Search This Blog

Loading...

Monday, October 24, 2016

Jumpa Didi and Friends

kalau sebut Didi and Friends, rasanya seeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeemua budak2 tau kut?
mak budak pun haruslah tau kalau anaknya tau kan?
hahaha..

kat rumah aku, budak 2 ketoi tu uishhh suka sungguh.
nak2 si Aniq.
Amni tak layan sangat dah sebab dia dah bajet budak besar.
Aniq mmg suka sangatlah..
sebelum Didi and Friends ada kat Astro Ceria, aku dah download video2 dia youtube and save dlm phone.
video 1st yg aku download is Bingo.
ulang2 dengar sampai tahap kadang2 nak hempok ja telepon tu sebab cemuih.
hahaha..
tapi dah anak suka, mak redho jelah.
asal hampa duk diam..
tapi takda la 24h aku kasik henpon tu.
ada masa jugak..

now ada festival konvokesyen kat UniMAP..
start jumaat lepas sampai selasa ni.
macam2 aktiviti, salah satunya pertandingan mewarna bersama didi and friends.
hari sabtu pagi.
gigih la aku bangun awal, buat keja rumah laju2 sebab  nak bawak budak2 tu pegi tgk didi.
tapi tetap la kluar lambat jugak..
biasalah, nak siapkan budak2, nak siap mak, mcm2 hal.
aku ajak adik aku skali ikut, bule tengokkan budak2 sama kut tak terkawal nnt..

venue kat Main Campus, Pauh Putra sana.
kat area opis aku jugak..
sampai sana around 10.00am..
kebetulan tuanku canselor baru sampai, so jalan tutup, kena pusing jauh sket.
park kat atas and menapak ke tapak pesta.
takda la jauh pun.
sampai sana, pertandingan mewarna sedang berlansung.
aku ni tak bawak pun pencil color Amni sbb ingat dah lambat tak sempat join.
rupanya blh join lagi, tapi takda color lah pulak.
aiseh..
seb baik student2 yg jd petugas tu bantu.
bawak Amni join budak2 situ and pinjam color diorg.
sabaq jalah mak kau ni Amni oii..
haha.
dia beriya betul nak kaler.

tengah kaler, ehhhh Didi and Nana keluar.
terus budak2 tak keruan.
hahahahaha.
berebut2 nak jumpa didi, nak bergambar bagai.
seb baik la tak ramai sgt...
budak2 ngan mak pak aku rasa dlm 100++ gak la..



budak eksited.
dia suka Nana..
sampai peluk2 la kiranya.
kagum gila sebab nampak didi and nana depan mata.
semua budak2 mcm tu kut..
berebut2 nak pegang nak tgk dekat2..
seronok tgk keletah masing2.
mak pak pun sama, berebut2 nak ambil gambar anak kan?
yg tgh mewarna pun lari habis dah nak tgk didi.
hahahah..

kakak suka, Aniq tak pulak.
dia suka tapi gamaknya dia terkejut org ramai, jadi takut pulak.
nak berdokong sampai taknak turun.
aku bawak pegi dekat ngan didi, menangis2 takut.
hahahah.
dah lama sket baru ok.
nak jugak pegang didi, tapi still kena dokong.
haishhhhh..




dapatlah jugak gambar adik dgn nana.
dengan didi tak sempat dah.
aku pun malas nak berebut sbb susah nak bergerak dgn dokong Aniq lagi.

setel pertandingan tu, pegi ronda2 kat booth yg ada kejap.
tak meriah sgt tahun ni.
tak bnyk booth, tapi acara menarik.
hari Isnin ni siap ada Syamsul Debat okeh.
teringin nak pegi, tapi taktau lah dapat ke tak..
pukul 11.15 balik ke khemah utama sebab ada penyampaian hadiah.
Amni dapat saguhati je, jadiklah...
semua dapat, seronok budak2 walau hadiah tak seberapa.
janji ada kan?
lepas tu dah lapang sket, blh la nak bergambar ngan didi.
tapi aku malas nak tunggu dah sebab Amni duk berzikir lapar laparrr..

so, jom kita balik.
dlm kreta mkn nuget yg mama bawak bekal dlu.
pastu jommm kita pegi padang besar.
hahahaha...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...