Tuesday, May 31, 2011

kisahnya laki aku....

laki aku ni kan suka kuat makan..alhamdulillah, sepanjang kami kawen, aku masaklah apa pun, semuanya selamat masuk perut dia tanpa banyak komplen yg memedihkan jiwa...seb baik xdapat laki cerewet...tapi dia la, dapat bini cerewet...ngehngehngeh...

skang ni kan aku duk mabuk pening mabuk pening, makanya aktiviti kat dapur tu kureng la sket..yg kesiannya laki aku..siap kata dia skang kurang kasih sayang sebab aku jarang2 masak..propa kan laki aku tu..bukannya sengaja, nak wat cemana, xbule..tapi skang ni dah masuk 2nd trimister ni dah ok sket..dah bule masak cuma xselalu jugak sebab letih yg amat kadang2 tu...tapi seb baik la jugak dia xkomplen..walau dia duk potpet kat aku, tapi sebenarnya dia paham. dia pun bukan paksa aku masak sgt, cuma kadang2 aku kesian gak ngan dia, so masak la jugak simple2...

paling2 aku suka laki aku ni, dia xbanyak kerenah. makan je smua. klau dia nak komplen pun, klau cam masin sket ke, pedas ke, tapi tatap licin jugak makan..nak jaga hati bini kut..hehe



ni menu minggu lepas..2, 3 hari balik keja duk wat drama suh aku masak..sebab dia dah beli rencah pakpek ni. maka menggedik2 suh aku masak pakpek ayam. aku bukan la xnak masak, cuma bila rasa xdak mood, malas, letih tu bertandang, eh xkuasa la ngkau..tapi hari jumaat tu gagahkan jugak la masak..balik keja hr tu, ptg tu siap2 la apa yg patut. letih sket xpela sebab esok sabtu kan cuti... nilah susahnya klau dapat laki ngandung, ngidam nak makan macam2 kannnnnn....

tapi naseb baik dia makan tanpa sebarang komplen! klau komplen lagi mmg aku suh makan ngan mangkuk2 tu skali..ngeh2..xla, kita dah brapa nak larat sgt kan, dah masak bule nak komplem gitu gini mmg saja carik pasal la..seb baik makan jek sampai licin..bagus! tapi xtau la kan, makan habis tu sebab lapar ke sebab sedap..huhu..xkesah la, janji dia makan dengan penuh berselera macam posa seminggu xjumpa makanan! tulah laki aku..ko letak jelah apa pun, dari xbiasa makan, tetiba leh jadik feberet. mujur la dapat laki xbanyak kerenah...sebab tu lah skang ni membesar bagai johan!


ni gi makan kan kola perlis..aku nk makan sotong goreng tepung ngan ikan sweet sour..tapi dia yg melebih2..siap order mentarang bakar bagai..pastu disonglapnya nasik aku skali..

laki aku ni klau makan apa2, sure licin pinggan dia..kadang2 jilat2 kuah tu punya nak bgtau kata sedap. bagusla kan..org tua2 kata, klau makan sampai licin pinggan, nnt dapat laki soleh, klau pompuan la..klau laki plak, dapat bini solehah. pastu aku slalu la duk kata kat laki aku ni, dia beruntung dapat bini solehah sebab bila makan licin jek pinggan..aku lak, xpenahnya licin, makanya laki aku xberapa nak soleh la...dicepuknya kepala aku bila aku kata gitu...hahahahhaha

xkesah la dia ngemuk ke muncit ke, aku tatap akan masak kasik dia makan..kadang2 tu aku duk bising2 bila dia makan banyak..tapi aku lagi susah hati bila aku masak dia makan sket! risau, xsedap ke, xkena ngan selera dia ke..hihi..aku masak yg dia suka makan jelah. klau ada menu baru, try dlu sekali, klau ok ngan dia, masak lagi la..klau xberapa nak jalan, takat tu jalah..

kadang2 rasa mmg la malas gler nak masak sebab nak makan 2 org jek..tapi bila dia makan dengan hebat, rasa malas tu hilang..datang plak syok..nak2 bila dia request suh masak apa2 yg penah kita buat sebelum tu..haaa, meaning dia suka la kan..hehe...nak tambat hati suami, salah satu cara melalui masakan la kan..harap2 tu tertambat la hendaknya...korang2 pun, rajin2 la masak utk suami..bila ia datang dengan keikhlasan, insyallah, niat tu sampai...

