Wednesday, April 28, 2010

Senaman Bantu Mudah Bersalin

Senaman antenatal
* membantu anda bertenang sewaktu dalam kesakitan melahirkan anak
* membantu anda mudah bersalin
* mengekalkan kesihatan yang baik
* mengurangkan sembelit, sakit belakang dan keletihan

Mencegah sakit belakang
* letakkan sebelah tangan anda di bawah perut anda dan
* letakkan tangan sebelah lagi di bahagian bawah belakang
* tarik nafas dan angkat ke atas kandungan anda secara perlahan
* pada masa yang sama, tekan punggung anda menghala ke lantai dan
* kembali ke kedudukan asal
* tulang punggung anda sepatutnya bergerak ke hadapan dan ke belakang

Mengendurkan otot-otot pinggang
* duduk dengan menyilangkan kaki (seperti bersila) sambil membongkok sedikit
* tekan lutut anda ke lantai dengan menggunakan tangan dan renggangkan paha
* setelah berehat seketika ulangi semula langkah tadi

Menguatkan tulang punggung dan otot-otot faraj
* baring menelentang
* kempiskan perut anda ke dalam dan
* tekan bahagian belakang anda dan berehat
* rapatkan otot-otot anda seolah-olah anda menahan kencing dan rehat
* lakukan senaman ini perlahan-lahan
* boleh dilakukan sambil berdiri atau duduk

Mencegah kekejangan kaki
* baring menelentang
* angkat sebelah kaki anda dan gerakkannya ke atas dan ke bawah
* kemudian pusing mengikut pusingan jam dan sebaliknya
* ulang pada kaki sebelah lagi

Menguatkan otot-otot perut
* baring menelentang sambil mengangkat kepala dan kedua-dua kaki ke atas
* kemudian berehat


~~~~ bule ke nak buat...huhuhu

Pakaian Yang Sesuai Semasa Mengandung

Pakaian
Longgar dan selesa dan tidak mencengkam dibahagian pinggang.
Pakaian yang longgar dibahagian depan (potongan baju mengandung).
Gaun wanita mengandung adalah lebih selesa bilamana kandungan membesar.

** maybe seminggu dua lagi dah nak kena tukar uniform..kain smua dah xleh kancing,baju ok lagi (baju kurung yg pakai g keja).nak kena bli sluar baru n baju baru la nampak gayanya..

Memilih pakaian dalam
Pakai pakaian dalam yang bersaiz besar dan bercangkuk lebar dibahagian belakang dan bertali lebar dibuat dari kain kapas yang nipis semasa mengandung.
Bagi penyusuan susu ibu pakai pakaian dalam yang boleh dibuka dibahagian depan.
Pakai seluar dalam yang dikhaskan bagi wanita mengandung.

** mmg kena tukar saiz pun..pakai yg fleksible sket..mula2 rimas sbb pakai yg xda besi,skang dah ok dah..

Kasut yang sesuai
Pakai kasut bertumit rendah kerana ia sesuai untuk postur dan belakang anda dari memakai kasut bertumit tinggi atau kasut leper.
Pilih kasut kulit atau kanvas agar kaki anda dapat edaran udara.
Kasut sukan yang mempunyai sokongan lengkok tapak kaki dan tumit yang baik adalah sesuai dipakai dirumah atau bersiar-siar.

** nak kena tukar kasut baru jugak..yg ada ni ok,cuma cam xleh sarung habis skang nih..hehhe


