Monday, October 29, 2012

bersyukur dengan apa yg ada

tetiba dapat cek. sekali imbas ingatkan 2ribu, xpun 2ratus.. skali 21 hengget jeee..hahah..
eh, duit jugak tu.. sapa jek tetiba nak kasik ko 20 hengget kan? tidak la ku tahu dr mana cek tu datang. tapi bila tgk etiqa takaful, aku syak maybe ada lebih masa aku bayar insurans kreta bulan 7 lepas.. ya, aku ambik insuran maybank takaful tu utk kreta aku..
alang2 g kangar, bank in kan check tu. biarlah 21 hengget je pun, duit jugak. mula2 mcm, abaikan jelah.. tapi, duit aku jugak tuuu..
bukan senang yek nak carik duit. xdak kut yg datang bergolek. donald trump yg kaya raya tu pun usaha keras utk sampai ke tahap sekarang. lain la klau ko tetiba kawen dgn anak sultan brunei, haaa, yg tu mmg goyang kaki pun dapat duit la. tapi, nasib kak yah xdak la sebaik itew.. kawen dgn anak cikgu marzuki je.. tapi iolls dpt rumah. hehehe.. so, sila bersyukur dgn apa yg ada. bersyukur dgn rezki yg allah berikan pada kita. jgn dipertikaikan ye?

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha

Salam aidiladha untuk semua.. I tengah risau ni, lembu dah lari.. mana nak carik ganti utk buat korban ni.. I buntu uolls, buntuu...




** iolls cuti hari ni.. auwww.. selamat berkorban yeee..

Wednesday, October 24, 2012

Op op oppa amni style!!

dah puas tgk gangnam style.. meh tengok amni style pulok..
ni style tdor punya cerita.. budak ni tdor, masya allah.. mengucap mak pak aku tgk. 1st time diorg tgk amni tdor, pak aku yg terlebih susah hati.. hahah.. aku rilex jek, dah biasa...


yaaa.. budak ni tdornya meniarap. sejak bule meniarap masa 6 ke 7 bulan camtu, trus ubah posisi tdor sampi skang ni. biasalah budak tdor meniarap kan. tapi meniarap amni ni agak mengerikan ye.. sepanjang masa tdor meniarap. ko pusing btul, adalah dlm 5mnt, pastu dia meniarap balik. tokwan dah susah hati kut pp cucu kemek!! hahahha


all the time okes! dlm buai pun meniarap.. bule pitam aku tgk dia duk berpusing2 dlm buai tu. setakat meniarap tu xdak hal la. lagi bagus kan utk budak2 mcm diorg ni. tapiiiiiii... yg mengerikan tu masa dia nak pusing cari the best position utk dia landing. hadoihhh la.. aku xpenah sempat amik video sblm dia btul2 lena. tgk dia pun aku dah xlarat gelak.. pas minum susu, campak botol susu sesuka hati, zassss meniarap terus. dlm 10 mnt yg pertama tu, habis 1 tilam dia tawaf. dlm keadaan berguling2. guling sana, guling sini, terlentang sana, terlentang sini, meniarap sana, meniarap sini, sampai jumpa the best position. sket lebih kurang dah mcm tenggiling dah aku tgk. kat mana yg dia rasa suka nak benti and selesa, stop la. xkisah la atas kaki aku ka, sebelah bontot aku ka, bwh ketiak aku ke, atas kepala aku pun pernah.. aku kena duk diam. klau aku ikut rentak dia, mmg dia langgar kawasan. sampai ke tilam mak bapak dia naik. so, aku statik je kat stu, biar je dia langgar2 aku, pastu dah jumpa the port, senyap la.. kira mencabar la nak tgg dia lena btul..

budak ni pulak mudah klau nak bg tdor mlm. klau siang, berpeluh ketiak nak bg tdor. ko dah berzikir punya lama, dah nak  mcm kumpulan marhaban dah, tangguk buai sampai nak tercabut, selamba ja dia terjun. klau mlm, sap sap soi jek. bajet dlm pkul 9 camtu, bwk masuk bilik, dim kan lampu bilik, kasik dia main2 kejap dlm 10mnt, pastu padam terus lampu. 10mnt kemudian, dah dengar berdengkur.. yaaaa.. very anak bapak sbb ada bunyik2 klau tdor..