Monday, May 30, 2011

SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR | TANAH TUMPAH DARAHKU




godek2, jumpa ini, makanya mau join jugak, mudah saja....mau join, kelik kat gambar...



1. Dimana anda dilahirkan?
Kg Chemumar, Perlis

2. Dimana anda dibesarkan?
Perlis dan Kedah

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
Perlis

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
Walau negeri yg paling kecik n paling hujung, saya tetap suka tinggal di Perlis yg aman damai ni..family dah berpindah ke Kedah, tapi saya bekerja, kahwin dan menetap di Perlis..lagipun rumah baru di Kedah, sempadan jek dengan Perlis...

30.5

hari ni 30.5...
tahun lepas, hari yg sama, pkul 8.45mlm, aku selamat melahirkan anak sulung kami..
hari ni, klau diikutkan, dah cukup setahun usianya...
namun, Tuhan lebih sayangkan dia..
cepatkan masa berlalu...sedar xsedar dah setahun pun....
dan setelah setahun, kini....ada 1 nyawa yg aku bawa kemana pun aku pergi..








*** semoga semuanya baik2 saja hendaknya...doakan aku dan anak didalam kandungan ini selamat hendaknya...AMIN

Friday, May 27, 2011

Amalan Ketika Mengandung

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian. Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

******************************************************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-HIJ'R (Batu Gunung)

Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)

Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)

Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH MARYAM (Maryam)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)

Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)

Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

 
 
 
 
** sumber : http://aidura.blogspot.com/

Tuesday, May 24, 2011

hobi...

semua org ada hobi kan ? xkira tua muda, kecik besar, mesti ada hobi..kadang2 kita xsedar pun apa sebenarnya hobi kita, sebab tanpa kita sedar, apa yg kita suka buat tulah hobi kita..sebab kadang2 ia berlangsung secara tidak langsung ataupun tanpa kita sedari....

hobi aku dr dlu2, dari aku kecik until now, xpenah berubah..ada hobi yg terpaksa aku lupakan..cee, bleh plak lupa2kan..bukan apa, dlu masa muda2, zaman duk study dlu, mmg banyak hobi sebab banyak masa..skang ni xdapat la kut..dlu aku ada hobi yg agak menyusahkan..suka kumpul bekas tisu, kumpul tag baju, kumpul kad top-up, kumpul arrrr, mcm2 lagi la..benda kecik2, suwit2, cute2. 3 thn aku keja, melambak2 benda alah tu. penuh kotak..hahah...eh, botol2 perfume, losyen yg kecik2 cute2 tu pun aku simpan tau..mcm sayang nk buang, so simpan jelah...bekas tisu tu bukan kotak tisu yg besar tu, tapi sampul tisu kecik tu. dlu ada 1 kedai jual tisu wangi tu. aku beli smua corak yg ada n guna, pastu simpan bekas dia sebab cute sangat gambar2 tu..pastu tag baju tu. dlu zaman belajar kan sengek je, so bila leh beli baju yg mcm mahal sket, aku simpan la tag tu..alah, zaman tu baju 40, 50 hengget pun dah rasa mahal ok! lagi 1, bukan sebab tu jek, kadang2 tag tu pun mcm best jek design dia. nak2 yg branded, harga ratus2, pastu ada sale tinggal 50 hengget, hahahha..eh, tag bra pun aku simpan ok, jgn xtau aaaaa..

tapi dekat2 nak kawen dlu, aku kemas2 barang, tu smua aku sudah buang...dah xdak masa nak belek2, nak kumpul2 dah walau mcm sayang giler...dah nampak mcm sampah sebab ada yg dah lusuh...
tapi ada 1 hobi yg sampai sekarang bertahan..itu hobi sepanjang umur kut....