*** i fell wonderfull being preggy!!!

Nasihat Penting Untuk Ibu-Ibu


Susu ibu
* khasiat penting kepada bayi
* melindungi bayi daripada penyakit
* memberi segala keperluan untuk bayi dari tempoh lahir sehingga 6 bulan
* ramai ibu masih menyusukan anak selepas usia bayi 6 bulan disamping memberi makanan lain * cara paling baik untuk mengekalkan bekalan susu yang baik ialah dengan:
- menyusukan bayi dengan kerap
- mengambil makanan yang seimbang sewaktu kehamilan dan selepas melahirkan

Nasihat khusus untuk ibu bekerja
* bayi anda masih boleh menerima khasiat susu ibu walaupun anda keluar bekerja
* memberikan sebahagian daripada susu ibu adalah lebih baik daripada memberikan susu botol sepenuhnya
* jadi berilah susu ibu walaupun anda dinasihatkan untuk memberikan makanan lain
* sekiranya anda tidur dengan bayi anda, bayi anda dapat meyusu tanpa menggangu anda tidur
* susuilah bayi anda dahulu sebelum anda keluar bekerja di waktu pagi dan apabila pulang
* jika anda memberikan bayi anda kedua-dua susu botol dan susu ibu, mulai dengan memberi susu ibu terlebih dahulu

Dapatkan nasihat doktor mengenai pemakanan tambahan anak
* memberi makanan yang tidak sesuai kepada bayi boleh memudaratkan bayi
* memperkenalkan susu botol, makanan dan minuman lain boleh memberikan kesan negatif kepada susu ibu
* selalulah minta nasihat pakar kesihatan sebelum memperkenalkan makanan lain selain daripada susu ibu


Pemberian susu tambahan
* jika doktor mencadangkan makanan lain sebagai tambahan atau menggantikan susu ibu, apabila bayi berusia 4 bulan atau 6 bulan adalah lebih baik memberikannya susu rumusan yang memenuhi standard mutu yang diiktiraf
* jika ia digunakan dengan betul, ia dapat memberkan khasiat yang diperlukan oleh bayi dalam bentuk yang mudah dihadamkan
* anda memerlukan lebih satu tin (500g) seminggu jika bayi anda menyusu dengan susu botol sahaja
* sebaik sahaja bayi anda meningkat usianya, berikan ia susu rumusan dengan menggunakan cawan dan susu

Tuesday, April 27, 2010

tengah gigih men'register'kan diri dalam blog2 yg amat bagus untuk di'follow..heheh

http://www.susuibu.com
http://mummies.heavenforum.com/

banyak info yg sangat berguna..bagus btul moderator2 nih...share info with ohters!

Monday, April 26, 2010

MMC

semlm pegi Mahsuri Medical Center...saja nak buat check up..kul 11.30 sampai,diorg dah ttp appointment klau nk jumap Dr.Annuar..--smua org duk suggest Dr.Annuar kat ctu,so pegi nak jumpa dia lah tgk cemana..daftar then kul 3 staf tu suh dtg balik...
so..g ronda2 dlu ngan hubby..cadang nk tgk wayang..xda movie plak kul 12..lagipun cite smua xbesh..jln2 kat aneka tu jelah..bli barang sket..pastu g lunch kat SanThai...lepaking kat ctu sampai kul 2..p smayang...rest jap..dekat kul 3 g MMC balik..
tgk kasut punya banyak,org xda...hubby duk heran..dah naik tgkt 1..mak aiiii..penuh...dr kul 3 sampai kul 5,baru dapat jumap doktor...adeh..sket lagi nk hilang sabar dah duk nunggu..seb baik hubby pun xmerungut.klau tak,dia bab nak menunggu nih sama naik ngan aku...cemuih!
patut la smua duk suggest Dr.Annura..dia ni bagus..cakap pun lembut je..baik je orgnya...hehe..masa muda2 dlu mesti hensom..heheh..scan smua skali,alhamdulillah..bby ok!tu yg penting..duk dgr dia cita sket2..then dia suggest ubat..try yg tu plak,sbb skang ni duk muntah2 lagi..heran btui..cemana bby nak membesar kan?heheh
dah setel kat ctu,p umah beni plak..umah mak mentoha dia..buat sebeday madiha..lupa jalan dah..pegi pun thn bila ntah...
sampai umah dia,majlis dah mula..makan2,lepak2 jap...gebang2,duk usik madiha yg langsung xmo kat orang...ge'amm aku!
dekat kul 7 gerak balik sbb hubby nak mengunjung bapak kawan dia yg ninggal tghr tu..
sampai umah...letih sgt dah...perut pun kenyang..adehhh
mandi,smayang,iron baju..kena buat jugak..lipat kain xsempat sbb hubby balik ajak g teman dia bli berger..bli berger then..ronda2...hehehe
skang ni keja makan berger ngan slurpee..napa ntah....sukeee sgt!

duk belek2 gambar kawen...cepatnya masa berlalu..dah masuk 5 bln++ hidup bersama..alhamdulillah...tuhan mempermudahkan smua urusan..
ada sedikit kekurangan dan sedikit kelebihan...tu smua menambah rencah dalam hidup..hmmm...dalam hidup ni kita tak boleh mengharap terlalu banyak sangat..bersyukur dengan apa yg ada dan gunakan sebaiknya...
orang tamak selalu rugi....kan?


Friday, April 23, 2010

AMALAN-AMALAN YANG DAPAT DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG

Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat.
Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung.Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.

Doanya :


"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".

Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya.

Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.

