Thursday, July 03, 2014

Bengkel Bio Terapi Solat

ini kisah lama.
tapi nak sangat kongsi dgn readers semua.
awal bulan Jun, keluar hebahan kat email opis ada Bengkel Bio Terapi Solat.
anjuran Piskanita and Pusat Islam.
baca isi kandungan email, laju2 forward email kat staf berkaitan kat jabatan aku, bagitau nak join.
pada yg tak tau, kakitangan awam wajib hadir 7 hari kursus dlm setahun.
kena cukupkan 7 hari tu.
klau tak cukup tak taulah apa tindakan yg diambil.
klau kau dicalonkan g kursus, asyik tolak pastu tak cukup 7 hari, sesuatu sangat.
tapi klau nama tak tercalon nak g kursus, tu cerita lain pulak.
so, utk bengkel ni dapat 1 hari kursus bagi yg  hadir.
bukan sebab nak cukupkan kursus, tapi sebab tajuknya, so kak yah nak join.
Alhamdulillah, dapat.
bengkel tu on 5 Jun buat kat surau kat kampus tetap.
takda hal sebab dekat je ngan opis.
aku pegi ngan lagi 2 org opismate.

korang klau google bio terapi solat, harus dapat yg ni..
tapi dah lama tak update blog tu.
takpe, isi kandungannya sama je dgn apa yg aku dapat masa g bengkel tu.
yg menyampai is Ustazah Azura from Uitm Arau.
diorg ni ada team sendiri yg membuat kajian tentang solat.
best sangat dengar apa yg dia sampaikan.
banyak ilmu baru yg dapat hari tu.
serius best!
jangan malas, klik blog tu and baca.
aku malas dah nak copy paste kat sini.
better korang baca sendri sebab banyakkkkkkkkkkkkkkkkk sangat yg kita tak tau.
menurut ustazah tu, biasanya dia buat bengkel terapi solat ni 2 hari.
baru dapat buat teori and praktikal betul2.
kami buat 1 day je, dapat la sedikit teori dan sedikit praktikal.
bolehla dari tak ada kan?

banyak yg aku dapat and aku sampaikan pada kawan2, and cuba utk amalkan.
antaranya ialah teknik pernafasan dlm solat.
bagaimana kita mengawal nafas semasa solat.
ada teknik2nya.
bila pernafasan betul , takda la kita mengah masa solat.
kadang2 kita tgk org solat, lajuuuuuuuuuuuu je kan?
pastu bila habis solat, semput kejap.
yelah baca pun laju, pastu tungging terbalik kemain laju mana tak semput ye dok?
padahal solat ni salah 1 senaman ringkas utk kita.
buat betul2, pas solat patut rasa segar kata ustazah tu, bukan rasa penat.

then is bagaimana rukuk dengan betul.
90 darjah selama 15 saat.
haaaa, jgn taktau yeh, ada pengiraan.
ustazah ni cerita, ada somebody ni dia kena buat dialisis.
dah teruk dah, then ada darah tinggi, ada gout and apa lagi aku tak ingat.
aku cerita yg aku ingat jelah yeh.
dia ni buat keja kg, then bila kena dialisis, duk umah je takleh buat keja apa.
so, ada org cadangkan jumpah ustazah ni utk belajar terapi solat.
aku tak ingat berapa lama tempoh dia belajar and berapa lama dia amal terapi solat ni.
lama2 dia rasa sihat, dah takda darah tinggi and gout tu smua.
tapi tetiba darah dia drop sangat sampai kena warded.
rupanya kata ustazah tu, dia rukuk lebih dari 90 darjah.
so, ustazah pantau semula, rukuk dgn betul, darah dia kembali normal.
tak tinggi, tak rendah.
dan boleh buat kerja2 kampung like panjat pokok, menebas dsbnya.
tak percaya?
percayalah..
hanya dengan solat dengan betul.
its about science and Islam itself.

lainnya, is teknik sujud.
bagaimana sujud dengan betul, dahi cecah sejadah and bagaimana aliran darah tu bergerak di dlm otak kita.
melalui semua sel2 yg sangat halus.
klau kita sujud dengan betul, kawal pernafasan dgn betul semasa membaca ayat2 berkaitan semasa sujud, kita akan terasa sedikit pening bila bangun.
klau pening sket tu, maknanya teknik kita betul.
pernah dengar kan ada saintis barat mengkaji kelebihan sujud?
aku cuba buat, sujud dan dahi menampung berat badan kita semasa sujud.
yes, pening.
korang pernah tak sakit kepala sangat, masa solat, time sujud lagi sakit kepala.
rasa mcm nak pecah kepala bila sujud, waktu lain ok.
pernah rasa?
baru2 ni, aku sakit kepala.
masa solat aku tekad nak sujud betul2, nak buat apa yg ustazah tu ajar.
miracle, lepas habis 4 rakaat solat, sakit kepala aku hilang!
sebelum ni, bila sakit kepala, nak2 masa sujud, laju2 je sujud sebab sakit.
tapi bila buat betul2, sakit tu hilang!
serius!!!
selalu kita tgk, atau kita sendri buat is sujud lajuuuuuuuuuu je.
dahi cecah sejadah, eh dah bgn balik.
hahahaha..
celah mana baca doa entahhh..

then is teknik semasa duduk tahiyat awal, dan akhir.
yg ni ramai yg failed.
hahahaha..
kita tak lipat kaki, selalunya hujung jari iaitu ibu jari je yg berlipat, lain2 tak.
sepatutnya, kena lipat semua jari.
bila semua jari berlipat, menurut ustazah tu, ia membantu memecahkan lemak asid urik.
phewwwwwwww..
try buat, berpeluh ok tahan sakit.. hahaha.
sebab kita tak biasa buat, so urat semua keras.
kena paksa, lama2 dah lembut, jadi biasa.

begini..
sakit oi klau tak biasa, tapi klau dah biasa takda hal.
blk umah, bgtau laki, berpeluh2 dia smayang sebab tahan kaki.
hehehehe..
banyak asid urik awak bang..



dah berapa jam dia duk bercerita, jom kita buat praktikal pulak.
buat praktikal ni, baru dapat gambaran sebenar kan?
banyak jugak yg dia ajar walau cuma sehari.
banyak yg kita tak tau, kita tau..
apa yg kita tau, kita belajar dan share dgn org lain.
blk opis harus cerita dgn opismate yg lain isi kandungan bengkel ni.


banyak lagi yg dia share like teknik fokus yg boleh membantu mengurangkan rabun.
bagaimana beri salam dgn betul, pengawalan mata tu.
and ada org yg hilang rabunnya selapas ikut teknik yg betul. so, korang, klik blog tu, baca dan pahamkan..
pastu amal.
Insyallah, ada kelebihan yg kita tak tau..
solat ni dah sah2 kewajipan kita setiap hari as umat Islam.
kita baiki mana yg perlu.
kita cukupkan mana yg kurang.
kita bersungguh dalam beribadah, Insyallah ada hikmahnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...