ni peel sekarang.. tdor antara tilam. ubah, pastu dtg balik. ubah lagi, datang lagi.. last, malas dah mak ko, duk la situ nak oi.. gaya meniarap tetap dikekalkan. klau dtg lagi peel dia, naik tdor atas perut aku. kepala atas perut aku, badan kat bawah. mcm tu lah.. sesak napas mak ko nak tahan beban. dah turunkan, dia naik balik. apa punya turr pun xtau laaaaaa...

ni tdor la ni.. salah 1 keadaan la.. mata pejam, badan berguling2. ikut sesedap rasa nak tonggek ke kangkang ke.. janji puasssssssssssssssssss..


kadang2 bentang toto dpn tv. penuh la 1 toto dia tawaf. sampai ke lantai pun pernah. bl meniarap pp kena lantai, sejuk, okes, landing sini. benti la.. mlm bila ntah, sket lagi nak sampai bwh meja mkn. aku pun xperasan sampai jauh tu dia guling sbb aku pun tdor sama. terjaga tgk anak xda kat sebelah, ingatkan dah kena culik.. rupanya dah berguling2 menari lagu hindustan..


guling2, rasa landing mcm ni best, stop la.. nasib la kat mana pun, janji sodappppp


anak dara ku nan seorang.. klau tilam single, nak share mmg ko mkn kaki la mlm2.. takat kena penyepak ngan penampar tgh2 mlm tu dah biasa dah kut..


kaki naik atas kepala pun mak ko xdak hal la amni.. apalah sangat takat kaki amni tu.. tapi masalahnya, kaki bapak ko pun bule tahan ganasnya. mak yg duk tengah2 ni tersepit terhimpit terkepit dah. anak beranak sama ja buasnya tdor. no wonder la amni tdor buas kan? mak aku kata kami 6 beradik xdak sorang pun tdor cenggini.. agak2 ikut sapa yek papa?

so, jgn heran klau tgk bantal keliling dia. dlu mula2 aku beli katil bujang then letak sebelah katil kami. bl dia dah start berguling, aku geges apaknya robohkan katil. takut kang amni jatuh katil. nauzubillah! skang ni tilam jelah. rapatkan tilam dia ke dinding. tepi2 ngan hujung kaki tu sendal ngan bantal keliling. dah mcm kubu pun ye jugak sebab hujung kaki aku pun ada bantal. kadang2 dia langkah sempadan budak ni. dikerabatnya aku sebab nak tdor tgh2 antara mak bapak dia.. kaco je kan? +__________+
pastu dia guling2.. kami pun xsedar dunia punya tdor, tau2 dengar duk meraung tgh2 mlm. rupanya dah jatuh tilam. bahahahah.. now, klau dia nak tdor antara aku ngan bapaknya, mmg tak la. selain dr faktor kacau mak pak nak hug2, takut jatuh tilam lagi..

tenang je jiwa masa ni tgk anak tdor. skang ni berapa nak tenang dah.. heheh
dlu sopan jek tdor.. klau gini, gini jelah sampai pagi.. pusing pun sket2 je.. dlu,anak tdor mak senang hati tinggal g buat keja umah. now, klau tinggal mcm dlu, alamatnya tawaf 1 umah cari anak anak..

nak kata xbedung, bedung. dlu klau xbedung,lambat sket tdor nya. sampai 6 bln camtu stil bedung.. tekangkang je tu ha sbb kain dah sempit. tapi mula2 jelah, dah tdor lena, kang kaki tgn smua terkeluar la. kira bedung nak bg tdor dlu, dah lena, bule buka bedung..

skang ni klau g umah org or tdo hotel, masalah utamanya ialah cemana amni nak tdor... hahahha.. nak bg tdor ngan apaknya? huii.. kang xpasal2 terpenyek anak.

dlu masa aku g kursus kat Intan, seminggu aku tinggalkan amni kat tok ngan tokwan dia (makpak aku). kelakar gila bl time nak tdorkan amni. mak aku sampai xleh tdor sbb amni duk berguling. mak aku plak ikut rentak dia. bila dia himpit, mak aku bg dia ruang. lagi syok la dia nak berguling. last2 mak aku terhimpit kat tepi.. lawak gila bila mak aku cerita.. kerenah cucu tdor.. hahahhaha..