Memperbanyakkan membaca Al-Quran

Ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya

Sentiasa berakhlak yang baik.

Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil

Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.

- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.

- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam - keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba - mengingati keadaan manis dan jasa isteri.

- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.

- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.

- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.

- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.

- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.

- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.

- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil

- Menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami

- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.

- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hukum Allah.

- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.

- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.

- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.

- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.

- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.

- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

Wednesday, April 21, 2010

Sejarah Joomla


Sejarah

Joomla! bermula apabila terjadinya pembangunan perisian daripada versi Mambo diantara Miro Corporation dari Australia, pemegang hak cipta Mambo pada masa itu, dan kesemua ahli pemaju pusat. Kedua-dua kumpulan berpisah pada 17 Ogos 2005. Miro Corporation menubuhkan sebuah yayasan dengan tujuan untuk menaja projek itu dan melindunginya daripada tindakan undang-undang. Pasukan pembangunan mendakwa bahawa banyak struktur yayasan berkenaan melanggari perjanjian yang dibuat oleh Jawatankuasa Mambo yang dilantik. Mereka juga mendakwa kurangnya perbincangan dengan pemegang saham utama dan melanggari nilai-nilai asas Sumber Terbuka.

Nama joomla! diambil daripada perkataan ‘Swahili‘ iaitu jumla yang bermaksud ‘mari bersama-sama’ atau ’secara keseluruhannya’. Keluaran pertama Joomla ialah versi 1.0.0 telah diumumkan pada 16 September 2005. Sehingga kini, Joomla! telah keluarkan version terbaru mereka itu Joomla 1.5 untuk menggantikan Joomla 1.0.0 . Dianggarkan sehingga hari ini,ramai webmaster memilih Joomla! sebagai platform untuk membina laman web sama ada web personal, e – commerse atau sebagainya. Pasukan pembangunan asas menyatakan bahawa Joomla 1.5 adalah kod yang ditulis semula dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP 5.

Pasukan pembangunan mencipta sebuah laman web yang dipanggil OpenSourceMatters untuk mengedarkan maklumat kepada para pengguna, pemaju, pereka web dan komuniti secara amnya. Ketua projek pada waktu itu, Andrew Eddie, juga dikenali sebagai “MasterChief “, menulis sepucuk surat terbuka kepada komuniti, yang mucul di papan pemberitahuan di forum awam di mamboserver.com.

Menjelang keesokkan hari, 1000 orang telah menyertai laman forum opensourcematters.org dengan kebanyakan mesej menunjukkan perkataan-perkataan semangat dan galakan kepada Pasukan Pembangunan. Laman web berkenaan menerima komen dan artikel berita berhubung peristiwa berkenaan di newsforge.com, eweek.com, and ZDnet.com. CEO Miro, Peter Lamont, memberi respon awam di dalam artikel bertajuk Kontroversi Sumber Terbuka – 20 Soalan Bersama Miro.

Peristiwa ini telah mengakibatkan komuniti sumber terbuka berfikir semula tentang apa tafsiran “Sumber Terbuka”. Laman-laman forum di kebanyakan projek sumber terbuka dibanjiri dengan mesej-mesej menyokong dan menentang tindakan kedua-dua pihak berkenaan. Khabar-khabar angin dan tuduhan tentang kesilapan yang dilakukan oleh Miro dan Yayasan Mambo mula menjadi hangat.

Dalam masa dua minggu selepas pengumuman Eddie, pasukan2 mula disusun semula dan komuniti ini mula tumbuh. Pada 1 September 2005 nama baru diumumkan dengan sambutan berbeza oleh 3000+ penyokong setia Pasukan Pembangunan.

Kandungan Joomla!


Pakej Joomla mengandungi kepelbagaian bahagian berbeza yang dibina untuk menjadi sebagai sebuah modular jika boleh.Hal ini akan membolehkan peralatan tambahan dan integrasi dijalankan dengan senang dan mudah. Satu contoh berkenaan ialah sejenis benda yang dipanggil “Bot”. Bots ini adalah sebuah modul yang jika diaktifkan boleh menambahkan fungsi Joomla.

WikiBot, sebagai contoh, membolehkan pengarang kandungan Joomla menggunakan “Wikitags” dalam artikel-artikel Joomla, yang akan membina secara automatik pautan-pautan ke artikel-artikel Wikipedia apabila artikel ini diterbitkan. Beratus-ratus peralatan tambahan untuk Joomla juga dapat diperolehi melalui Direktori Peralatan Tambahan (plugin).