haaaa..ini koleksi terbaru, segar dari ladang sebab baru beli semalam...ini adalah untuk  merealisasikan hobi aku yg 1 tu..i love reading! dari dulu, kini dan selamanya..hehe, mcm tagline plak..
aku akan baca apa saja yg ada n yg bule baca..nak2 baca novel..dia mcm bagi 1 kepuasan bila membaca novel tu. tapi dun worry, aku bukan baca novel cintan cintun tu..aku pilih2 novel okey....paling2 novel NB la..mcm yg aku cerita sebelum2 ni la..
novel ni aku beli sebab recommended dr budak yg jaga kedai tu. lagipun kat situ pun cop kata best seller (diskaun pun xdpt sebab best seller sangat kut) n penulis tu aku penah baca dah novel dia sebelum ni. klau penulis yg aku xkenal, mek xbeli..serik ok...dapat cerita mcm hampes!

majalah pun aku suka. kat umah kat kg, banyak gila majalah..mcm2 jenis..paling2 banyak, mingguan wanita ngan EH!. tu koleksi bila dah mula keja.yg lain pun kadang2 aku beli jugak, tgk kepada topik like rapi, nona, keluarga, sdk, harmoni, pengantin ( tu masa menggedik nak kawen je )..zaman belajar dlu aku gila majalah ujang..bila dah habis belajar angkut smua balik kg. beratus kut majalah ujang saja..skang ni aku dah jual dah separuh. geram sebab adik2 aku baca sampai koyak2. diorg xjaga. 3 thn aku duk balajar dlu, smua majalah tu elok je, xkoyak pun, dpt kat diorg, habis rosak..last, aku jual n stop beli ujang. puas hati! hahahah


haaaa...ini koleksi majalah kesukaan n wajib aku beli skang ni...hehe...zaman berubah ye dok? zaman berhingus dlu baca ujang, pastu dah keja, baca mingguan wanita, nak kawen baca majalah pengantin..pas kawen baca harmoni, now baca pa&ma...ngehngehngeh....

mana2 aku pegi klau nak kena menunggu, nilah yg jadi peneman aku..n aku dah terapkan kepada adik aku yg kecik...beli majalah n buku kat dia slalu. bila kuar, dia dah xmintak mainan, tapi dia minta majalah..kat umah kg tu, banyak dah koleksi dia. kuntum, bintang kecil n buku cerita budak2..alhamdulillah dia suka n dia minat...

skang ni kat umah sewa aku ni, melambak2 dah novel n majalah..yelah, xdak keja sgt kan, duk sorang2, boring2, membacalah..semua tu duk simpan elok2, sayang ok, sebab beli ngan duit...bukan murah yeee.....

tapi...ada 1 koleksi yg paling sayang n paling berharga...
nak tau apa.......

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


nilah dia....
lama dah aku beli ni, thn 2005, masa baru mula keja..amek berkat duit gaji..mula2 cam menyesal sebab mahal sgt, 2 ratus lebih kut. tapi bila pikir2, xpelah sesekali melabur utk kebaikan kan? xdak rugi apa2 pun..banyak hikmah dari membaca al-quran ni. lagipun dia xmcm quran biasa. dia dah tanda kat mana ada hukum2nya, kat mana nak panjang, nak pendek, nak benti, kat mana xleh benti..tu salah 1 sebab aku beli..yelah, mek ni bukan pandai tajwid sangat, baca pun tungging terbalik jugak kadang2..tapi alhamdulillah, kenal huruf n leh lancar membaca...eh, jgn xtau, ada yg dah tua xtau baca quran ok....seb baik dr kecik mak aku dah ajar.

minggu lepas dah habis baca untuk kali ke 3 kut. alhamdulillah..beli dah 5 thn camtu, tapi baru 3 kali habis kan..hehe..teruk2...yelah, baca quran pun time mlm je...pastu bukan tiap2 mlm pun. kadang2 seminggu sekali je, mlm jumaat..hehe..yelah, mek kan keja, siang2 mana sempat, mlm jelah..tu pun klau xletih n xtidur awal..paling banyak baca bila bulan posa la. ok la kan, dr xada...sedikit sebanyak ada jugak bekal n harap2 tu diterima..
masa peknen thn lepas sempat habis  5 ke 6 juz ntah..xingat plak sebab sambung baca je, xmula dr awal pun. lagipun, aku kan beranak 7 bulan..kali ni harap dapat habiskan banyak juz sket. ni dah start balik dah, baru muka ke 13 juz 1..klau xsilap, sepanjang peknen ni dah 3 juz kut..harap2 tu diberi kekuatan dariNYA...biasalah, bila nak buat benda baik ni kadang2 mcm2 jek halangan kan...baca novel berjam2 bule plak kannnnnnnnnn....hihihih....




umi pun pesan suh banyak2kan ngaji bila duk mcm ni..skang ni dah masuk 5 bulan..dah 6 bulan nnt, klau xsilap, baby dah bule mendengar..harapan aku sampai la apa yg aku baca ni..kita tentu nak yg terbaik utk anak kita kan....

