Search This Blog

Wednesday, March 29, 2017

BICARA DAKWAH : ‘ISLAM MEMBENCI PEMBAZIRAN’

BICARA DAKWAH
Tajuk : ‘ISLAM MEMBENCI PEMBAZIRAN’


Makna pembaziran di sudut istilah Syarak membawa maksud; ‘Sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak atau benar.Islam amat membenci dan melarang umatnya melakukan segala bentuk perbuatan yang boleh membawa kepada pembaziran.Sehinggalah Allah swt mensifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan.

Sepertimana Allah swt berfirman  yang bermaksud;
"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya"
[Surah Al-Israk 27]


Imam Ibnu Kathir menyatakan: "Pembaziran adalah perbuatan mensia-siakan nikmat Allah kepada perkara maksiat serta melanggar perintah Allah swt"

Sifat suka membazir sebenarnya tergolong dalam kalangan orang-orang  yg tidak tahu bersyukur dengan nikmat Allah (kufur nikmat).

Menurut Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah, terdapat 9 bentuk pembaziran yg dilakukan oleh manusia:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan (tidak digunakan untuk jalan kebaikan serta disampaikan dalam keadaan riak@ujub yg ianya menghapuskan pahala)

2. Pembaziran amalan (tdk dilakukan dengan hati yang ikhlas dan menjadi  sia-sia kerana matlamat amalan bukan kerana Allah swt)

3. Pembaziran kekayaan (berbelanja pada perkara tidak bermanfaat dan tak diredhai Allah)

4. Pembaziran hati (hati kosong daripada kasih sayang Allah. Tidak diisi dengan makanan rohani)

5. Pembaziran tubuh badan (tidak guna untuk beribadah kepada Allah swt)

6. Pembaziran cinta (curah kepada selain Allah@ melebihi cinta kepadaNya)

7. Pembaziran masa (tidak urus dengan sebaiknya serta terbuang dengan perkara-perkara tidak  berfaedah)

8. Pembaziran akal (tidak memikirkan kebesaran Allah dan tidak memikirkan untuk memajukan agama, diri, keluarga, masyarakat dan negara)

9. Pembaziran zikir (jika zikir yang langsung tidak memberi apa-apa kesan kepada hati bahkan semakin keras kerana tidak khusyuk dan tiada penghayatan).


Diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua. Semoga Allah swt menglipatgandakan amalan harian kita semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...