Komuniti

Joomla! mengekalkan komuniti aktif yang rasmi dan tidak rasmi. Terdapat lebih 100,000 tajuk forum, 500,000 pos daripada 60,000 ahli dalam 40 buah bahasa.Laman-laman tidak rasmi diterbitkan dalam bahasa-bahasa berbeza terutamanya dengan peralatan tambahan Joomla! yang spesifik kepada sesetengah kawasan. Sebagai contoh, teks-teks sampingan yang menyokong penggunaan Abjad Ibrani dan Abjad Arab dapat ditemui di laman komuniti pihak ketiga. Pemaju web tidak rasmi juga membina peralatan tambahan serta reka bentuk web yang dijual secara komersial. Rekaan bentuk oleh pereka web persendirian juga wujud.

Sejarah Pengeluaran

- 16 September 2005: Joomla! 1.0.0 [Sunrise] dikeluarkan (penjenamaan semula keluaran Mambo 4.5.2.3 yang
digabungkan dengan pembaikan keselamatan dan masalah pepijat)
- 21 September 2005: Joomla! 1.0.1 [Sunburst] dikeluarkan (Keluaran stabil)
- 2 Oktober 2005: Joomla! 1.0.2 [Sunset] dikeluarkan (Keluaran stabil)
- 14 Oktober 2005: Joomla! 1.0.3 [Sunlight] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat sederhana)
- 21 November 2005: Joomla! 1.0.4 [Sundial] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat kritikal)
- 21 Disember 2005: Joomla! 1.0.5 [Sunspot] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat sederhana)
- 15 Januari 2006: Joomla! 1.0.6 [Sunscreen] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat rendah)
- 15 Januari 2006: Joomla! 1.0.7 [Sunbolt] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat kritikal)
- 26 Februari 2006: Joomla! 1.0.8 [Sunshade] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat sederhana)
- 5 Jun 2006: Joomla! 1.0.9 [Sunshine] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat rendah)
- 25 Jun 2006: Joomla! 1.0.10 [Sundown] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat kritikal)
- 29 Ogos 2006: Joomla! 1.0.11 [Sunbow] dikeluarkan (Keluaran keselamatan – Pembaikan ancaman peringkat kritikal)
- 25 Disember 2006: Joomla! 1.0.12 [Sunfire] dikeluarkan (Keluaran stabil – Pembaikan ancaman peringkat rendah)
- 12 Oktober 2006: Joomla! 1.5 [BETA] dikeluarkan.
- 5 Mei 2007: Joomla! 1.5 [BETA-2] dikeluarkan.
- 21 Julai 2007: Joomla! 1.0.13 [Sunglow] dikeluarkan (Keluaran stabil – Pembaikan ancaman peringkat rendah)
- 21 Julai 2007: Joomla! 1.5 [Release Candidate] dikeluarkan.
- 22 Mac 2008: Joomla! 1.5.2 [Stable] dikeluarkan.
- 23 April 2008: Joomla 1.5.3 [Vahi] dikeluarkan. Pembetulan masaalah nama pengkalan data dengan versi sebelumnya.
Atas tujuan memberi peningkatan berterusan dan pembetulan pepijat serta peringkat kecil kepada pengguna jommla.
- 07 Julai 2008: Joomla 1.5.4 [Naiki] telah dikeluarkan.
- 28 Julai 2008: Joomla 1.5.5 [Manmi] telah dikeluarkan.Menyelesaikan masaalah penerbitan paparan tajuk dua kali pada versi yang sebelumnya.
- 12 Ogos 2008: Joomla 1.5.6 [Vusani] telah dikeluarkan.
Versi ini mengandungi peningkatan dan pembetulan kepada URLSEF bagi com_content yang penting untuk pembetulan pepijat.
- 10 November 2008: Joomla 1.5.8 [Wohnaiki] telah dikeluarkan.
- 01 Julai 2009: Joomla 1.5.12 [Wojmamni ama woi] dikeluarkan.
- 30 julai 2009: Joomla 1.5.14 [Wojmamni ama naiki] telah dikeluarkan

Joomla versi terkini adalah Joomla 1.5.15 [Wojmamni ama mamni] dikeluarkan pada 04 November 2009 dan versi akan datang Joomla 1.6 (dalam peringkat Alpha2 sewaktu tulisan ini dibuat)



** duk guna ja joomla nih..tapi xtau sejarah..bagus jugak ada insan yg sudi sharing this info yg sgt berguna..

agak ketinggalan jugak sebenarnya dlm penggunaan joomla ni..