Monday, May 23, 2011

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI



moh join SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI..tutup pkul 2 ptg ni yeee..

(Info Gadget) Sony Ericsson Xperia arc


SONY ERICSSON XPERIA ARC
Buat yang masih tak tahu, Maxis telahpun melancarkan Sony Ericsson Xperia arc pada harga RM1499 untuk 24 bulan kontrak, RM1599 untuk 18 bulan kontrak dan RM1749 untuk 12 bulan kontrak. Bagi yang tertanya-tanya apa kontrak yang dimaksudkan, ianya adalah kontrak untuk rate plan dan data plan. So, kalau nak dapatkan Sony Ericsson Eperia arc pada harga istimewa seperti yang ditawarkan, kenalah daftar sekali Maxis punya rate plan + data plan.
Berikut sedikit info mengenai Sony Ericsson Xperia arc.

SONY ERICSSON XPERIA ARC
~ 8.1MP camera with Sony’s Exmor R™ for mobile CMOS sensor
~ 4.2″ Reality display with Sony Mobile BRAVIA® Engine
~ One touch HD video recording (720p)
~ Powered by the Android™ 2.3 OS (Gingerbread)

Sony Ericsson Xperia arc menggabungkan rekabentuk yang menarik dengan teknologi Sony atas platform Android versi 2.3 untuk memberikan pengalaman visual dan multimedia yang terhebat. Xperia arc mempunyai ukuran 8.7mm di tempat paling tipis (bahagian tengah yang melengkung) dan skrin sesentuh 4.2 inci.
Xperia arc menggunakan teknologi Reality Display dengan Mobile BRAVIA Engine untuk paparan imej yang jelas. Ianya dilengkapi dengan kamera 8.1 MP dan pengesan Exmor R bersama lensa f/2.4 untuk rakaman HD dan imej yang berkualiti. Penggunaan Android juga memudahkan segala penggunaan fungsi Google Mobile.


sumber ni dapat masa godek2 kat http://www.azizwan.com/ ...siyes meleleh ayaq lioq tengok benda alah ni..dah la aku mmg minat sony...tapi tgk harga tu...uiiiiii, xmenahan kak yah!!!

pagi senayan

salam pagi senayan@isnin....

kasik lawak bodoh dipagi hari untuk semua yg tensen di pagi isnin ni, mcm aku!!!


takziah

takziah utk mangsa tanah runtuh kat Ulu Kelang sabtu lepas..memang menyayat hati berita tu kan..rumah anak2 yatim plak tu...walau namanya rumah anak2 yatim, bukan semua penghuni yg ada disitu anak2 yatim ye sebab rumah tu mcm madrasah, budak2 belajar agama...syahidlah utk mereka yg telah pergi...
alfatihah untuk yg telah meninggal dunia, moga rohnya dicucuri rahmat dah ditempatkan di kalangan para sahabatMu...kepada yg terselamat, semoga ada sinar yg menanti. sedihkan bila baca berita pasal tu, ada yg kehilangan adik, kehilangan teman rapat, kehilanngan anak, dan ada yg terpaksa dipotong kaki...
semoga peristiwa ni menjadi iktibar kepada kita semua...jgn salahkan takdir semata2 dan terima dengan hati  terbuka dan redha...alfatihah....

