Monday, February 03, 2014

Happy Birthday Suami!

22 Jan lepas besday roomate kak yah. yag ke 32.
kami sebaya. cuma dia bulan Jan, aku bulan 12. muda banyak wooooo..

terpikir2 jugak nak buat apa on that day. mujuq la kami ni jenis sempoi baq ang..
dari zaman bercinta lagi. both are not romantic! senang ok..
klau dapat yg bila hari2 penting like besday ke, annivesary ke, wajib celebrate, kena bagi hadiah, kena bagi kek, mapuihhh..
bohong la sapa yg tak suka kan bila partner kita suka suprise2, celeb and bg hadiah tu smua kan?
tapiiiiiiii, bila dia buat kat kita, haruslah kita pun kena buat kat dia ye dok?
takkan kau kejam sangat kut. besday engkau dia celeb, besday dia kau buat dek?
haishhh, not gud not gud.

kami 2 ni, sempoi. wish tu harus lah kan? ingat tu tetap ingat.
on that day, both must be the first to wish. lazimnya, ada la makan2 sket.
hadiah tu tak jadi kewajipan pun. ini serius.
aku tak mengharap pun. sebab pada aku, tak payah tgg besday ke apa ke nak bg hadiah.
then, bila dah tau laki aku jenis yg macam mana, soooooooooooo, sila terima hakikat.
klau ada, syukur, takda pun syukur.
kang dia bagi aku hadiah, pasni aku kena balas balik.
bahahahahah.. keji gila perangai.

sejak dari bercinta, sampai kawen, untill now, just kluar dinner on besday or annivesary.
tu je, serius.
eh, dia pernah bg aku hadiah masa 1st annivesary kami. dapat rantai engkau.
kembang kempis sronok kak yah. hehehe
pastu sampai skang takda dah. hahahahah..
kadang2 dia bg je aku duit, nahhhhhhhhhhh, g bli sendri. sebab dia tau bini dia cemana. hihi.
aku pun slalu je bg dia hadiah. tetiba terasa nak beli baju kat dia. so beli, kira hadiah la tu kan? hahahaha..

tapi tahun ni terasa nak suprise kan suami sket.
on his besday, aku kluar keja awal. bgn pagi buat kalut. hari tu ada senamrobik. so bila ada senamrobik, aku akan keluar awal sket sebab start awal.
tghmlm sebelum tu pun aku buat dek je. penah la aku stay, cukup2 pkul 12 wish hepy besday bagai.
thn ni aku tdor awal.
laki aku ni jenis happy go lucky. awal bulan january, dia dah remind aku 22hb ni besday dia.
over gila. aku buat dek je.
dekat2 22hb tu hari2 duk sebut pasal besday dia. siap cakap kuat2 dgn Amni bg aku dengar.
politik kotor btui. puiiiiiiiii..
pagi tu pas salam2, aku masuk keta. baru nak masuk gear, dia mai ketuk tingkap keta.
bagitau hari ni besday dia. siap buat muka kesian. sebab aku tak wish lagi.
aku just say, soooooooooooooooo? buat muka weird sket. pastu cakap la ok, hepy besday.
then blah. bahahahahah.. mesti dia sentap gila ahh. i know him well la..
masa kat opis ada la dia call aku, tapi aku tak jawab pun. sajaaaaaaaaaaaaaa..
tapi ada la jugak aku sms, wish besday panjang lebar.

ptg tu dia blk keja awal. slalu maghrib baru sampai umah, tapi hari tu pkul 7 dah sampai.
aku buat mcm takda apa2. dia pun tak cakap bnyk.
pas smayang maghrib, masing2 duk lepak depan tv.
dia mcm nak tanya, tapi segan. aku ni duk tahannnnnnnnnnnnnn je nak tergelak.
sehabis daya dah buat muka kering.
pastu sesaja la tanya, "mlm ni nak makan apa? mama kenyang dah. papa nak makan apa? "
dia jawab entah.. muka tu nampak sangat la sentap kan? hahahahha
dah lama, pkul 8 camtu, cemuih pulak aku tengok.

aku masuk bilik, then........






supriseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..





yeszaaaa..
ada org terkujuttt..
tersipu2 muka malu.. hahahaha..
sronok le tuuuuuuuuuu.. syok dakkk? haaaa, ingat saja nak buat ni? besday mama bulan 12 ni sila ingat yehhhhhhhhh... hahahah, keji punya bini...