thn 2007 aku ngan bos start build page utk opis using joomla...godek la p balik p balik...dha buat separuh jalan,tersalah click sket je,hilang smua...buat balik dr mula..hehe...but, learn from mistake,pastu xsalah dah..trus terre!perasan!!!

2008 br publish..n until now,masih banyak yg perlu dipelajari...huhu....







Tuesday, April 20, 2010

skang nih tgh tunggu hubby g amek umi,abah adik ngan dek pyzah mai umah.sok diorg nk g umah mek lagi..huhu..ada knurik lagi..bersunat anak pakda,mustakim tuh...
xdapat la nk ngikut..sen tgh xda ni...blm gaji lagik..
mek nk kena masuk spital plak.nak pasang balik usus dia..abah kata mek dah sehat,xnampak cam org sakit pun..alhamdulillah..

dah masuk 5 bulan..diorg kata xnmpk perut lagi..asa mcm dah bengkak dah perut aku nih..maybe sbb aku duk pakai baju kurung,besar,so xnmpk sgt la perut..padahal kain dah xleh kancing dah!dah sempit dah kain tu,duduk pun xselesa sgt..baju ok lagi...nnt2 la tukar uniform..awai g kan?xbli apa pun lagik..tgg 6bln nnt la..
perut duk asa tegang jek..nk bgn pun susah..asa seriau..hehhe..dengan kencing kerap,sakit tapak kaki lagi..aduiii..sabar2
baru g..ada 4 bulan lagik!!

Second Trimester of Pregnancy

The second trimester of pregnancy is a busy time for both you and your baby. Your baby will be growing very rapidly over the next several weeks, and you’ll feel much more energetic than normal. This burst of energy typically leads to what is called nesting.

Nesting is basically the process of getting ready for your baby. Some women take it further than others – it’s really just a matter of hormone levels, as well as your natural tendencies to clean, organize and plan. This is generally the time that most mothers set up their nursery, begin buying items for the baby and clean their house to a surgical cleanliness in preparation for the upcoming delivery.

Many women feel like super heroes during this time. After three months of sickness and fatigue, they finally have energy and feel like themselves again. It’s important that you remain aware of your limitations during this time. When setting up the nursery or going on a cleaning binge, make sure you don’t overdo it. Don’t do any heavy lifting and try to avoid climbing on things to clean in high-reaching areas. You don’t want to inadvertently injure yourself or your baby.

The second trimester is also the time that your cravings will kick into high gear. While it’s great to indulge your cravings to a certain extent, keep in mind that you need to maintain a healthy diet for you and your baby. Also, remember that baby weight is easier to lose if you eat healthier during your pregnancy, rather than trying to diet after having the baby.

You should also be aware of nausea, dizziness or shakiness after eating, especially if you’re craving a lot of sugar. Gestational diabetes is common in pregnancy, and usually begins presenting itself and showing symptoms during the second trimester. It’s common practice for a glucose test to be administered some time during your second trimester of pregnancy, but if you have symptoms of high blood sugar, you should definitely discuss them with your doctor. Unchecked, gestational diabetes can cause health problems for you, and cause your baby to be overly large, which causes complications during delivery.

Your baby in the second trimester is growing at a rapid rate. As the baby grows in size, you’ll show your baby bump more and more. People will notice that you’re pregnant and share in your joy, but it also means you’ll probably have to buy maternity clothes. And, as the baby begins to grow hair, you may experience some heartburn, especially after eating spicy foods.

While keeping active and getting exercise is important, be aware of the swelling that may occur in your legs and feet. If you start noticing your feet starting to swell, sit down and rest with your feet propped up. The position you sleep in can also affect your comfort during the day as well, by increasing pressure on your back and causing further swelling. Try to sleep on your side, and if you have a tendency to roll onto your back or stomach, prop yourself with pillows so you can get a better night’s sleep.


~~ hmm..betul la tu..badan dah rasa kuat sket skang nih..maybe sbb morning sickness tu dah habis,selera makan pun dah ok sket..teruja tu pun jadik lebih..hehe...

Week 20





Fetal development in pregnancy week 20: fetus in fifth month
This week you're carrying about 10.5 inches and 10.5 ounces of solid baby-miracle-goodness! Their little delicates bones continue to ossify and toughen while their itsy bitsy finger and toe pads are finishing up. Your little monkey now has teeth buds, although they’re hidden beneath the gum line.
