Friday, January 05, 2018

BICARA DAKWAH : KESILAPAN-KESILAPAN BESAR DALAM MENDIDIK ANAK.

TAJUK: KESILAPAN-KESILAPAN BESAR DALAM MENDIDIK ANAK.

Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah.Sebagai ibu bapa,kita perlu ingat,anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya.

Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari.Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mengenai aspek keibubapaan.Dalam mendidik, anak-anak perlu diingatkan,didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan.Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.Maka,wajarlah dalam mendidik anak-anak, kita juga mendidik diri kita sendiri.

Berikut adalah antara kesilapan yang sering kita lakukan dalam mendidik anak-anak :

1] Membanding-bandingkan.

Ibu bapa tidak sepatutnya membanding-bandingkan kebolehan ataupun kelemahan anaknya dengan orang lain.Memanglah tujaan perbandingan itu dibuat bagi mendorong ataupun memberi semangat kepada anak.Tetapi,kerap kali anak-anak menyalah tafsir tujuan ibu bapa berbuat sedemikian.

Contohnya semasa perbincangan berlaku secara terbuka.Waktu itu,barulah sesuai mengambil orang lain sebagai contoh teladan tanpa membandingkannya dengan anak kita.Barulah anak mudah menerimanya.

2] Kesilapan Merendahkan Kebolehan Anak.

Seringkali tanpa sedar,kita merendahkan kebolehan anak secara tidak langsung kepada orang lain di hadapan anak-anak.Ungkapan ini pula dinyatakan dengan kehadiran anak. Maka,anak percaya apa yang didengarnya.Secara tidak langsung si ibu menyuburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu.

Kata-kata sebegini mudah menghiris perasaan anak-anak dan tentunya apabila sentiasa diulang-ulang,ia menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri mereka.Ibu bapa perlu sedar,setiap patah perkataan yang kita ucapkan kepada anak-anak kita merupakan doa.Jangan nanti kata-kata yang tidak baik pula yang dimakbulkan Tuhan.Oleh itu,carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil.Mendidik anak adalah proses yang berterusan.Jangan mengharapkan perubahan yang mendadak dalam diri anak.Sebagai pendidik,ibu bapa memerlukan kesabaran yang tinggi.

3] Memarahi Anak Tidak Pada Tempatnya.

Biasanya ibu bapa akan marah apabila didapati anak-anak melakukan kesilapan berulang,selepas dinasihati dan ditegur.Tidak salah memarahi anak demi kebaikannya tetapi kita harus pastikan marah itu kana pada orang,cara,masa,tempat dan subjeknya.Kita tidak boleh marah secara melulu sahaja.

Oleh itu,jangan memarahi anak apabila mereka berterus terang.Jangan pula menyebelahi mereka.Jelaskan secara bijak,perbuatan mereka sememangnya salah dan tindakan guru itu wajar.Dengan cara sebegini,anak-anak dapat belajar daripada kesilapan.Hubungan ibu bapa dan anak juga menjadi semakin akrab.

4] Tidak Menjadi Pendengar Yang Baik.

Ramai ibu bapa yang tidak rasa aspek ini penting bagi mereka. Menjadi pendengar yang baik bukanlah sukar dipraktikkan, cuma ibu bapa sahaja yang memperkecilkan peranan mereka sebagai pendengar.Apabila anak-anak semakin dewasa,mereka cuba merahsiakan banyak perkara daripada pengetahuan ibu bapa.Antara sebabnya adalah disebabakan sewaktu kecil,luahan dan keluhan  hati mereka tidak diberikan perhatian oleh ibu bapa.Memang soalan yang dikemukakan itu mungkin tidak penting,tetapi cara kita memberikan perhatian itu penting.Maka jangan salahkan anak-anak apabila mereka sudah dewasa,mereka tidak menganggap kita sebagai penyelesai masalah yang dapat diharap.

5] Tidak Mewujudkan Kemesraan.

Ini juga satu masalah yang selalu timbul.Dapatkah kita bersabar sebelum memarahi ataupun menegur kesilapan anak?Jika itu merupakan kesilapan yang pertama, maka kita perlu menasihatinya dengan baik.Ceritakan kepadanya bahawa kita juga pernah menjadi pelajar.Kita juga pernah merasa jemu belajar, tertekan dan sebagainya.Katakan pada anak kita memahaminya.

6] Terlalu Memanjakan Anak.

Sekiranya terlalu memanjaka anak-anak,mereka akan kehilangan sikap berdikari.

7] Suka Membebel Dan Mengkritik.

