Thursday, June 28, 2018

Diari Ramadhan Amni

Assalamualaikum..

tahun ni, tahun ke 2 Amni puasa.
last year dia dapat 10 hari puasa penuh. last year umor 6 tahun.
tak paksa sangat pun, sekadar dia mampu je.
walau perit jugak mak nak bertahan dgn dia. hahaha
budak kan?

tahun ni dah darjah 1, dah pegi skolah.
pendedahan dia dgn erti puasa tu besar sket la.
so, dia excited bila masuk Ramadhan.
sepanjang puasa, nak gerak bangun sahur, mudah je.
tak banyak songeh sangat.
ada la sekali 2 dia meragam sket.
tapi bila dah mula makan, ha dia ok.
biasalah budak, bila gerak bangun tidor memang ada yg meragam.
dia mmg payah kalau gerak bangun tidor. tahun ni je kut baru ok.
kalau dulu, adoiiii...
makan pun mudah. tanya dia nak makan apa, ikut je.
walau hari2 dia request nasi+kicap+telur dadar+kentang goreng, ikut jelah selera dia.
asal dia makan, aku ok je.
kentang tu, aku potong ubi kentang nipis2, gorengkan. suka benar.
lepas makan nasi, susu tu wajib la utk dia.
then ada la makanan apa yg dia rasa nak makan, kuih ke roti ke, coklat ke.
aku ikut kan jelah..
kadang dia tidor balik kalau hari cuti, kalau hari skolah kadang dia layan phone or tv.
selalu aku gerak dia sahur pkul 6. kadang2 pkul 5 sama dgn mama papa.
budak lagi, takpelah kan?
sebab dia jenis break1st person, so sahur tu mcm sarapan pagi la jugak. hehe

pegi skolah, dia ok ja puasa.
sebab main dgn kawan2 semua kan?
balik rumah, pkul 530 ptg  tu, masa kritikal dia la.
dan mama jugak. hahaha
nak mensabarkan dia tunggu azan maghrib.
kadang2 aku suruh dia tidor je kalau dah letih sgt.
bagi tgk tv or layan phone utk dia tak ingat nak makan sangat.
ada hari dia ok, dia main or buat homework.
ada hari tak ok, selang 5 minit tanya bila nak berbuka.
adoii letih mak kau. hehehe
hari dia puasa, aku layan je kehendak dia.
nak bagi dia happy puasa.
bawak pegi bazar walau azab nak parking kreta. layannnnnnnn..
apa dia nak beli, dia nak makan pun mak layan tapi terkawal.
kadang napsu je lebih, sudahnya tak makan. lepas langgah ayaq, haa terus kenyang.
air tu hari2 nak beli. kadang teringin air biru la, kuning la kat bazar tu.
pujuk slow2, balik rumah kita bancuh sendiri lah air tu.
beli pun rm2 sebungkus, takda rasa apa pun.
dah cair so tawar je. buat sakit hati je. ais lagi bnyk dr airnya.
kadang2 aku kasik la beli air tu tapi pilih2 jugak.

buka puasa pun dia mudah je.
nasi + 1 lauk pun ok je takda hal. selalunya ayam la jadik pilihan dia.
kami dari dulu masak tak meriah sgt kalau puasa sebab tak berapa lalu makan. sama ja laki bini.
kadang2 beli je semua lauk, balik masak nasi.
kadang2 masak semua.
tak kisah masak ke beli, janji tak membazir. kan?




aku buatkan jadual puasa cantik2 utk dia.
bagi dia happy kan?
balik skolah, haa laju2 nak gunting sticker kaler apa.
mujorlah banyak pink. hehehe
senget benget gunting smiley tu, tak pelah..
kat skolah pun cikgu buat jadual puasa jugak utk 1 kelas.
tapi tak la colourfull cenggini.
ni saja la mak over sket. heheh...

so far dia dapat 19 hari puasa penuh.
3 hari tak puasa sebab pegi kl, so aku biar je lah.
lagi 1 hari tu sebab aku tak jaga sahur. hahaha.
pastu, takpelah, kasik dia cuti puasa sehari.
lain2 puasa separuh hari.
1st day puasa pun separuh hari je.
pkul 3 cikgu kelas bagi air. kesian sebab cuaca panas hari tu. tapi minum je, makan xleh cikgu kata. hahaha
balik rumah sambung puasa. bila 1st day berbuka, haaa lajuu makan. hehe
ada hari yg puasa separuh tu, pkul 1 camtu buka la.
selang2 tok umi dia kata. kesian sebab baru 7 tahun lagi.
ada hari dia nmpk ok, bagi semangat utk puasa penuh..
so, tahun ni banyak la duit raya dia.
sebab puasa bnyk hari, ada yg bagi lebih.
rezki dia.

harap tahun depan, dapat puasa lagi bnyk ye kakak..
gud girl sgt sekarang ni..
2-3 hari lepas mama dah bagi hadiah puasa dah.
dia nak mainan little pony tu.
tengah gila yg tu skang ni. so, mama belanja lagi 2 ekor pony.
kakak happy, mama pun happy 😊😊

No comments:

Post a Comment