Wednesday, June 20, 2018

Aidilfitri 2018 | 1 Syawal

Assalamualaikum..

6 Syawal dah..
ada yg dah mula kerja?
aku semlm dah mula keja. tapi tak buat keja sgt pun. hahah
sunyi sepi lagi opis ni ha..
hari ni pun sama. minggu ni ramai lagi yg bercuti, so sunyi sepi lagilah
kedai2 makan pun bnyk lagi tak buka.
bertabahlah..
semlm puasa, hari ni tak puasa sebab ada kenduri.

amacam raya korang tahun ni?
ok ke?
aku, mcm biasalah.. takda yg luar biasa pun..

1 Syawal, pagi2 kat rumah mentua yg sekentut tu je dulu.
pagi2, lepas laki pegi masjid nak solat raya, aku pegi umah mentua.
kemas2 apa yang patut.
kak ipar aku setel kat depan, aku setel kat belakang.
thn ni tak sempat booking org utk kemas rumah mentua aku. aduduu.
so, pagi tu awal la sket aku pegi, sapu sampah, lap2 apa yg patut.
pastu beridang menu yg ada.
dah setel kemas, balik rumah tgk budak2 pulak.
diorg aku suh layan tv dulu sementara aku g mengemas kat sana.

papa balik smayang raya, kami dah siap2, then pegi rumah wan (mentua).
actually, papa kerjeeeeeeee.... 😐😐😐😐😐😐
sokay, I dah biasaaaa. heheh
mujurlah kami org sini je, so tak terasa sgt kalau laki takda.
kalau laki keja, then tak balik kg ke apa oiii mau meraung aku tepi pintu.
laki g keja, aku start kreta pegi raya. apa ada hal..
takkan semua  nak bergantung ke laki ye dok?



sementara papa ada tu, ha moh le ambik gambar dulu.
tapi dengan anak2 jelah.
ngan mama lupaaaaaaaaaaaaaa. adoii
dah pkul 10, dia nak gerak g opis.
tak sempat selfie ke apa dgn laki sendiri. sabaq jalah
gambar aku ngan anak2 tu dekat umah mak aku tu.

kami lepak umah mentua sampai tghr.
wan masak nasi tomato+ayam ros+kurma kambing.
then kak ipar tempah kuah laksa skali.
pastu ketupat+serunding and kuih raya.
lepas sedara mara ayah datang, aku pun balik siap2 nak gerak balik umah mak aku.
setengah jam je pun. hehe
balik nak tolong apa patut kat sana pulak sbb sedara mara nak datang lepas jumaat.
nak makan nasik katanya.
mak aku masak nasi kuning+ayam masak merah.
pastu abah ada bawak balik daging lembu+lemak2 lembu yg melambak2 tu skali dgn perut apa bagai.
apa lagi, rebus then buat air asam, cicah.
kemain diorg menyicah.. aku tak berapa.
daging ok, lemak2 tu adoi takleh masuk mulut.
tak gamak nak tambah lemak dalam badan. hahahah
gambar tgh beridang, tgh makan ada. tapi tak berapa senonoh masing2.
tak gamak nak share. kang aib. hahahaha

tahun ni tak ramai sbb ada yg tak balik.
abang and adik aku pun tak balik.
sepupu pun ada yg tak balik, bukan turn sini.
ada yg balik minggu depan sebab ada kenduri sepupu aku kawen next saturday.
berkumpul lagi. lagiiiiiiiiiiiii ramai. hehe



port wajib bergambar.
kami ni girls ramai, so meriah tu terasa.
tapi ni ada yg tak join. klau semua ada, uiii..
nak park kereta pun tak muat.
photog yg pro takde, so gambar pun ala kadar la. hehe
asalkan ada ye dok?
seronok la sesekali meriah mcm ni.
ramai2, bising tu entah la. hehe
tapi aku suka. moment ni tak selalu datang.
ada je yg tak suka bising2 mcm ni.
rugi oi..

pastu boomerang raya.
adoiii.. kelip2 anak2 tgk perangai mak  masing2.
hahaha
org lalu lalang tgk je apa hal la duk biising2 tepi jalan ni.
yg nak posing atas moto, terbalik  moto pun ada.
pecah perut gelak. sabaq jalah.

mlm tu pegi beraya umah mak sedara sebelah papa.
kami sampai pkul 930 dah, so ada yg dah balik.
gambar takda sebab sibuk nak makan then membawang. hehe



Salam Aidilfitri dari kami anak beranak.
Maaf zahir dan batin 😗😗

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...