Friday, May 20, 2011

20 weeks dah


ok, dah masuk 20 minggu..alhamdulillah..hope everything will gonna be fine n me going better too..a'aa, mmg going better..better fat! muehehe..
tiap2 hari asik pikir bila nak rasa baby gerak..lupa dah bila akan start rasa. seminggu 2 lepas, duk risau xpasal2 sebab xrasa bby gerak. mula la msj merata tanya org..5 bulan br nk rasa ok! keciwi xtentu hala...hehe..bukan sebab tu ok..sebab dah ada sejarah, jadik dia mcm xtentu hala sket..
kadang2 mcm xnak letak harapan tinggi sangat. bohongla klau aku kata aku xterpikir mcm tu..kita smua tentu mengharapkan yg terbaek kan, n nak semuanya baik2 je kan..tapi kita hanya mampu merancang kan, tuhan yg menentukan segalanya.
dlu mmg kami dua laki bini exsaited sangat..yelah, baru kawen, then trus peknen. syok la kan..nak dpt bby plak pastu. laki aku pun nmpk syok je..tapi, mcm aku kata tadi, kita hanya mampu merancang kan...
kali ni bukan kami xeksaited, mestilah suka kan bila nak dapat bby lagi..tapi masing2 mcm xberani nak lebih2. aku pun perasan laki aku pun sama tapi dia xtunjuk sgt. dia pun syok nak dapat bby, tapi kami masing2 mcm xnak letak harapan tinggi sangat, takut txercapai. sekarang aku cuma berusaha utk jaga dia baik2 n doa pada tuhan...klau ada rezki kami, kami terima dgn hati yg terbuka. alhamdulillah!
tapi jauh dlm hati aku, sesungguhnya aku takut..nak2 dah masuk 5 bulan ni...xtau mcm mana nak describe perkara ni. klau semuanya selamat sampai melahirkan, alhamdulillah, syukur sangat. tapi siapa kita utk halang kuasanya kan..sebab tu sekarang ni aku mempersiapkan diri utk sebarang kemungkinan. xmau jadi mcm dlu, xdpt nak terima hakikat yg ditentukan tuhan utk aku.tapi xbermakna aku xberjuang utk itu, cuma kita hamba yg lemah...
yg kami mampu sekarang, berdoa padaMU tuhan agar mempermudahkan segalanya..dan aku mohon, jgn kau ambil dia dariku lagi!!

dan sekarang, naluri utk tgk baby tu mmg membuak2..klau bule beli scanner nak monitor n tgk baby, mmg aku beli..hehe
semlm g scan. sesaja nak tgk. seminggu dah duk kata nak pegi, tapi mlm xdak doc pompuan plak. malu ah nak selak kat doc laki neh..klau mmg checkup nak wat cena kan, ni sesaja nak scan better cari doc pompuan la kut...mak syegannnn..klau siang, senang la, ni nak g mlm sebab nak hubby tgk baby dia sama. kali ni dia blm tgk lagi, takat tgk gambar itam putih tu jek..so, semlm ada doc pompuan kat klinik rafflesia, maka cargas pegi sana..doc india, xkesah la n dia bagus jugak..masa scan dia tunjuk n terangkan apa yg patut...aku leh p tanya, skang ni i xrasa baby movement lagi la...dia kata mmg la xrasa lagi sbb br 20weeks, nnt dah masuk 28weeks camtu baru u rasa..tapi ni baby u aktif ni, bergerak2 sampai i nak capture gambar pun susah..hehehe...syok2....alhamdulillah, klau dia aktif, its means dia sehat2 je...
hubby kata dlu dia nak nak bby girl, sebab dlu dah dpt boy..aku xmo, nak bby boy jugak, utk ganti yg dlu..tapi, xkesah la kan girl or boy, yg penting dia sihat kan..
aarrrrrrrrr...xsabar...lambat lagi kut, br 20 minggu, lagi 20 minggu tuuu....




** haziq buat lawak semlm..meh tekap kat perut maksu dia nak dengar baby duk buat apa...hahahah...dengar angin duk krokrekrokrek dlm perut maksu la haziq oiiii....nak dgr bby tunggu bulan depan yekkkk

Wednesday, May 18, 2011

Penang again...

selasa lepas, cuti hari wesak, g sambut wesak kat penang..muahahah....penang lagi kan..bulan ni je dah 2 kali g sana..mcm dah xda tempat lain ye dok..