And finally! Their limbs have reached their relative proportions—no more alien baby! Their cute pink lips are more defined, and might be helping out in a bit of prenatal thumb-sucking. If you have a little boy, then their tiny testes are descending, though they have not yet passed the abdominal wall. What’s more, eyelashes and eyebrows are also visible. At this point, your little one really looks like a miniature baby—and we do mean miniature as your little swimmer currently weighs a mere eighth of their final birth weight. With half the pregnancy behind you, the most significant gains are yet to come!
And how's mom doing? Not that we need to tell you, but your baby may sometimes seem like a kick-boxer in training with no appreciation for your exhausted-pregnant-momma sleep needs. Still, before you start yelling at them to calm it down in there, remind yourself that your busy baby really have no idea if you’re rolling.
If you have already enrolled in a Lamaze course, consider coupling it with either a swimming or yoga course (or both!) out of bed or cozying up to your partner for a good nights rest. Unfortunately for your sleep schedule, your little independent thinker will continue to operate on their own time table throughout the rest of the pregnancy. And you thought rebellious behavior only started around puberty!

Friday, April 16, 2010

WARNA

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA: MERAH
kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA: BIRU
Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah “screen saver” computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenangdan kurangkan rasa tegang

ELAKKAN INSOMNIA
WARNA: MERAH JAMBU
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik… ..!

CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA: JINGGA
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.
LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA: HIJAU
Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan

Thursday, April 15, 2010

slurpee

pkul 10.30 semlm,duk golek2 nk tdo...tetiba terasa nk mkn eskrem...nak makan mcm kat atas tuh..panggil hubby...

me : nak eskremmmm....
hubby : eskrem pe tgh2 mlm nih...
me >> buat muka cemberut.....
hubby >> buat muka conpius..
me >> buat muka cemberut sambil tarik bantal peluk nk tdo....sket lagi nk nangis dah


hubby : okes..jap nk mkn dlu,pastu br g bli ekk

huhu..seb baik,trus xjadik tdo...bangun g neman dia makan..dah pkul 10.30 dia blm dinner lagi sbb duk setel laptop ayah...
teman dia makan,aku pun mkn skali...tetiba lapar..
duk ralit2 tgk tv3,tgk citer asmaradana...cam best plak cita tu,padahal dah episod 17..haram xpaham hujung pangkal...

me : eskremmm...
hubby : ingatkan dah lupa...>> buat muka xpuas hati...

hahhahahah...
kul 11, hubby kuar g bli jugak slurpee..bukan jauh pun 7e dengan umah kami tuh...pusing roundbout je...
10mnt hubby balik...
yessss...
tapi..

me : nape kaler oren..nak hijau..
hubby : dah campur dah la tu,oren ngan hijau....jadik oren..>> trus buat selamba bagi slurpee,then g tutup pagar...
me >> boleh la..makan jek diam2...org dah g bli tgh2 malam, xreti2 nak bersyukur..

alhamdulillah...lega n kenyang..leh tdo ngan amannya..
dear,thanks yek...
lebiuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...

Tuesday, April 13, 2010

lord of the ring....

arghhhhhhhhhhhhhhhhh...misi berjaya...ngehngehngeh...
seb baik gak leh buang dah cincin tuh dr jari comey aku nih!
setelah berusaha dengan gigihnya..dengan bantuan minyak jonhson k.nani...kehkehkeh
sabtu lepas dah try buka dah,xleh...dah rendam jari2 nih dalam ayaq sabun gi....guna shower gel..xjln pun!
penghabisannya.....jari aku yg bengkak bagai tuhhh!!
sakit gilerrrr babas!
merah abes,siap bengkak lagik..
kebas 1 hari..nak wat keja dengan jayanya pun xleh...
hari nih hilang bengkak tu,guna minyak jonhson plak....
alhamdulillah...berjaya!!!
klau tak,hubby suh g potong kat kedai..
owh tidak2...
dah 2thn pakai cincin ni...xpenah buang pun...
nih kena buang la...sebab cincin tu dah makin mengecil....buleh?
wuahahahaah....
mode : life aku agak stabil sekarang nih..hehe...stabil la sbb sedikit sebanyak aku dah back to normal..walaupun xsmua...alhamdulillah...semoga dengan izin-NYA smuanya akan selamat. AMIN!
dan hidup jugak seolah-olah dipenuhi dengan bunge-bunge cinta...wahahaha...
alhamdulillah...harapan aku smua ni akan berterusan selamanya...bukan utk sementara... terima kasih ya tuhan atas kurniaan Mu!

