nak share pasal penyapu.
pasal penyapu pun blh buat entry eh..
eh sharing tips weiii...
penting wooo sebab membantu sangat dlm keja2 menyapu mengemop neh.
aku ada join group deco kat FB.
apa kenama group lupa dah..
kekadang naik noti kekadang nye idok.
entahlah, malas pikir.
hari tu ada someone tanya bab sapu mop lantai ni.
ada yg cerita how they sapu lantai, guna penyapu gitu gini, guna vakum la, sapu mcm tu mcm ni.
aku pun komen utk follow.
sebab kes sapu rumah ni serius bisnes wei.
rumah aku berdebu blh tahan. pakai siling kapur, so debu debuan tu mudah nak ada.
lantai pulak pakai tiles, so nmpk la kalau habuk or lantai bercapok.
kat atas almari tu jgn cakap la.
oi stress. hahaha
dah sapu, mop lantai, pastu anak mkn tumpah.
tumpah air susu tu paling mengundang sebab kalau tak lap cepat2 dgn kain basah kang bercapok lantai.
aku guna penyapu mcm ni kat rumah.
jenis plastik. ko tgk kat mudah pun org jual penyapu. hahah
aku beli kat kedai Eco je. sepasang RM4.20.
kualiti so far ok. dah berbulan barulah nak rosak hujung2 penyapu tu.
bila dah rosak beli baru, yg rosak tu guna sapu sampah kat luar rumah pulak sampai betul2 serabot baru buang. hahaha..
aku suka penyapu mcm ni sebab ko blh sapu atas karpet skali.
bila sapu karpet keluar la habuk2 yg melekat tu. karpet rumah aku la.
kekadang guna vakum, tapi kalau malas aku guna penyapu je.
pastu blh skali harung libas kat gril tingkap or sawang labah.
haaaa 3 in 1 dah ni. sebab materialnya plastik cenggitu.
takda nak luruh ke tercabut pun berus dia tu.
tahan lasak and aku suka.
then, ada 1 komen kat group deco tu dia share pasal penyapu yg dia guna.
eh mcm best, so usha la kat online ( lazada, shoppe etc )
tapi tak beli lagi. tu tabiat aku la.
usha dlu, masuk basket dulu pastu biar hahaha
kemain penyapu pun beli online.
hari apa tah pegi Mr DIY, sekali nmpk penyapu mcm tu
wahhhhh mak suka...
harga?
RM15 je kut. tapi biasa jelah.
yg online tu ada yg canggih lagi but sokay, kita cuba
nin diaaaa.
ya mop tapi blh guna sapu sampah.
kain tu jenis microfiber, makanya dia serap semua habuk ke rambut ke kat situ.
dan bila sapu takda la beterbangan sampah mcm guna penyapu biasa.
dannnnnnnnnnnnnn dia lekat semua sekali habuk wei.
kalau penyapu biasa tu, habuk tak sapu habis la kan?
pastu kain biru tu ko boleh tanggal and basuh.
yeahhh!
nanti duluuuu..
saba jap.
silakan beli sekali benda alah ni.
yg ni ko lekatkan kat flat mop tu dan sapuuu
nnt ko tanggalkan benda alah ni je, kira buang terus jelah.
segala sapah, habuk rambut bagai akan melekat kat sini.
tak kena la kain microfiber kat flat mop tu.
kalau tak pakai benda alah ni, lepas sapu kena basuh kain tu.
leceh la jugak kan? takkan tiap kali guna nak basuh.
oih tak rajin.
benda alah ni sekotak tu kalau tak silap RM2.50 mcm tu kut. murah je pun.
jgn begini, bangang sangat gaya tu.
hahaha
aku guna 2 helai utk balut terus flat mop tu.
balut melintang, pepandai la korang edjas. maybe pelu lebih dr 2 helai.
aku ikat dgn getah je.
so far ok je lekat elok.
nak kesan lagi efektif masa sapu tu, ko spray air sket bagi basah.
nahhaiiii, melekat habis segala habuk.
cara aku, aku sapu guna penyapu biasa dlu. sebab nak sapu kut celah2 almari, nak sapu sawang labah bagai.
pastu guna pulak flat mop ni.
kiranya sampah besar like taik cicah tu dah sapu dlu guna penyapu biasa.
pastu lalukan pulak dgn flat mop ni.
dia seduk habis habuk2 hasil sapuan yg awal tadi.
kalau rajin lepas tu nak mop pulak silakannnn.
selalunya aku tak dah. hahaha
aku mop ni seminggu skali masa weekend je.
tak sempat weh hari2 nak mop. sapu sampah ni selang sehari mcm tu.
kadang2 datang bz, sapu sampah pun seminggu skali. hahaha
hasilnya.
huhu... habuk tuuu melekat habis.
puas hati. tak mop pun ok dah, lantai dah licin
tapi jgn lupa spray air kat flat mop ok.
kalau tak spray air, hasil tak mcm ni..
tu aku guna 2 keping kain tu, balut terus then ikat dgn getah je.
flat mop ni fleksible, blh pusing2 batang tu.
senang keja.
ada mcm 2 jenis kat pasaran, tgk kat online tu.
tapi yg murah ni pun dah ok dah pada aku.
ada yg guna jenis blh isi air tu terus. yg tu tak sure lah mop saja or blh utk sapu sampah.
mop sajalah kut..
yg guna penyapu oldskol mcm aku tu, blh la g usha flat mop ni.
kat Mr DIY berlambak.
murah dan berbaloi. hahaha
so far until now, kain dia tu aku tak pernah basuh lagi.
sbb guna kain putih tu, so yg asal blm terjejas and kotor. make sure balut betul2 lah.
so far sgt membantu keja sapuan aku ni.
mak2 ni bercinta ok dgn penyapu ni. dah sapu kang eh ada lagi sampahnya.
lepas sapu, anak mkn biskut tumpah pulak, sapu lagi.
sabar jelah. kalau weekend tu sapu sampah jelah keja ko.
korang guna penyapu cemana?
Tkasih info bermanfaat.
ReplyDeleteCuba cari flat mop yg khas utk wet and dry wipes. Mop tu mcm ada tempat kat 4 penjuru utk selitkan wipes tersebut. Blh beli kat shopee or daiso mop, wet and dry wipes. Harga pun murah. Pakai buang terus.Sgt senang.x perlu basuh dan x rosakkan tgn. Sejak guna ini, saya x pernah guna penyapu biasa dan mop kain lagi.
ReplyDelete