tapi kali ni pegi meriah sket, sebab ada ahli rombongan..hehe..alah, kawan2 tempat keja laki aku tu la beriya nak g. diorg xtau sgt jln kat pulau, lagipun cuti kan..mek ngikut jeee...hikhik

pagi2 dah gerak, tapi xla pagi sgt. pkul 8 lebih la jugak. gerak awal sebab pegi balik hari. break1st pun dlm keta je. seb baik 6 org je yg jadik pegi campur ngan kami 2 org. klau ramai sgt karang bnyk plak peelnya..seb baik jln xjem sgt n atas bridge pun ok je..public holiday kan. dah dgr brita, jln mana yg tutup, makanya elakkan la..sampai sana pkul dkt pkul 11 dah. aku duk ek ek nk mkn nasi kandar kg melayu..hubby mula2 nk g, pastu xmo pegi sebab jauh n dah lewat. takut dah xdak lauk..tapi dah masuk pulau, bleh plak dia kata nk g, sebab aku duk kata nk minum kopi..hihihi...aku bukanlah mengidam sangat, cuma dah pegi sana, katalah nk makan..alang2 kannnn..n tq hubby sebab leh mkn dahhhhh...lebiuuuu


ni ahli rombongan...lepaking tepi laut kejap pas jln2 kat QB..hari tu cuaca elok sungguh. ni pkul 3, tapi redup sebab nak hujan.. klau x, jgn harap la nak g duk situ tgh panas merembang tu..ni ngan anginnya, mmg best la..aku sendri pun xpenah nak g duk lepak tepi laut tu..xkoser eh, panasssss..tapi xlama pun sebab nk hujan kan.

diorg ni beriya la amek gambar. yg laki tu kwn hubby, amri, yg pompuan tu tunang dia..awal 20an kut, malu2 jek..tgh darah manis ni, tu yg beriya amek gambar. duk ajak aku, eh malas la..kasik yg muda2 jelah...ahkak dah tua dek oi...hahah

apahal ntah laki aku ni melentik semacam...dah muncit...adoiiiiii..
kami xlama kat pulau, g mkn nasi kandar, g QB pastu lepak sini jap, pastu gerak g bukit mertajam..sebab laki aku ngan kawan2 dia nak g digital bay..kat QB dah tutup lama dah..tu la tujuan asal..nak carik barang katanya..mek xdak hal..diorg g lah jln2 beramai2, aku jln sorang pun xpa..lagi senang nk membeli kan dari laki duk ikut montot..lainla laki ngkau leh tlg pilih2 skali..laki ni? jgn harapppppp...tapi kat QB dia teman gak sebab situ besau nau nak jln..tu pun duk gelisah carik kawan2 dia, aku nk membeli pun xsenang...hampessss..
kat jusco BM aku jln sendri sebab dah biasa n situ xbesar sgt..tapi jln xjln sangat, sakit kaki weiiiiiii..tapi dlm sakit2 tu rasanya ku yg banyak shopping...hahahha...

pkul 6 dah gerak balik..all the way sampai exit heway kat jitra, hujan..aku membuta, tapi xsangat la sbb dlm kreta kan, xselesa..lenguh abeh badan ni...sampai umah pkul 9 camtu, layan asmara kejap, pastu kroh2 la...letih oiii..sakit badan rasa..laki aku lagi la, dia yg drive g balik..

pasni klau nk g lagi...ermm, tunggu 7 bln kut...sakit badan oiii nai kreta lama2..
tapi best gak la, sebab leh shopping lagi..ngehngehngeh...n mekacih incik suami sebab jaga isteri dia ni haa..lebiuuu

last, gambar versi demok2 kami 2 orang di tepi laut....huhu

rest dulu....

hari ni cuti, semlm pun cuti..negeri lain jgn menjeles sebab cuti hari selasa jek, wesak day...perlis cuti 2 hari yek, selasa ngan rabu..sebab keputeraan raja perlis jatuh hari selasa jugak, maka dianjakkan ke rabu..yess! daulat tuanku...huahuahua..

ater cuti kan, xkan nak duk umah saja walau sen nan hado sangat..semlm dah pungpangpungpang bagai seminggu dah kut, set ngan hubby ngan kwn2 dia nak g penang..penang lagi kan, bulan ni dah 2 kali g penang..muehehe..later2 la citer pasal penang..