** pasni kena buat koleksi amni tdor gamaknya. bl dah  besar, tunjuk kat dia, mesti malu.. heheh




Wordless Wednesday







** pose dengan bungan pinjam... huhuhu :(

Denai larian, Pengkalan Asam

skang ni, mlm weekend, wajib kluar. bawak amni jalan2 tgk lampu.. sian amni, duk umah je, kena bwk dia kenal dunia luar sket. -- alasan mak utk kluar sama sebenarnya --- amni suka tgk lampu liplap warna warni tu.. kang ternganga mulut  tu tgk.. bl kita kata lampu cantik, dia pun tik tik... nak bgtau kata cantik la kut..

pusing2 kangar, laki aku masuk jln pengkalan asam. situ ada denai larian. dlu zaman bujang slalu ar g jogging sini. nak jogging la kononnya, padahal dating.. muahahha... laki aku pun masa tu beriya balik keja awal nak g dating kat denai. cuba ajak pegi skang ni, tobattt..

skali bl sampai situ, wahhhh.. kagum.. lama gila kut xpegi sana..


amni dah mengkagum dah.. sampai2 trus menjerit. aku panggil nak amik gambar pun xdiherannya..teruja sgt dah kut. dlu pegi I-city, br bgn tdor. tgk lampu, menangis.. huhu

 
apak dia melayan anak dara dia tgk lampu.. tgk mata amni tu, duk tgk lampu je, bknnya nak tgk kita panggil pun..

mak pun nak interprame jugak.. tu duk kontrol amni.. tangan duk tarik lampu.. kena karan baru tauuu

papa sabotaj.. gambar mama kabur, xelok. dia cakap elok.. tipuuuu.. dengki le tewww. suh ambik lain, cakap sian amni panas duk dekat lampu.. caittt

happy girl.. yaaa, ko happy la nak oi, mak ko ni pitam nak layan ko punya happy... but, mama suka je


last.. amni terlebih syok sbb nampak lampu merah.. sebok tangan nak mencapai.. ko baik2 nak, kang putus, mampus mak ko nak ganti...
xpa, nnt mama beli 1 pasang kat  umah. hari2 ko bule tengok. pastu tiap2 bulan surat merah sampai sebab bil letrik mahal nak mamps..

Tuesday, October 23, 2012

Zam Beger Bakar

otw balik keja, aku duk terpandang2 bunting Zam Beger Bakar.. hari2 nampak, lama2 aku rasa terbakar dah hati aku.. dah xtahan, mlm tu gegas laki aku g carik...

xjauh pun dari umah aku... sekentut jek.. laki aku bule xperasan padahal duk lalu ja situ.
nak ajak g beli pun bercinta jugak. well, aku kan masak sedap, so, laki nak mkn kat rumah jeww.. +_____________+

sungguh menggoda jiwa.. gemuk mcm laki aku btoi beger nih.. daging dia tu yg xtahan. mantoppp...


sebab sedap dan hebak, up gambar yg sama 2 kali.. yg ni close up sket. nih aku punya.. beger bakar cheese.. mmg meleleh... sedap baq anggggg.. yg laki aku punya xdan snap dah selamat masuk mulut.
nak makan ni kena nganga mulut luas2.. lagi tebal dan gumuk dari dabel cis begek mek d.. seriussssss..

org perlis,  mana yg xtau, rugii.. p serbu lekaih.. depan taman guru tu ha... sedap woi!



** aku adalah pencinta beger. takat skali hadap 2 bijik tu xdak hal.. time peknen la.. skang ni, mau muntah klau skali mkn 2 bijik.. perut dah berlapis2 mcm beger, muka dah sebulat beger ada hati nak mkn beger 2 bijik kah??

Monday, October 22, 2012

Agar2 Oat Kurma


mari2.. mau tayang menu utk baby lagi.. menu ringkas2 jek. sesuai utk mak2 yg bekerjaya mcm iolls.. simple tapi berkhasiat..

Agar2 Oat Kurma..

bahan2..
Agar2 ( yg stripe ye, bukan yg serbuk.) tapi ni utk baby 10m ke atas..
Air
Puree kurma
Oat

Cara2nya..
masak agar2 sampai mendidih. aku taruk air bnyk sket, nak kasik lembik. slalu klau buat agar2, kita buat keras kan, senang nak potong. utk amni, dia suka lembik, so, air lebih sket.. dah mendidih, masuk oat dan kurma. godek2, kacau.. oat dah kembang, siap! senang kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn?

pastu sejukkan dlm bekas. mcm aku, guna bekas mcm kat atas tu. comey jek. siap ada kwn kat group HSFFYB order. xpa, aku ok jek, tlg beli n pos kan ke N9 lagi.. mak2 kan.. sharing is caring.. heheh
guna bekas kecik2 mcm ni senang. kira 1 bekas skali mkn. masuk peti ais, leh simpan 2,3 hari. nak bwk utk travel pun senang. lagipun hotel kan ada fridge, so bule simpan. amni suka, so, maknya duk ulang buat. selang2 la.. klau hari2 hadap ni, mau muntah jugak budak tu..

