Wednesday, June 27, 2018

Roti Jala

Assalamualaikum..

kejadian masa puasa ke berapa aku tak ingat dah.
kesnya, schoolmate aku duk share dia buat roti jala.
share kat group wasap, pastu share lagi dlm fb.
ehh bakar line sangat ni.
puasa kan?
ko pantang tgk org share makanan, ko punnnnnnnnnnnnnnnnn menjejes air lior.
esoknya, balik keja, laju2 aku pun nak menjala.
hahaha

ni 1st time okeh aku buat roti jala.
sila percaya.
bahan semua ada kat rumah, blk keja laju2 sinsing lengan baju.
memula aku buat kari ayam dulu.
aku bukan penggemar kari, tapi sesekali boleh la makan.
sambil prepare bahan, sambil masak, sambil jengok resipi kat hp.
bhahaha.
malu weh, nak buat kari pun kena tengok resipi.
iolls tak pandai noks.. sebab jarang sgt buat, kira menu rare la kat rumah tu. so tak berapa ingat cara nak buatnya.
takpe, mengaku kannn?

dah setel kari, ok moh menjala pulak.
prepare bahan, pastu baru pikir nak jala dgn apa.

punggah merata cari botol mineral. mujurlah ada..
kang ada yg jadi lempeng je kut ni..
tebuk 4 lubang kat hujung, pastu curah adunan tepung tu masuk botol.
diy jeeeew..
senang je pun, tak yah sampai nak beli botol khas utk roti jala tu ha.
jadi jugak pun walau kasar sket.
alah, bukan nak jual kannn?
adunan utk roti jala pun senang je.
blend je smua bahan, tepung, telor, gula susu tu dlm blender.
resipi mudah je.

bz menjala petang tu, utk lauk berbuka aku buat ayam goreng kunyit je.
mudah keja.
kami berbuka mmg 1 lauk je.
so takda hal la. hehe




rasa hujung lidah je kari ayam aku tu.
pastu kemain konpiden, hantar semangkuk ke mentua.
mujur la masa makan berbuka tu, haaa ok, kari ada rasa. hahahaha

laki balik, tanya kenapa beli roti jala bnyk sangat.
eh helloooooooooo..
awak tak nampak ke bini peluh2 ni menjala.
dia tak caya aku buat.
cis!
tengok la dapor kemain berkecah tuu bang oi.
bekas menjala pun tak basuh lagi.
elok azan, baru habis menjala.
makan panas2, uii sedap.



besar sggt lubang kat botol tu aku tebuk.
ah gasak..
jadik jugak tu, kira ok lahh.



hujung2 aku malas dah. main tebar je jadik apa pun. haha
asal ada rupa, kira ok lah..
anak2 sukaaaaaaaa.. tapi diorg cicah susu. haha
2-3 keping sorang makan.
pasni kita repeat lagi. tapi nak buat kuah droyan pulak.
maveles ahhh..

resipi?
google je, melambak org share.. pilih je mana korang suka.

No comments:

Post a Comment