hari ni lak plan nak blk umah abah, tapi xjadik sebab sebab hubby amek keta plak..makanya rest dirumah sajork....pas kiss2 salam2 hubby g keja, aku membuta kat depan tv..hahaha...plan nak tgk tv kejap jek, tapi trus lelap..sedar2 dah pkul 10..wahhhh...perut dah krokrekrokrek...mandi,breaks1st,kemas umah,basuh baju,sidai baju...masak sket utk lunch..pastu ngadap lappy neh....

now dah pkul 1 lbh...hujan plak yang oiiiiiiiiii....sejuk n cuaca redup jek...heaven ah! dah memanggil2 dah bantal n tilam smua. jgn jeles yek korang2, sambung wat keja ekkkk....
jadik yg lain tu, moh kita tidor sampai lebam!!!!

Monday, May 09, 2011

super busy konon2nya..

happy monday uolls..

semlm tdor xlena duk ingat hari ini mungkin akan super busy sket..
ok tipu kata tdor xlena tu..haha...
tapi insyallah, akan busy minggu ni..banyak benda nak kena setel .

yelah, last week, 2 hari xdak network kat seluruh kawasan jajahan universiti ni sebab ada kebakaran sket dekat ict..gile hot kes tu....seb baik yg terbakar tu cuma kabin tempat staf je, bukan bilik server.. aku duk bajet bilik server dah..klau bilik server yg terbakar, huiii...bukan stf ict jek pening pala, kami pun tumpang pening pala sama...2 hari xdak network, mcm org bodo kat opis. kena lak skang ni time student exam..haru oii...jenuh nk menjawab, meng'explain n mencari jalan..bos haku pun kelam kabut semcm..seb baik 2 hari jek..n seb baik kebakaran tu xmerebak ke bilik server....seb baik seb baik....huhu..oh, kebakaran tu jadik masa hari pekerja..public holiday ok..seb baik jugak bomba xcuti hari buruh ye dok? hahahah...ok, not funny!

konon kata sibuk, tapi leh hupdate belog plak ye!!!
eh, jenguk kejap je, nak sambung keja dah..mmg sumpah mcm2 nak kena buat. bnyk yg tertangguh dr last week n paling penting monthly report...ni tgh duk run report, berjanggut nak nunggu, makanya aku hupdate belog sekejap...




napa ntah mcm slow giler duk run report ni..dah la banyak nak kena run... mcm siput plak...slow semcm jek..haishhhhh...

ok, back to work..buat keja lain la plak...pasni mungkin seminggu xhupdate blog...wahahahah....bajet sebok cam PM...

Sunday, May 08, 2011

bila dah bergelar ibu...


layan lagu k.pah di hari ibu siyes sebak rasa kan...dlu xdak rasa apa2 sgt pun, tapi bila dah kawen dah jadi ibu walaupun anak xada, lain rasanya...

dah 2 kali peknen, mmg naluri keibuan tu akan semakin kuat. baru peknen 2, 3 bulan, mcm2 dah ada dlm fikiran. exsaited giler nk beli barang bby..mcm2 nak beli walaupun lambat lagi dia nak kuar n xtau lagi jantina apa..nak letak bby tu nanti nama apa? mesti nak nama yg sedap n ada makna yg baik... nnt nak bersalin kat mana? beranak cemana? klau boleh nk proses tu baik2 je, dia dpt tgk dunia dgn suasana yg selesa. pastu, nnt bila berpantang, nak kasik bf seboleh2nya xpun nak susu formula yg terbaik utk dia..pastu nnt bila dah kerja, mana nak hantar dia. nak cari pengasuh@nursery yg terbaik utk dia.. pastu bila dia dah besar sket, nak hantar sekolah. sekolah mana? pastu nnt dia besar, nak ke universiti, pastu dia nak keja apa, n last bila dia nak kawen..

klau skang aku dah berpikiran sampai mcm tu, of kos la mak aku dlu mungkin ada berpikir mcm aku jugak kan..sampai kesitu pikir padahal baru peknen 4 bulan..itulah yg dikatakan EMAK..

bukan senang nak jadi mak ni. klau pincang sebuah keluarga, mak lah yg akan dipersalahkan walaupun mak dah beri sepenuh didikan dan perhatian pada sang anak...