Diam ada keja rupanya

bl aku tinggal berdua ngan amni, kena beware sgt. klau dia tgh main, mulut potpetpotpet, tetiba diam.. haaaaaaaaa, jgn biar lama. adalah keja dia duk buat..

ni tgh kusyuk giler. panggil lah cemana pun buat xtau jek.. mula2 mulut bising, tetiba senyap.. kena usha, xleh biar.. aku duk baring sebelah tgk tv, pastu bgn jap p dapur. tau2 dia diam..


kan dah kata ada keja dia duk buat.. aku pun xperasan aku xzip beg ni btul2. pandai jek dia tarik. ni beg toilletries dia la. dlu taruk dlm raga, senang dia punggah, now taruk dlm beg, then zip.. senanggg..


habis smua barang dia campak keluar. feberet adalah botol minyak yuu yee.. sebab bila goncang ada bunyik.. pastu buka tutup tin tu, then masuk mulut. bl ntah aku xsedar, tgk2 penutup botol tu dah duk dlm mulut.. pitammmm..

benti kejap tgk upin ipin.... sebok nak bgtau sampai muncung mulut tu... dah  jemu, okeh, p panjat lemari tv pulak... bagusssss..

Saturday, October 20, 2012

Makaroni goreng for dinner

dah jadi mak and isteri org ni, perkara paling hard to think ialah nak masak apa? atau lebih jelas, pandai ke masakkkk? mueheheh..
hadoih.. kadang2 pening pikir nak masak apa. takat tembolok aku ni, xdak hal. ni ada lagi housemate 2 org yg kena ambil kira jugak. dan setiap yg terjadi tu ada hikmahnya. jodoh yg tuhan tulis tu dah mmg kena dah.. sebab? laki aku tu, bangsa telan segala benda.. mmg tembolok naga. xsusah nak bg dia mkn. ko goreng ayam hari2, pun xdak hal.. nasib baek kannn? klau ayat kwn2 aku, ni bangsa penyendal pintu jek xmakan.. pastu ada sambungan pulak. penyendal pintu klau bule kulum2 mkn, lama2 habis jugak.. dasat xdasat nak bgtau betapa seorang itu pemakan tegar.. phewwww..

slalu aku masak utk dinner jelah. lunch sapa nak mkn ye dok? so, bl mlm, masak yg best2 sket la nak jamu perut laki. waktu rajin, 2,3 lauk. waktu xberapa rajin, 1 lauk jek. klau mmg xrajin langsung a.k.a malas tahap gaban, xmasak terus. beli jelahhhhh.. tapi jarang2 la beli sbb laki nak mkn kat umah.. (,")

masak simple2 jek. laki aku xmemilih. tapi  kena masak yg dia suka. paling senang, ada ayam or daging, setel masalah. klau ikut perut bini saja, laki mmg xmkn. over jugak kadang2. tapi xpa, sebab dia mkn yg simple2 saja.. slamattt.. nak mkn yg pelik2, sila request pada mama awak yeee... ngehngehngeh..

mlm tu, ai is malas.. blk keja, telek2 dapur, telek2 gobok, cari apa yg senang nak  masak. xmo masak nasi. jemu.. then, terpikir nak buat makaroni goreng. yaaaa.. menu mudah utk org malas... err, ok la kan, malas sket dr xmasak langsung.. T_________________T



watak2 yg terlibat.. jom kita berkenalan dengan lebih dekat...

nak buat makaroni kan? so, haruslah watak utamanya ialah encik makaroni.. rebus, dan toskan..
abang aku kata tiub basikal...caittt 

mau kelainan sket kali ni. guna daging beger yg diramas2... heheh.. cincang siap2 daging tu ye sblm masak..

sayur campur.. guna yg frozen punya.. kata malas kan? malas nak potong sayur..

cili yg dah ditumis. aku slalu buat stok. blend cili kering,bawang merah.bawang putih, then tumis lama sket. masuk asam keping,garam,gula siap2, then simpan dlm peti hais.. nak guna, cedok je.. sonangggg kojo.. xdak la tetiap kali nak guna, kena blend, tumis bagai. pakai cili giling yg beli siap tu, xsodap lah..

pelakon tambahan.. sekadar picisan, penambah perisa..