my hubby?alhamdulillah...
walaupun xterlalu sempurna but he complete me...kekurangan dia adalah kelebihan pada aku..dah hampir 5 bulan hidup bersama ni,baru tau perangai sebenar masing2.masa bercinta xsama dengan alam perkahwinan.dan syukur jugak aku dan dia boleh menyesuaikan diri dengan situasi baru (walaupun mula2 ada rasa mcm nk blk umah abah!!).
understanding..yaa..dia memahami aku..situasi aku,keadaan aku..
caring..absolutely yes!kadangkala ada jugak yg miss...biasalah,aku pun kadang2 mcm tu jugak
funny...kami mmg happy go lucky couple!
dan yg paling penting...dia jarang kluar mlm!huhu...
xkesah la dia duk mengadap laptop tu 3 4 jam,sampai kul 2 3 pagi....janji dia ada di rumah dengan aku!


to my dear hubby..i love u as much as u love me!!


Thursday, April 08, 2010

Kenapa perempuan cantik kalau bertudung ?

Dia nk tutup aurat… … .

Dia jage maruah… … … ..

Dia x nak tunjuk kecantikan dier… … … … ..

Dia seorang yg pandai… … … .

Dia anak solehah… … … .

Dia dengar cakap mak ayah dia… … …

Dia hormati orang lain… … ..

Dia takut bile dier x pakai tudung orang tgk dia cantik… …
dan ade niat x baik… … … …

Dia x nk diminati ramai laki sgt… … ..

Tak nak menyusahkan org lain… … ..

Dapat pahala… … … …

Dapat menghindari dari maksiat… … … .

Supaya menjadi contoh pada perempuan lain… … ..

supaya lelaki yg beriman jer yg suke kat dier… … ..

Mendengar suruhan Allah… … .

Rambut perempuan adalah mahkota baginya… … …
jd jgn sewenang2nye menunjuk kpd laki …
kerana jika nada menunjuk anda tidak bernilai kerana mahkota anda telah dilihat oleh sume laki… … … ..(kecuali kuarga)

Dapat megurangkan nafsu laki… … .

Sebab patuh pada suami… … …

Sebab… … banyak lg sebab… … fikirkanlah… … … ..

Tuesday, April 06, 2010

Kata-kata bijak yang disalah ertikan

Kata-kata bijak yang disalah ertikan

1. Wang bukan segalanya.
Masih ada Mastercard dan Visa.

2. Di belakang setiap lelaki yang berjaya ada seorang wanita .
Di belakang setiap lelaki yang tidak berjaya ada dua atau lebih wanita.

3. Cintailah jiran tetangga.
Tetapi jangan sampai tertangkap basah.

4. Kita seharusnya menyayangi binatang.
Rasa mereka lazat.

5. Semakin banyak belajar, semakin banyak yang kita tahu.
Semakin banyak yang kita tahu, semakin banyak yang kita lupa.S
emakin banyak yang kita lupa, semakin sedikit yang kita tahu.
Jadi kenapa kita sibuk belajar ?

6. Latihan membuat kita menjadi sempurna
Tapi tidak ada manusia yang sempurna,jadi buat apa kita susah payah berlatih?

7. Belajar menjadikan kita pintar
Pintar buat kita sukses
sukses buat kita kaya
kaya buat kita sombon
sombong di benci oleh tuhan
MAKNANYA KITA TAK USAH BELAJAR!!..

8. Berkahwin dengan wanita yang cantik tak semestinya bahagia
apalagi yang buruk….ngeh3X

Post asal di www.isuhangat.net

Monday, April 05, 2010

sin chan

nih hubby beli..mula2 ingatkan dia beli utk hana (anak buah),rupanya utk aku!wahaha...buat teman mama katanya..
nnt kuar muka cam sin chan nih..haaaaaaaaaaa..amek...muka sama xpe g,comeyy,chubby...kuar perangai mcm sin chan..punggah!!


td dah g spital,check perut skali ngan scan..8hb ni xpyh pegi dah..next month plak..kul 5 lebih br habis..org ramai plak hari nih..boring sungguh!
balik tadi hujan..aku pun hujan gak..sedih sungguh rasa..
bl hubby balik,as usual kalut2 la tanya cemana check up tadi..konon2 amek la buku merah tu belek2,mcm paham..hehe..nak cita pun susah..hmmm...seb baik ada dia utk bersandar...dia kata xpa,baru lagi..tgk bulan depan cemana..
ya allah.....kuatkan la semangat aku!!selamatkan la smuanya!!