aku order cheese cake dari opismate aku. laki aku ni tak makan kek sgt. klau duk bli SR ke kek apa pun lah, aku sorang je duk hadap. tapi klau kek ni, sebekas ni dia bule habis sorang okess..
jangan nak kata aku keji sangat bagi kek ni je utk besday laki ehhh..
dah ni yg dia paling suka, so kita buatlah.
blk keja tu laju2 aku g bli kfc, pastu kalut la balik umah nak sembunyi kek and kfc.
dia pun hairan cemana smua blh ada dlm bilik tu. tetiba je kluar kek ngan kfc bagai. that's your wife okeh....
mujur jugak sebab dia jarang masuk blik sebelah tu.
bilik tu jadi bilik tamu and tempat aku simpan tudung, baju2 amni and tempat iron baju.
so selamat la kan?

sronok jugak bila sekali sekala buat gini. klau buat tiap2 tahun, tak best.
dah tak seprais dah. tgg 2-3 tahun lagi kita buat lagi. heheh..

btw, slamat hari lahir suami.. saya sayang awak sangat2..
walau awak hati kering, tapi takleh nak imagine klau 1 day awak takda dlm hidup ni.
cannot tahan ohhh..

dia tak romantik. tapi dia romantik dengan cara dia sendiri. tak perlu nak tunjuk sifat tu, tapi ada perbuatan dia yg buat dia nampak romantik.
tiap2 hari, rutin adalah sama. balik keja, berkejar masak, tgk anak makan, urus anak, urus rumah, then, agak letih.
so, pinggan mangkuk dia tlg basuhkan. botol susu anak, dia tlg basuh. air panas dia tlg masakkan. botol air masak anak dan mak, dia tlg isi and letak siap2 tepi tilam. sampah, semua dia kutip and bereskan. kereta aku dia tolong reverse siap2 supaya pagi esok senang nak keluar g keja. dulu kena bising2, baru dia buat. kadang2 lelaki ni pikir tu smua keja isteri. tapi tak salah nak bantu and bekerjasama kan? so, bila dia buat semua tu tanpa perlu aku minta, pada aku, itu dah cukup romantik.
bgn pagi2, tgk eh, ada org tlg selimutkan padahal sebelum tdor, letih sgt terlupa nak buka selimut.
cukup romantik dah pada aku tu smua.
tak perlu nak hantar bunga, coklat tu smua dah. romantik sangat cemuih jugak kan?

ada perkara @ sikap dia yg maybe pada aku, aku tak berapa suka. tapi kenapa perlu demand?
mungkin ada jugak sikap aku yg dia pun tak suka. nak cakap kang bini terasa, so diam and terima je. laki aku ni jenis yg susah nak komplen. klau ada apa2 aku komplen, harus kena maki dgn dia..
dan kerna itu, pasangan kita melengkapkan kita kan?
actually aku bersyukur sangat dia jodoh aku. bukan dengan lelaki lain yg pernah aku kenal.
sebab dia tak susah utk diuruskan.
kenapa?
dia suka makan nasik. lauk ayam terpaling suka. lain2 kureng. hari2 ko masak ayam, takda hal. janji ayam. masak merah, goreng kunyit, masak lemak, janji ayam. 2 hari tak masak, beli kat luar. masuk hari ke 3, klau beli kat luar lagi, ko tengok muka mcm sardin dah. nak bini masak. hahahaha. tapi aku takda hal, sebab klau aku masak, confirm habis. janji lauk feberet.
dia  bukan jenis yg pemarah. susah nak tgk dia marah. skali dia marah, aku naik cemuih. hahaha. bukan takut, eh takut jugak sebab susah nak pujuk kut. dia tak suka gaduh. klau ada apa2 hal yg dia tak suka, tak payah panjangkan, pandai2lah setel sendri. sebab dia jenis mudah. tak suka pikir masalah yg remeh. org keliling dia, semua kata dia ni jenis sengihhhhhh je. nampak sgt muka takda masalah.. padahal ada, tapi dia tak suka beratkan kepala otak dia utk pikir sgt. now, aku yg jadi susah sebab tlg pikir masalah dia. puiiiiiiiiiii..
laki aku ni sangat simple. stokin koyak? takda hal, pakai.
baju dah lusuh, pakai. seluar dah koyak, kasut dah lekang, selagi blh pakai, pakai lah.
nak dgr dia merungut takda baju baru, takda itu ini, tak pernah.
apa aku beli, dia terima. mahal  murah tak jadi hal.
ikutkan family mertua aku ni kategori berada, tapi dia very down to earth.
sebab, yg kaya bukan dia katanya. dia takda apa pun.
yess, tak da apa2. tapi dia sgt berharga pada aku. auchhhhhhhhhhhhhh..
matikla klau laki baca nii.

nak cerita pasal kebaikan dia sampai esok tak habis. selebihnya, biarlah aku je yg tau.
maybe ada entry2 lain ada aku sebut pasal peel laki aku ni.
yang pasti, papa ailebiuu deep2.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...