cara2nya..
tumis bawang putih, pastu masuk daging beger.. agak dah masak, masuk sayur campur.. pastu masuk cili 2,3 sudu. ikut tahap kepedasan cili tersebut. agak2 la tahap kepedasan tu. ada lagi 1 pelakon tambahan, perencah bihun goreng adabi. terlupa nak ambil gambar. padahal tarafnya hampir sama dengan watak utama tapi dilabel pelakon tambahan.. kesian... pastu masuk air sket.. tumis2, dah naik bau,  masukkan watak utama yakni encik makaroni.. gaul2, goreng, rasa. klau perlu pelakon tambahan di atas, silakan.. slalu aku guna jugak sket. sos tomato n sos cili cap life yg enak itew.. gaul2 lagi.. then, tutup api.. siap!

hasilnya..... encik makaroni selepas prose make over.. dah seperti ratu cantik yg gojes.. eh, kata encik, pehal ratu cantik pulok? pons kahh??

menu yg mudah, simple dan mampu mengenyangkan perut.. aku lagi suka makaroni, pasta or yg sewaktu dengannya dr mee or koteow, sebab berminyak.. euwww....
masak agak banyak, esok pagi panaskan, bawak g opis. mkn ramai2, syok jugak. ada rezki lebih, kita kongsi2..
rasa? sedap lah.. brani kata xsedap! tapi xleh buat selalu sebab laki aku tekak kampung sket. xberapa nak laju sgt.. bl tgk aku masak cenggini, bule plak dia tanya, ma, xdak nasi ehh? phewwwww



nih anak dara punya. tapi dia kuah lain.. spesel sket.. nnt aku up entry kuah pasta utk baby.. tp yg kali ni amni xbrapa suka. klau pasta utk baby tu ok. makaroni kan kenyal sket.. so, xbrapa jalan..


Friday, October 19, 2012

Resipi Oat


baby bule mkn oat ye.. pilih rolled oat. dapat yg organik, lagik bagus. klau bule elakkan instant. bule je nak kasik, tapi klau bule elak, tak payah. nama pun instant kan? better beli yg ni..

amni suka je oat ni. nak buat pun sonanggggggg jo. pejam mata pun bule.. oh ye, oat ni berkali2 bagus dari nestum. pedulikan apa org kata pasal oat. sebab ada yg kata xbagus bg anak mkn oat? kenapa? bule kenyang jugak. ada khasiat kan? ada yg kata kasik oat nnt anak kurus. kan org mkn oat utk diet? hellooooo? oat ni bagus utk jantung ye.. utk diet mmg la bagus, tapi xdaknya ko nak kurus kering klau mkn oat ni...


nak buat mcm ni sangat lah mudah.. time xberapa nak rajin buat mkn anak, haaaa, kasik yg ni..
bahan yg diperlukan cuma oat, air@susu, then buah.. puree buah bule, buah yg asli pun bule..

rebus oat, then toskan. aku blend dlu oat tu. then simpan dm bekas. nak guna, amik yg dah blend, halus sket. but, depend kepada anak. dlu masa amni kecik, blend la. now, dah bule guna terus yg kasar tu.. pas tos, campur jek dgn puree. puree apple ke, pear ke, xkesah la puree apa. mcm yg ni aku campur dgn pisang emas. pisang xperlu dijadikan puree ye.. lenyek2 je dah cukup. bule nak campur air sket. nak campur susu pun bule. susu yg anak kita minum la. xpun guna fresh milk. terpulang. tapi aku campur air sket.

slalu menu mcm ni, aku buat utk break1st amni.. amni suka je.. asal lembik, smua ok je.. tukar2 puree buah je.. anak xhabis mkn, maknya bule habiskan... hehe...

bule try kasik kat anak2 ye..

LOVE YOUR BREASTS


 LOVE YOUR BREASTS.
DON'T LOSE THEM TO CANCER

bukan nak tayang bra yek.. its about breasts cancer.. as a women, mmg aku risau pasal kanser tetep nih. nak g buat pemeriksaan, ai is malu.. hewhewhew.. makanya check sendri saja. klau ada rasa kepelikan disitu, gegas g klinik yek.. once ko dah beranak and pernah menyusukan, mmg ada risiko, so kena beware. kanser xkenal siapa ye.. wanita bujang pun bule kena okes. pap smear pun sama yek para wanita @ ibu2.. aku dah buat last month.. :) malu, tapi kena hadap jugekkkk...

nak tau lebih pasal kempen ni, pegi sini http://www.wacoal.com.my/.
xpun bule pegi pesbuk diorg  www.facebook.com/wacoalmalaysia..