*** kakcik dah peknen jugak!suka2......
petang nih kena g spital..huhu..seb baik mlm kelmarin da tgk buku merah tu..klau x,langsung xingat..bukan xingat,xtawu!
rasa cam appointment utk scan tu bln 5..rupanya bln 4!4hb5...teruk2...
mula2 d;u hubby nk g jugak,nak tengok,tapi bl tgk balik kena pegi ptg nih,dia xdpt ikut la..xpe,nnt leh scan lagi..hehe


alhamdulillah...bl dah msk 2nd trimister ni,aku dah getting better!dah boleh mkn dgn baik,walaupun xla baik sgt.xsmua jugak la yg boleh masuk,cuma elok la sket dr dlu.
lately da jugak muntah2,tapi bukan pasai alahan atau loya tu smua...sebab mkn banyak!hahahha...teruk2..
mlm sabtu lepas FIL ajak makan pizza..dia blanja..uhhhhhhhh..besh2!mkn xingat la..tapi rasa mcm xbnyk sgt pun..sampai je umah,kuar abis smua!xtinggal apa pun...sakit perut mama lah!mkn bnyk sampai xda ruang utk bby...heheh..hubby amek buah epal bagi mkn pas muntah2 tu...
nasi pun xleh tambah dah...klau tambah nasi,sure muntah..kena plak skang ni klau mkn,sulam ngan air..air ais plak tu..penuh la perut..kena kawal mkn sket yek..sian kat bby...


bl dah msk 16++ nih..skang dah 18 mgg..perut dah sedikit membengkak..hubby suka sgt gelak ckp perut buncit..huhu..xpe..buncit ada isi,xmcm dia,buncit gak,tapi angin jek..heheh
hope papa xjemu utk terus sapu losyen kat perut mama kan?bagi bby rasa sentuhan papa jugak..
baju ada yg dah xleh pakai..bnyk gak baju yg baru beli pas kawen hr tu,kena lak baju kurung moden or kebaya...yg br sekali pakai,skang dah kena letak tepi sbb xmuat..huhu..sayangnyerrrrr
skang nih pakai baju kurung jek pegi keja..tu pun kain dah ketat dah,xleh nk kancing!hehe..
g mana2 pun,pakai tshirt jek...jeans mmg dah lama xleh pakai..harap2 nnt2 leh pakai balik!!

Week 18


Fetal development in pregnancy week 18: fetus in fifth month
We have two more ounces! Your "getting bigger-n-better by the minute baby" is already up to 7 ounces and 6 inches! This is a big week for their baby skin. There are now two distinct layers—the epidermis (or the surface skin) and dermis. Currently, their skin is covered with a greasy, waxy, cheese-like substance, known as vernix caseosa. Sure, it sounds pretty nasty, but this mixture of fatty secretions covering your little swimmer from head to toe is the best way to protect their oh-so-thin skin from bruising and abrasions as well as chapping caused by amniotic fluid exposure (and your little one is swimming in that stuff!).
Well, you know the birthing process? Where you have to push something the size of a watermelon out a hole the size of a grape? That adorable little greased piglet would have a lot harder time getting through the birth canal without the vernix caseosa. Fun fact for momma’s with baby girls: it’s a uterus within a uterus! Your little girl will have developed a uterus and vagina canal by the end of this week.

And how's mom doing? POP!
If you haven’t yet, you will soon be seeing the last of your inn-y belly button—until after you’ve pushed your little monkey out. If it’s getting difficult to breathe, you can thank your not-so-small belly for squishing your lungs—which will be more and more cramped for space as the pregnancy Keep in mind that as you grow (and grow and grow) in size you produce more blood (for both of you), which lowers your blood pressure. So standing up quickly and/or occasional fast movements may cause slight dizziness or lightheadedness progresses. Not that this is surprising as everything else in your mid-section is getting properly squooshed as well. (What else is new?!!).
Keep in mind that as you grow (and grow and grow) in size you produce more blood (for both of you), which lowers your blood pressure. So standing up quickly and/or occasional fast movements may cause slight dizziness or lightheadedness.
This is totally normal, but means you shouldn’t be too quick to jump to your feet when your team scores a goal. It's better to just punch the air in excitement or clap gleefully. One more fun pregnancy symptom to add to the list: you are producing more melanin, which can cause dark patches of skin to occur on random parts of your body. Don’t worry—these dark spots (unlike your parent’s age spots) will retreat soon after birth.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...