Ada pula ibu bapa yang suka membebel pada anak. Sikap ibu bapa seperti ini membuatkan anak rasa hidup di rumah tidak selesa dan tiada ketenangan.Oleh sebab itu,ramai diantara anak-anak lebih gemar menghabiskan masa di luar.Mereka berasa diri mereka bebas dan merdeka. Mereka menemui ketenangan setiap kali berada diluar rumah.Ada ketikanya,kita membebel sehingga ke tahap mengkritik anak-anak.Kritikan yang tidak membina hanya membuatkan keyakinan diri anak-anak kita luntur.Kita boleh mengkritik dengan syarat selepas itu tunjukkan kepada kepada anak apa yang perlu mereka lakukan.

KESIMPULANNYA: 

Membesarkan anak bukan satu perkara yang singkat, ianya satu proses yang panjang dan memerlukan kita memberi perhatian dan kosentrasi yang penuh dalam membentuk anak-anak yang CEMERLANG InsyaAllah dunia dan akhirat.Ingat,hubungan seorang anak dengan ibu bapa tidak putus sehingga ke akhirat.Apabila kita mati, hanya tiga perkara sahaja yang bersama iaitu sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh yang mendoakan kita.

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat buat semua. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

share dengan korang semua.
ni pendapat aku lah ye. kalau korang rasa cara dan pendapat korang lain, sokay.
cara kita tak kan pernah sama sebab kita manusia yg berbeza. tapi misi kita sama. 
semua ibu bapa nak yg terbaik utk anak2nya..

anak dah 2, masih kategori anak kecil lah.
Amni baru 7 tahun, Aniq 4 tahun. pada aku masih kecil.
ilmu keibubapaan ni luas dan tak pernah habis.
jgn ingat kita anak ramai kita hebat dlm mendidik anak.
yg anak cuma seorang 2, tidak pandai itu ini. salah.
parenting ni luas dan setiap hari akan ada benda baru buat kita.

mendidik anak pun ada cara masing2. aku pun tidaklah bagus sangat.
aku bukan jenis mak2 yg manjakan anak2, jenis pujuk2, jenis bersayang2 all the time. no.
aku seorang yg garang and keras. hahahah.
tapi tidaklah garang all the time. keras setiap masa dgn anak2.
tak.
ada masanya.
bila mendidik, ada masa kena keras, ada masa kena lembut.
lembut sangat pun kang anak jadi terlebih manja.
anak2 aku pun sebenarnya manja plus mengada. hehehe.
ada masa kami (mama papa) layan bergurau dgn diorg. main2, berguling2, gelak2.
ada masa, kalau buat salah, so kami marah.
ada masa, ayan diorg sembang berbuat and buat aktiviti sama2 (main).

ada org tak pernah marah anak. ikut apa anak mau sebab takut anak mengamuk, menangis, merajuk dsbnya.
ada org marah anak all the time. tak pernah berlembut dgn anak.
mcm2 jenis mak bapak ada. cara masing2.
tak kena pada kita, tak semestinya tak kena pada dia.
paham? hehehe.
ada yg caranya begitu, ada yg caranya begini. kita tgk mungkin dia terlalu berkeras dgn anak, tapi kita pun tak tau sebaliknya.
dan kita juga lebih kenal anak kita dari org lain.
jangan dibanding bandingkan anak kita dgn anak org lain.
sometimes aku cerita dgn Amni pasal sesapa utk naikkan semangat dia. bukan membandingkan. bila mana dia malas nak buat apa2, give up ke, aku cerita la budak ni dia rajin, gini2, buat semua tak payah suruh, nnt dia jadi cerdik bla bla bla.
takda niat bandingkan, cuma nak dia jadi semangat sket bila cerita ada yg rajin.
dan kadang2, dia mcm pikir2 lepas tu semangat tu datang nak buat sama.
jgn cerita dgn niat banding then kita mcm perlekehkan anak kita. no.
nnt dia jadi down pulak kan?
kalau org cerita dia buat gini kat anak dia, belum tentu kita blh apply kat anak kita.
sebab budak2 ni pun tak sama dan takkan sama. peel masing2 mak pak dia je yg faham.
kita blh dgr pendapat dan cara org lain, then try and error.
jgn sampai merosakkan pemikiran diorg.
once again, cara masing2.

yg pasti, sentiasa doakan yg terbaik utk anak2. cakap yg baik2 dgn anak2. setiap yg kita ungkap tu adalah doa utk anak2 kita.

No comments:

Post a Comment