Monday, July 09, 2018

Mandi manda di Fantasia Aqua Park, Jitra Kedah

Assalamualaikum..

entry lama, tapi kita share jugak lah..
rentetan public holiday selepas PRU yg lepas lah ni.
tak menda nak buat, so jomlah bawak anak2 keluar.
cuti lama kan, kesian pulak duk terperap ja kat rumah.
apaknya keja, opis diorg tak entitle utk cuti tu.
plan pungpang pungpang, jom pegi  mandi manda kat water park.
aku usung adik2 aku skali mak aku pegi sana.
abah je taknak ikut. tak kuasa la dia nak pegi pun..
pagi tu umi masak nasik goreng sebekas buat bekal.

pkul 9 pagi ++ camtu kami gerak pegi dah.
balik rumah aku dulu sebab nak ambik baju mandi budak2 tu dgn baju aku skali.
balik mengundi tak bawak baju bnyk pun sbb kang klau tak dapat cuti, haaaa kena keja. heheh
mujorlah rumah aku dgn mak aku dlm 24km++ je. tapi jadi jauh sbb tak sejalan nak ke tempat dituju.
bawak anak2 pegi mandi manda kat Fantasia Aqua Park kat Jitra sana.
taman air. lama dah nak bawak diorg pegi, tapi takda masa yg sesuai.
ni dah takda buat apa2 ha jommmm..
tapi tak bgtau diorg awal pun, kang asyik duk sebut tu sakit kepala mendengarnya.

nak cari tak susah, korang waze je Fantasia Aqua Park Jitra.
sejak buka last year, tak berkesempatan pegi lagi.
water park ni sebelah taman tasik Jitra tu ha.. kalau atas highway, dari Jitra nak ke Changloon ha boleh nampak dah.
kena exit Bandar Baharu tu utk ke sana.
kami dari pekan Jitra so, tak payah naik highway..
sampai sana, kereta pun takda. hahaha
seronok ah sbb takda org. sejak dari mula buka dulu, penuhhhhhhhhhhhhh sentiasa.
tu yg aku malas nak datang walau tak jauh mana pun dengan Kangar.
tukar baju anak2 dulu dlm kereta pastu suruh diorg makan nasi dulu.
alas perut siap2.
kang makanan semua tak blh bawak masuk sana.
budak2 dah tak lalu makan dah, sebab excited duk nampak waterpark tu.
tak makan, tak leh main air.
so, laju2 makan budak 2 ketoi tu.
aku dah pakai baju basahan sesiap dah dari rumah. tukar tudung n seluar je.



mak pegi beli tiket while anak2 makan dlm kreta and siap2..
dah beli tiket, nnt dapat gelang ni, pakai kat tangan.

junior kid means kanak2, 3 - 12 tahun ( RM15)
big kid means dewasa, 13- 59 tahun (RM18)
super kid utk senior citizen (RM14)

ada super kid kat situ sebab bawak mak aku masuk skali.
tapi dia tak mandi, jaga beg je. hehe
dah buang tebiat pulak tok umi nak mandi sama kan?
dia duk lepak tepi, pastu ada geng, sembang sakan.


the entrance
menggedik sakan la budak 2 ketoi ni.
masa ni dlm pkul 11 pagi. belum panas terik lagi la..
yg best is org tak ramai. seronok la nak mandi nnt takda la berebut2 ke apa.



dengan adik aku @ maknjang.
dia la yg banyak jaga budak2 ni kalau pengasuh takda, selain mak aku la.
dia pun takda buat apa2 hari tu, so jom kita mandi manda.
gambar dgn mama ada, tapi huduh sebab duk dlm air. heheh

baju mandi anak2 dari Mr DIY ja.
tapi takda seluar panjang. so utk kakak, pakai legging kat dlm.
selesaiiii..
nak beli yg helok2 pun bukan selalu g mandi manda pun. ni pun baru guna 2-3 kali je..




susah dah nak ambik gambar sebab masing2 dah menggedik nak mandi.
sebelum basah, ha mak snap la 2-3 keping nak send ke apak yg tengah keja tu. hehe
dah masuk air, hp smua simpan kasik tok umi pegang.
cuaca ok hari tu, tak panas sangat.
tak bnyk tempat mandi yg ada bumbung, mujorlah tak sunburn. hehe
org pun tak ramai, tak la susah hati sangat nak biar diorg bermaharaja lela kat dlm tu.
lepas sejam 2, baru nmpk org duk masuk.
kami kat dlm tu dlm 3 jam++
dah nmpk org makin ramai, jom lah kita beransur wahai anak..
tu pun jenuhhhhhhhhhhhhhh nak mengajak.
mujurlah mudah. hehe
while diorg tgh mandi tu ada la jugak aku bagi mkn biskut + air.
seludup masuk sket kang lapar pulak.
adik aku ada la pegi cafe kat dlm tu, tapi lambat pulak nak nunggu makannya.
dah siap2 mandi, keluar mkn kat luar jelah.

utk details, korang blh tengok sini https://www.fantasia.bdb.com.my/
tiket nak booking online pun boleh.
klik sini 
org Kedah +  Perlis blh la bawak anak2 datang sini masa weekend.
harga murah, nak pergi pun tak jauh.
selection utk main air tu takda la banyak, but sokay la.
what to expect dengan harga mcm tu kan..

now, duk mengajak pegi lagi.
sabar lah ye anak2.. nanti2 kita pegi.
jadi budak baik, kang mama papa reward. hehe



No comments:

Post a Comment