** i got this message from email.. friends, come and spread it! 

Dah boleh tocang 2..


anak sapa la ni comey sangatttt... mcm mak dia eh.. muahahahha.. rambut dah panjang sket, tapi depan jek. kat belakang mcm tu jugak. dah bule tocang 2.. yay!!
mak yg terlebih syok. pasni leh beli getah and klip rambut yg comey2 tu. tocang 1 dah slalu dah, now tocang 2 pulok.. bapaknya slalu ckp amni mcm jepun  bila tocang 1.. ye ke?

what is on my head mama????  i feel weird laaaaaa.... haishhh.. budak ni mmg xleh letak apa atas kepala. otomatik tarik. habis senget benget tocang tu dia punya tarik. klau tocang 1, xterasa sangat, tapi bl dah tocang 2, haaa, jadik gini la. klau nak letak cekak rambut ke, topi  ke, mmg jgn harap la. ada 2, 3 ketol headband bunga2 bagai, langsung xnak pakai.. kang mama pakai, terlebih comey dr amni pulak..

Thursday, October 18, 2012

The 1st benjol

yeahhhh.. setelah setahun sebulan, akhirnya muncullah seketoi benjol di dahi anak dara nan seorang.. haiyohhh...

nampak? xnampak?

dah xberapa nampak dah actually, sbb dah petang.. kejadian berlaku tghr barangkali

kawasan kejadian.. dah xberapa nak benjol.. tinggal merah2 jek..

masa ambik amni at umah pengasuh ptg semlm, turun dr kreta dr jauh pun dah nampa merah tu. tapi, sabar. buat muka cool je dlu. budak tu nampak je maknya turun dr kreta, dia punya sengih sampai telinga. pastu menggelupur nak ke dtg ke maknya. elok jek aku ambik, pengasuh dia pun buka mulut.
' benjoi sket kat dahi tu. terhantuk kat meja. paklong (suami pengasuh) pegang xkuat, amni duk xdiam, terhantuk meja'. duk dgn maklong(pengasuh) selama ni xenah kena pun.. tok (mak pengasuh) dah tuam dgn sapu minyak angin dah. risau nnt apa kata mak dia'.. maknye mampu senyum jelah bl dgr pengasuh cerita. xkan nak meroyan marah pulak kan? kang org xnak jaga anak padan muka..

yalah.. hati mak mana xrisau kan? seb baik sket ja. katanya amni nangis sket ja. ya, amni mmg gitu. kena cucuk pun nangis sket ja pastu menjerit balik.  tu kat hujung mata tu merah sket. seb baik xkena mata. mujurlah xserius.. alhamdulillah...

xkan nak marah or tegur pengasuh dia pulak. selama ni dia jaga amni elok je. takat sket2 tu, pejam mata lah. dia mau jaga anak kita pun dah cukup syukur. mana nak carik pengasuh yg btul2 ok skang ni kan? sebelum ni ada gak blk umah tgk ada kesan merah2. bila tilik2, kesan nyamuk or semut ggt. sokay la. pastu ada gak calar2 sket, tapi xdak la mudarat. dia pun dah lama ngasuh budak. skang ni pun bukan jaga amni sorang, ada budak lain lagi. so far, amni ok jek duk ngan dia. trima la hakikat yg anak dara sorang tu terlebih cergas.. huhuhu.. pengasuh dia pun kadang2 tu ada gak bunyi2 sket, letih jaga amni.. cergas sangat.. uhuk uhuk...sabar jelah..


budak2 kan.. masa kena tu nangis la.. dah lama, mcm xdak apa2 jek.. rilex jek main. mak bapak dah mcm nak luruh jantung. yelah, diorg kecik lagi. klau sakit mana pandai nak bgtau..


mlm tu apaknya balik, suh dia tenung muka anak dara dia tgk apa yg lain. pastu br cerita. trus cuak.. keja duk tilik anak dia jelah. kejap2 tgk, kejap2 tgk. muka mmg xpuas hati habis la. nak buat cemana, anak awak ni aktif, cergas.. sama mcm bapaknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

mlm tu sblm dia tdor, sapu minyak angin sket. pagi ni tgk dah xdak dah.. 
amni, xmo buas2 dah ek? kang jatuh ke apa ke, sakit tau.. awak tu anak dara yeee...




