pusing2 sini, sejam lebih jugak la kat istana.
bukan senang nak datang ye dok?



selpie seketoi sementara tunggu buggy.
org tak ramai sgt hari tu.
tak sesak pun kat dlm istana.

dah turun, lepak kat depan kejap sambil ambik gambar.



tok abah dengan cucu2 beliau.
budak 2 org ni mainnnnnnnnnnnnnnnnnn jelah kejanya.
kejap baik kejap gaduh.
pening nak layan.



susun ikut ketembunan.
hahaha..
yg tgh2 tu abang aku, dia yg sulung.
kiri, Azwan, adik selepas aku.
kanan, bakal cikgu kita, dia no. 5
Azwan tu dulu paling kurus.
melidi ja, pastu yg paling tinggi.
pas kawen bule tahan tembunnya..
abg aku dulu takla kurus sgt, now perut kemain bulat.
Azrie dari dulu berisi sama mcm aku..
hehehe..

tok abah dgn anak2 lelaki beliau.
wali2 aku semua ni.
now, abah yg paling kurus.
2 menantu lelaki pun tembun jugak.
hahaha


umi abah dan anak2 lelaki..
ikut muka siapa depa ni?
err, umi paling rendah.. heheh..



ahli rombongan.
ok, aku tinggi sket dr umi.. and also besar dr umi. muahaha..
gambar ni Amni yg ambik tau.
seb baik tak gegar.


keluar dr sini kami pegi Semenyih.
umi ajak pegi rumah paksu, adik bongsu abah.
dia kalau blk Perlis selalu singgah rumah, alang2 dah ada sini, umi ajak pegi sana.
aku pun tak pernah sampai rumah dia.
janji dgn dia nak pegi ptg, so sementara tu yg kami jln2 dlu.
sebelum singgah sini kami singgah muzium tgk kereta kebal duk park situ.
sementara tunggu perbarisan hari merdeka.

kalau tanya aku, perlu ke tak pergi istana lama ni, ermmm, bolehla kalau nak tgk and kalau takda pegi mana2.
takda apa sgt dlm tu, just bilik2 ja.
ada perabot jelah.
perabot pun stail lama.
pastu ada gambar2 agong2 dulu and peristiwa2 sepanjang pemerintahan diorg.
yg minat sejarah, patut pergi la.
yg tak minat pun blh je pergi utk tahu sejarah.
lagipun murah ja bayaran masuk..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...