cerita hari Isnin lepas.
ada sambutan Maal Hijrah anjuran Pusat Islam kat opis aku ni.
antara slot dlm program hari tu is ceramah dari PU Hafiz.
so, jomlah kita join.
selalu kalau ada majlis ilmu mmg aku akan join kalau free.
blh kata tiap2 bulan akan ada majlis ilmu.
kadang kuliah dhuha, kadang ceramah @ forum.
kalau kuliah dhuha tu dirog jemput penceramah @ motivator dari Perlis saja.
kalau forum atau ceramah berskala besar, penceramah luar.
utk thn ni yg aku dah join antaranya ada penceramah Dr Robiah, Dr Danial and ramai lagi.
ceramah free, takda kerja yg menuntut yg perlu disiapkan segera so usahakan pergi.
banyak manfaat dan pahala bila kita pergi ke majlis ilmu.
tapi kalau ada kerja yg perlu diselesaikan, ada yg lebih utama so tak dapatlah nak join sebab program ni selalunya hari bekerja.
kena seimbangkan. kena ingat, kita kerja cari rezeki dan tertakluk kepada arahan.
dapat keizinan utk pergi, baru blh pergi jangan main tuang je keja tu semata2 nak pegi dengar ceramah agama.
dah lain jadinya nnt.. dari dapat pahala dah jadi buat salah pulak.
so, back to the topic.
slot PU Hafiz kejap ja. dlm sejam 30minit.
walau masa singkat, tapi penyampaiannya sangat padat dan menarik!
tak sempat ko nak menguap pun.
lawak jenaka dan isi yg nak disampaikan seimbang.
terkesan pada hati. dapat ilmu baru. ada yg tak tahu, ada yg lupa maka kita refresh semula.
Pencutes Ummah @ PU Hafiz.
tajuk ceramah BMF satu hijrah?
tapi dia kupas sikit je bab tu.
isi lain lagi banyak but best. takda melawak kosong.
bergegar 1 dewan gelak bila dia buat lawak, tapi tetaplah ada isinya.
penceramah kalau plain saja penyampaiannya, org mudah jemu.
bukanlah suruh jadi pelawak, pelbagaikan cara penyampaian agar tak boring.
tau jelah org kita kalau bab agama ni, kadang2 kurang mendapat sambutan.
antara perkongsian beliau.
bab sedekah. the powerful of sadaqah.
dan dia jugak share powerful zikir.
ada jugak disentuh bab syiah, LGBT, rezeki dan mcm2 lagi.
pendek kata best!
lepas slot ni, ada penyampaian anugerah Maal Hijrah yg disampaikan oleh our VC.
ada beberapa anugerah hari tu :
- Anugerah Al-Falah iaitu utk agensi jabatan terbaik. yg ni 2 jabatan dapat
- Anugerah Khas Pencetus Ummah. yg ni being to one of our lecturer yg now dah jadi motivator. selalu dijemput bagi talk kat sekolah dan jabatan2 luar dan dlm Perlis.
- Anugerah Personaliti Maal Hijrah : 4 penerima dan semuanya di kalangan pensyarah.
- Anugerah Tokoh Siswa. 6 perima di kalangan pelajar.
- Anugerah Sahabat Pusat Islam . 2 penerima di kalangan staf.
- Anugerah Tokoh Maal Hijrah. to our 1st VC.
dan...
i got one.
Anugerah Sahabat Pusat Islam.
bila tanya pihak yg memberi, why me?
katanya atas sokongan yg aku berikan pada Pusat Islam.
aku dilantik jadi AJK Surau disini since last year.
so, apabila ada apa2 secara tak langsung kita bantu mana yg perlu.
yg bekerja di situ pun kawan2 semua. rakan2 sekerja.
bila diperlukan, kita bantu. dah jadi AJK tu, kena pandai bawak diri.
dilantik bukan bererti beban kerja bertambah, tapi kita blh luaskan kuasa. ehh salah2.
luaskan ilmu, luaskan pemandangan, luaskan skop kita.
takdalah kita cuma buat kerja hakiki.
ya memang akan ada tambahan kerja sebab AJK luar dr opis kita kan? tapi pandang dari sudut positif.
kenapa kita yg dipilih dlm ramai2 org, kenapa kita yg dilantik.
tak salah pun. ikhlaskan hati, so kerja akan jadi mudah.
aku pun bantu mana yg sempat selagi tidak bercanggah dengan kerja hakiki.
tu gambar candid dari kawan di hadapan pentas.
ada official photog kat depan tu.
dah kemain aku pose dgn VC tu. soon nak minta gambar ke dia hehe
bersama semua penerima anugerah.
penyampai anugerah is our VC. ada sekali tu barisan utama universiti.
kawan tlg snapkan.
tgh pose VC lintas hahaha. dah gelabah masing2. dia gelak je.
TQ Allah..
penghargaan yg besar utk aku walau pada org lain takda apa pun.
tak kisahlah.
tapi bukanlah anugerah yg diharapkan dlm kerja ni. tak..
cumanya rasa terkejut bila terpilih.
aku bantu mana yg blh mana yg mampu.
kerja ikhlas tak mengharapkan balasan pun.
dan bukan semua kerja yg kita buat kena bagitau org, this is do, this is my work and so on.
bila perlu, kita bantu. dan bantu sehabis daya, berikan yg terbaik. kalau tak mampu, bagitau.
tu cara aku. takkan aku buat kerja sambil lewa.
tu semua mencerminkan keperibadian kita.
dan anggap ini semua ladang pahala aku dlm mencari rezeki halal.
dapat hadiah plag dan sijil.
Alhamdulillah..
moga dengan penghargaan ini dapat buatkan kerja aku lebih baik dimasa hadapan.
bukan sekadar utk jabatan aku berkhidmat, malah utk seluruh organisasi aku yg besar ni.
pegang pada niat, kerja adalah ibadah kerana Allah..
No comments:
Post a Comment