** ni klau bgtau mak bapak aku mau haru diorg bl tau cucu jad gini. nak2 tokwan... cucu nangis pun dah cuak. hadoihhh..

Neraka abah

** pic from google


sapa tgk crita ni semlm? kat tv9.. lakonan shafie naswip, amyza adnan, azhan rani and ect.
phewww.. sedih..
kisah 4 beranak. bapak kaki judi, arak, dadah, malas keja. balas barang kemas bini pegi gadai, xpeduli anak2, pukul anak bini. pakej lengkap dah. then mak meninggal sbb sakit. tinggal 2 beradik nih, abang n acik. bapak dah keja berjudi siang mlm, xpeduli anak. abang xg skolah, g keja carik duit nak sara acik(adik dia).
sampai 1 masa, acik sakit. apa ke nama ntah sakitnya, xberapa dengar sebab suara amni lagi kuat dari tv. acik jatuh, hentakan kat kat kepala antara yg buat dia sakit. last skali acik mati sebab bapak dia tolak. acik nak selamatkan cikgu dia dr dirogol bapak, end up meninggal. bapaknya pun meninggal sbb kena tikam dgn taiko dadah sbb curi dadah dia. hujung2 tu mmg sedih. abang beriya lari nak bwk acik g spital, tapi acik meninggal atas dukung dia. tgk dlm poket acik ada henpon dia belikan utk abang. sanggup pecah tabung n curi duit bapak utk beli henpon kat abang dia. last2 tu mmg menyentuh perasaan la..

point yg aku nak sentuh kat sini pasal mak2 or isteri. dah slalu sgt kita dgr kes mcm ni. real life pun mmg ada kan? dapat laki taik judi, arak, dadah, pukul anak bini, malas keja smua. bini keja siang mlm carik duit nak besarkan anak2, tapi laki duk curik duit bini buat beli dadah n main judi. yg aku xpaham, kenapa si isteri tu nak hadap lagi laki mcm tu. duk kena bantai sampai lebam sana sini, masih nak bertahan. anak2 pun kadang2 hilang sabar tgk perangai bapak mcm setan. ayat klise ' sejahat2 dia, dia tetap bapak ko'.. yeap, tu btul. si isteri yg baik ni tetap xmo cerai sebab nnt anak xdak bapak and dia jadi janda nnt kena kutuk ngan org kg. hadoihhhh la. bangun la weii! buat apa ko berlaki klau dah gitu perangainya? biarlah xdak bapak dr anak ko seksa duk kena pukul, kena maki hamun. yg ko pun sanggup pulak duk mkn sepak terajang laki hari2. dengan harapan,  1 day laki akan berubah jadi baik. hari2 berdoa supaya laki berubah. tu dah bagus dah, berdoa dan terus berdoa. tapi sampai bila? once bila dah bertuhankan arak judi nih semua, susah la kut. nak tgg berubah sampai sanggup hari2 kena pukul. pada aku, pendapat la, minta simpang nauzubillah klau kena kat kita kan? biarlah xdak laki, biarlah kita besarkan anak2 kita dr nak lalui tu smua. kesian kat anak hari2 duk tgk mak bapak dia bergaduh. klau mak tu bule besarkan anak dgn penuh kasih sayang, insyallah, anak tu pun membesar dgn elok. slalunya org akan kata, kesian dia xdak bapak, xdpt kasih sayang ayah. pada aku, biar xdak ayah, dr ada ayah gitu. lagi tekanan budak tu duk tgk perangai bapak. tu blm masuk part kena ejek ngan kwn2 lagi. lagi kesian kut. terencat tumbesaran anak tu nnt.. percayalah, kasih mak tu bule mengatasi segalanya. bila anak dah besar, tau lah dia bapaknya cemana, maknya cemana.

tapi, lain org lain caranya. klau tanya aku, baiklah ko berambus tinggal kan laki yg perangai sket lebih kurang mcm setan tuh!!

Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday








*** bila ko nak bule bejalan nak oiii?

Keluarga Iskandar

habeh doh crita kluarga iskandar. semlm last episod.. xbeshhh :(
xbest sebab dah habis.. crita tu best giler kut pada aku.. kategori drama la..

rasanya sejak dah ada anak ni, aku dah xpenah ikut mana2 drama bersiri dah. xsempat oi.. blk keja, nak buat keja umah, nak tgk anak, nak tgk laki, nak rest.. tengok tv pun ujung2 mata jek. now amni dah besar, dah pandai main sendri, haaa.. bule la maknya layan sinetron.. tu pun mlm2 jek klau dah habis keja umah smua. klau siang hari or masa weekend, jgn harap laaaaaa... bl dah start ikut, haaa, mmg xleh nak miss la. hari selasa jek mmg ko jgn kaco. ini tv aku yg punya... muahhahahah... ngantuk pun tunggu jugak, walau tau esok astro ulang.. xbest tgk ulangan.. hehe..
aku punya peel, klau dah ikut, syok pulak, mmg ikut jelah. laki aku plak jenis xsabar, xpa ma, nnt kita download.. xmoooo.. bule je kan, download, pastu tgk smua episod sekali harung. xmo xmo.. xfeel. dah kata drama bersiri. tgk by siri la. tgg jelah time dia. baru feel. bl dah habis, alaaaaaaaaaaaaa.. dah habis. next jadi apa pulak. tertunggu2 jek. baru besttt..

