Search This Blog

Loading...

Friday, September 02, 2016

Our 1st experience with ETS

org lain mungkin dah berkali2 naik ets ni..
tapi utk aku, ni 1st time. yelah takda nak pegi mana2 pun kan?
naik ets ni sebab nak pegi hantar adik aku ke UPSI.
adik aku, Azrie yg no 5 out of 6 adik beradik dapat masuk UPSI.
nak drive,rasa jauhhhhhh lahai.
so, decide naik ets ke KL, then pegi UPSI dari rumah abg aku jelah.
dr rumah dia, sejam je pun.

kami gerak hari ahad, 28 ogos.
register on 29 august, hari isnin.
yg pegi, adik aku Azri, mak pak aku, aku sendiri and Amni.
Aniq tinggal dengan apaknya.. huhu.
memula nak bawak, tapi pikir pegi sekejap je pun, then bukan nak pegi jln2 makan angin ke apa.
pastu apaknya pun tak ikut, kang jenuh aku nak jaga dua org budak tu.
memang ada mak pak aku sama, tapi kadang2 mai angin depa taknak ngan tok umi and tok abah, semua nak mama, haaa jenuh..
plus, Aniq tu cergas bule tahan, sorang2 tak terkawal aku.
kalau papa dia ada, ok sebab papa suka dukung daripada nak kejar anak. hahaha..

oleh kerna tak pernah naik ETS, so jomlah kita cuba.
katanya lajuuuuuuuuu..
hehe.
dari Arau Perlis ke KL Sentral, dlm 5 jam.
tiket dewasa RM72.
tiket kanak2 dan warga emas RM40.
sehari ada 2 trip, pukul 8 pagi dan 12.38 tghr.
kami pilih pukul 8 pagi.

boleh refer page KTM utk details.
nak booking tiket online pun bule.
adik aku pegi beli terus kat KTM Kodiang.. sekentut ja dari rumah.
tapi ETS ni berhenti selected station je yeh..
tak sama mcm ketapi lama dlu, banyak stesen dia berhenti..
then, lagi cepat compare dgn train lama.
yelah, nama pun ketapi letrik kannnn?

pkul 7.30pagi kami dah tercongok kat stesen ketapi Arau.
papa hantar, then dia balik hantar Aniq pulak ke rumah adik aku.
sebab hari ahad, pengasuh takda, so maknjang jaga hari tu while papa keja.
Isnin Selasa nnt pun tinggal dgn dia jugak, tak hantar pengasuh sebab papa balik lewat.
pengasuh takat pkul 6 ptg je, mlm susah sket.
dia muka kering je lambai2 ke aku and kakak dia, takda perasaan. hahah
mak ni sedih jugak la tinggal anak..
kejap je dik ehh..


posing sat kat depan. org takda lagi masa ni..
gambaq mama tu Amni yg ambik..
gud job kakak, dah pandai dah ambik gambaq..
mama nampak kuwusss dlm gambar ni.. hahahahah



sebab bukan selalu nak datang sini, so gigih p ambik gambaq kat signboard ni.
hahah..
lalu sini hari2 tapi takleh masuk yeh..
ni tgh tunggu train dah, yg ada tiket saja bule masuk.
tak mcm stesyen dlu, org blh hantar sampai train.



me, Amni, tok umi and tok abah.
diorg pun 1st time naik ETS.
nampak nau nak pegi hantar anak  masuk u sebab bawak file xray.
hahahha.



sekitar kawasan stesyen..
ni stesyen baru. stesyen diraja Arau.
dlu stesyen lama kat kawasan depan sket, pastu biasa2 je.
yg ni lawa ahh.. sama je design dgn stesyen2 ketapi lain.
tu bukan ETS yeh, tu komuter.
utk destinasi dekat2 je. ramai je yg sesaja bawak anak2 naik ketapi.
budak2 sukalah kan, leh merasa naik train.
yg tu nak ke padang besar.
dari mana aku tak sure pulak.. 1st station dia la.
sebelum stesyen Arau ni, stesyen Kodiang.
dia brenti bnyk stesyen la..
plannya nak bawak budak2 ni nak train gak, pegi Alor Star ke, hehe..
tapi ni dah naik ETS, ok la..

pkul 8 ETS sampai.
timing betul yeh.
tapi takda gambar sebab train brenti kejap ja.
kang sebok nak ambil gambar, kena tinggal haaa, menangis kau tepi stesyen sana..
hahaha..



isi masa lapang dlm train.
bawak segala mainan dia, buku kaler and kaler baru.
kerusi selesa, tempat letak kaki luas.
lagi luas dari flight.
ada cafe, ada toilet, ada surau..
surau aku tak pegi.
toilet ok, bersih walau goyang2 sket.. haha
cafe pun aku tak pegi.
kawan aku bgtau mahal, so better bawak makanan sendiri.
mkn kat tempat pun tak pa, sebab ada meja.
aku siap beli nasi lemak, then biskut2 utk Amni.
pendek kata, selesa..
aircond pun sejukkkkkkkkkk..
hehehe..
rasanya ada la dlm 400 kali Amni tanya bila nak sampai.. boring kut.
kejap pegi kat pakndak, kejap kat tok umi, kejap ikut pakndak jalan2..
last2 tidor sampai KL.
oh, ada tv jugak kat atas. masa tu siap pasang Dilwale lagi.
layan jelah.. hehe..



selpie seketoi dlm ETS.
tok abah duk depan so takda gambar..
untung dpt seat ni sebab belakang aku takda seat.
kawasan letak beg dlm 2 kaki camtu, pastu baru ada seat.
so, tak da la org duk tolak2 kerusi ke apa kan?




Stesyen Taiping..
ohh, i miss Taiping...

pkul 1, sampai KL Sentral..
ramai gila kut org turun sini..
naik atas tunggu abg aku pick up..

so far, pada aku ETS ni sangat selesa.

compare to bus and aeroplane.
5 jam, ok la kan nak sampai KL
kena la dgn harga tiket, walau mahal sket dr bas.
balik dr sana, kami naik Air Asia.
tiket lagi murah dari ETS. hahaha..
promo merdeka, dapat murah.
pilihan masing2 la.. naik flight lagi cepat sampai la ye dok?


2 comments:

  1. xmerasa lg naik ets..
    teringin jgk nak try..
    xtau la bila enSuami nk ajak, hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa, nnt blh blk alor staq naik ETS.. syok ooo...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...