dah 21 ramadhan eh? minggu depan dah rayeeeeeeeeeeeee.. sukeeeeeeeeee..
dah hujung2 puasa ni, semangat nak masak utk berbuka dah kurang dah. kikiki.. awal2 dulu kemain, hari2 masak. skang smua dah hilang. pikir nak raya jek. takat hari ni param baru 2 kali pegi. takpe2, dah hujung2 ni, mari kita menikmati kemeriahan kat pasar ramadhan yeh? nak jumpa lambat lagi, tahun depan nunnnn.. masak ni, lepas puasa pun masak jugak. hari2 masak, dah takda beza ye dokkk?
meh nak share menu berbuka minggu lepas. time ni semangat nak masak ada lagi, tapi dah tinggal 65%. minggu ni tinggal 45% dah. minggu depan harus tinggal 0 je.. jom layan kak yah merepek.. cerita bercampur2 yehhhh..
nih hari kamis..
1st spageti di bulan puasa. hari apa ntah, kamis kut. malas nak masak nasi + jemu dah mkn nasi. lately mcm xberapa nak lalu mkn nasi. rasanya 3-4 hari dah kut aku xmakan nasi masa berbuka n sahur. mkn kuih, or mkn bukan2 jek.. tak berapa nak ump sangat spageti kali ni. sebab guna daging beger. g kedai tu takda daging kisar, ada daging beger je. bolehlah, malas dah aku nak pusing g kedai lain. guna daging beger ni, dia kering sket. klau guna daging kisar, kluar air tu, sedap sket.
lama gila dah tak buat agar2. hari tu tetiba teringin. aku suka mkn agar2 or puding. nak buat puding, mcm tak cukup bahan. so kita buat yg ada sudah. agar2 ni klau ada yg tak reti buat, sila terjun lombong. hahahah.. senang je kut klau nak buat yg plain. klau nak gempak2 tu lain lah kan? takat nak buat agar2 coklat camni, haiyaaaaaaaaaaaa... pejam mata jelah.
ni agar2 coklat. masak agar2, masuk susu pekat, masuk bancuhan coklat. godak2, agar2 hancur, dahhhhhhh.. sejukkan dlm bekas kegemaran mcm diatas. amni mkn habis seketoi katun ribena tu. dia pun suka agar2. takat dia besar ni lama dah tak buat. dlu slalu buat agar2 oat kat dia. yg ni xmanis sgt sebab nak bg amni.
dah lama tak buat, seb baik keras elok. klau melembik, tak sedapppppppppp... tgk ke bentuk comey2, gedik2 tu, pastu mkn sejuk2, hmmmmmmmmmmmmmmm, tempting habis. padahal agar2 coklat je punnn..
ok, kali ni confident, hantar ke mentua mangkuk tingkat. spageti ngan agar2 coklat. buat bentuk ribena tu 3 ketoi. lagi 2 kasik kat hana ngan haziq. seketoi utk amni.lagi setalam utk mama n papa. habis licin.. hihi...
budak ni suka lah klau spageti. dia spesis bihun, spageti, mee, suka sangat lah. habis comot mkn spageti. org berbuka dia pun sibok sama. tapi tak kacau sgt. letak dlm baby chair tu, kasik dia semangkuk, diam lah kat situ. org makan dia makan. tgk mama buka radio dia pun seboklah tolak kerusi nak duduk sama. dah cam dah.. pandai anak mama. now, mandi petang, pakai baju lain dulu. nak tdor karang tukar baju tdor pulak. busuk masam la sebelum tdor tu. klau mkn lagilahhhhhhhhh comot habis. kita nak suap, xnak. nak mkn sendri. habis baju kena kuah. tu mkn spageti dgn tangan. bagus anak. tak omputeh sangat lah kannnn?
next, jumaat..
minggu lepas cuti 3 hari kan? jumaat, cuti nuzul quran, pastu
weekend. konon klau cuti leh masak hebat2 la kan? tapi takdak maknanya..
jumaat, kluar g alor setar. cari baju raya amni ngan papa. so, berbuka
kat luar la..
berbuka
kat restoran pumpong alor setar. sampai dah pukul 7, seb baik ada meja
lagi. ambik lauk2 sket, utk 4 org. aku bawak adik aku 2 org. aku makan
nasi separuh je kut. sebab dah bantai cendol sebekas dgn kuih popiah.
budak
ni berbuka awal dr org, tapi mkn tak habis. buat perangai sket hr tu.
tak nak duduk kat baby chair. nak duduk kat kerusi mcm org lain, pastu
nak duk kat mama je. terus mati napsu nak berbuka. takpe lah, mama layan
je awak mkn. biar mama mkn sket takpe. kang nak g shopping awak
mengamok, lagi mama mati napsu. nto good not good.
next, sabtu..
berbuka umah abah. takda gambar sebab smua gelojoh nak mkn. beli ayam golek tergolek.. hihi
next, ahad..
ahad lepas. bl cuti, lagi malas nak masak. kalu keja, boleh pulak balik keja terkejar2 nak masak. sebab, bila cuti, tdor tghr. bgn petang, lemau je rasa. kita masak yg mudah2 jelah. tak larat nak berdiri lama2.. hihi.. betullah, klau tdor siang bulan posa ni, lagi letih. klau tak tdor, ok je...
buat ikan dori goreng tepung. rangupppp.. goreng dekat nak berbuka, makan panas2.. nom nom nommm..
masa berbuka, makan ikan dori tu dgn buah dokong ni. dari pokok abah aku ni. manisssssssssssssss.. mkn 2 menda alah ni dgn air, pun sengkak perut kak yah..
eh, xkan 2 tu jeee?
laki beli kuih2 sket, yg dia nak mkn la. pastu aku buat nasi goreng kg. tu jelah. tapi aku sahur baru jamah nasi goreng tu. tu pun setengah senduk je.. tak berapa nak lalu sgt nasi. haishhh, klau sebulan mcm ni, raya karang jadi ziana zain la aku... bahahahha..
masa berbuka, kenit je makan nasi goreng kg. mama papa layan ikan dori je. dia mkn gak ikan dori, habis seketoi. mkn pishhhh katanya..
semlm tak masak pe pun. laki blk keja beli kuih sket. cadangnya nak kluar pas maghrib cari nasik. pungpangpungpang, dah pkul 9 lebih baru kluar.rasa mcm teringin nak mkn nasi beriani kat repoh tu, skali pegi dah tutup. waaaaaaaaaaaaaaa.. kempunan. dah la banyak hari tak mkn nasik kan? gi tea secret, beli choc smoothie, balik umah, tdor dgn kehampaan. hari ni blk keja, beli terus nasi beriani. tak boleh jadi nihhh.
No comments:
Post a Comment