aku ikut crita ni dr awal, xmiss 1 episod pun. alah, klau miss pun xdak hal.. esoknya astro ulang balik. xambik pajek pvr pun xpeeeeee.. buat rugi jek rakam, esok astro ulang lagi. lusa ulang, mgg depan ulang, bulan depan ulang.. kannnnnn?


aku suka sebab drama ni tunjukkan reality life kita... kejadian hari2 dlm sebuah family. lama dah kut xdak drama kekeluargaan mcm ni kat msia. tu antara sebab yg aku suka pada drama ni. anak ramai, close adik beradik, cucu cicit meriah. cara shooting gambar tu pun xdak la kaku sgt.. pelakon smua adalah best. tu  yg penting kan? xdak make up tebal2, pakai seksi2 smua tu. pakaian pun nampak mcm kita sehari2 jek. dialog pun relax. mmg nampak mcm 1 family walhal berlakon  je. ntah ke kenal pun tak sebelum ni kan? cara lakonan yg santai, mmg nampak mcm 1 family lah. mak jah yg sempoi, sedap mulut dia jek nak sound anak menantu kan? tapi masih bule diterima as org tua. abg long yg cool ngan anak dia yg mulut bnyk tu. abg ngah n kak ngah yg pada aku paling best dlm drama nih! relax jek mamat tu. sgt berlainan masa dia dgn bawal power dlu. watak susan lakaster@kay yg errm, ok sgt pd aku sebab dah lama dia xberlakon. 2 anak diorg yg hadoihh.. bnyk kerenah. aku suka om! comeyyyy.. kak teh ngan abg teh yg kelam kabut. nampak real sgt mcm 1 family diorg tu. yelah, berlakon dgn anak sendri kan? then alan yg baru kawin, kerenah anak tiri yg manja.. lawok giler.. bule anak tiri ugut nak bunoh bapak tiri sebab tdo ngan mak dia.. kehkehkeh.. last, acu yg garang tapi baekkk.. pandai pengarah pilih pelakon kan? ada watak uda, tapi sekadar sebut jek sbb xdak pun orgnya..
mak jah kata kena tunggu musim seterusnya..


para pelakon yg best...
** pics from google

drama ni by KL Motion Picture.. akak ipar aku keja situ..ngehngehngeh.. kak, nnt bgtau bos, buat season 2 ek? pujuk astro ye.. rating tinggi kan? ramai yg komen kata best..

pada yg termiss, nak tau sipnosis bagai, pegi sini.... nak download? xpayah... pasni astro ulang... muahaha

Gobok baju idaman

nih gobok idaman untuk anak dara tersayang.. klau utk mak, besar ni takat muat buh baju dalam ngan sluar dalam jek. pendek kata yg dalam2 jek.. sebab kecik molek jek lemari nih. nak letak baju kurung or blouse toksah mimpi.. xceluih barangkali.. pakaian dlm mak disamakan dengan baju anak pulok.. apakah??
tapi serius comey giler klau ada lemari gini. aku lagi suka yg ni kut dr lemari kaler2 pink, gambar barbier bagai..


gambar baju, stokin bagai tu laci yek.. baguih kan? ada compartment khas gini. mana nak letak sluar, baju, stokin smua. senang nak suh anak ambik sendri baju dia. keja mak pun senang bila nak simpan baju anak. tu yg lagi penting kannnn..


baguihhhh.. siap bagi saiz panjang kali lebar bagai. senang nak g tempah. bule praktis utk anak kan? ermm.. rasanya klau nak tempah utk anak, memula kena buat utk bapak dlu. bapak walau dah tua, sukasuki tarik baju and campak baju ikut suka.. nak cari baju g tgk kat sluar, nak cari sluar panjang g tgk kat drawer sluar dalam.. dah lebih teruk dr anak pulok.. seb baik dpt mak yg  rajin kemas kan... rajin la sangatttttt... pfffffff




**This Training Dresser designed by Mountain View Cabinetry is engenius as it helps kids to keep all things in their place
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...