aku seboleh2 xnak susahkan hati mak aku..nak dia hepy ngan aku. xnak dia ada kecil hati ngan aku langsung. tapi kadang2 kita sebagai anak ni selalu gak khilaf. kadang2 kita xsedar apa yg kita buat tu buat mak kita kecil hati. masa duk ngan dia dlu n now dah ada keluarga sendri. mak aku plak jenis yg klau ada apa2, buat dek je..so, kita cam xleh nak baca apa ada dlm hati dia n aku cuba utk paham seboleh2nya..

kadang2 kita pikir dengan longgokkan duit pada mak kita, diorg akan hepy kan..tak, diorg xharapkan pun duit kita. yg diorg harapkan perhatian kita. yelah, diorg dah tua kan, dlu jaga kita dr kecik sampai dah besar bagak cam sekarang ni. now kita la plak kena jaga diorg. mcm mak aku, klau aku kasik duit, bukannya dia nak pun. xpayah dia kata, dia ada duit. klau kita dah desak, baru dia amek. nak mudah, belikan barang2, ha dia xcakap bnyk. kalu bg duit, xnak. sebab aku dah ada keluarga, maybe nk pakai duit katanya..sedih dok? dlu kita xdak duit, mintak ngan mak, ada kita tanya mak ada duit tak nak kasik kat kita? kalu mak xkasik duit, kita majuk ngan mak kan?

bila dah kawen, dah jadik ibu, baru la kita dapat selami apa yg ada dlm hati  mak kita..dlu xtau sebab xrasa tu smua..skang bila dah rasa sendri, baru paham kenapa kadang2 kita tgk mak kita sedih, hepy tgk kita..aku skang ni seboleh2nya nak bahagiakan mak aku n abah aku skali. sebab nnt kita akan ada anak, n kita pun xmau anak kita buat benda yg xelok pada kita kan..xmustahil 1 hari nnt, what u give u get back..kita jaga mak kita elok2, nnt anak2 kita pun akan buat benda yg sama pada kita..

aku sedih btul bila tgk ada sesetengah org yg buat endah xendah pada mak diorg. hey, mak ada 1 je ok, xdak ganti dah..jgnlah sampai memperhambakan mak kita sendri. xelok tu smua. cakap ngan mak pun bentak2, jerit2.. ( aku klau aku majuk ngan mak aku, aku xpenah nak cakap lebih kurang ngan dia, xsanggup ok walaupun majuk. paling kurang, aku diam je, xyah cakap trus takut nnt jadi melawan cakap mak plak..tapi xleh majuk lama2 sebab nnt mak xmasak best, baru padan muka! ) . klau pun mak kita tu jahat, jgn lah sampai membenci dia. klaupun dia buat kerja xelok, jgn trus menghukum dia..mungkin dia terdesak n dia lakukan smua tu utk besarkan anak2 dia..buruk mcm mana pun dia tetap mak kita kan....fikirlah..

kita semua tentu sayang mak kita kan..so, berusahalah utk bahagiakan diorg...masa peknen ni, tiap2 minggu balik umah mak sebab mak akan tanya nak makan apa..muehehe..best2..masakan maka adalah yg terbest dlm dunia ni walau pun simple giler tapi tetap sedap! bule je masak sendri, tapi nak mak jugak buat..pastu bila mak bagi nasihat masa duk peknen ni, siyes sebak rasa..terpikir masa dia peknenkan aku dlu cemana la agaknya dia kan. bila aku alah teruk ni, muntah2, ntah2 dia dlu pun mcm tu kan..sedih2...huhu. dan alhamdulillah jugak, mak aku xmanjakan aku keterlaluan. marah2 dia dlu, berleter tu smua, buat aku jadik seorang yg bule berdikari. sayang anak tu bule, tapi jgn keterlaluan manjakan anak sampai anak xtau nk buat apa kan...

umi ngan cucunya nan seorang, amierah..

last to my lovely umi, love u until my last breath! nobody can take ur place in my heart. doa kakak, smoga umi bahagia n terima kasih utk segalanya!! selamat hari ibu!!

juga utk mama, mak mertua aku..selamat hari ibu..terima kasih sebab izinkan aku berkongsi anak teruna mu itu...hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...