Wednesday, September 07, 2011

kisahnya sebelum bersalin 2..

masuk wad kali ni ada rasa yg xberapa enak di fikiran aku.. masa yg 1st hr tu, rasa syok sebab bleh rest. kali ni xrasa camtu dah.. masa doc check pg tu, awal2 dah kena berleter.. doc marah la kenapa xdatang semlm masa bby duk mengeras tu ? at least diorg bleh cucuk n tahan aku dr bersalin dlu. katanya klau ada laluan mmg aku kena bersalin la.. adeiiii... dah buat salah, diam jelah kan..

doc check, seluk2 bagai, eh, mcm ada terbuka dah, tapi dlm 2 cm je.. buat ctg, ada contraction cuma xkerap sgt.. oh oh sangat ngeri ok masa tu. cuak gak la aku. masuk wad, kena cucuk kat bontot lagi. cucuk tahan sakit n tahan dr beranak la sebab baru 34 mgg kan..

laki aku xkeja lagi hr tu. dah aku xposa, dia balik amik makanan nk barang sket lagi. barang2 aku mmg dah bawak siap2 dah. dia blk amik beg baby la kut btul dibuatnya aku branak nnt kan. elok jek pas cucuk tu, aku membuta sampai tghr. kan semlm tu aku xleh tdo. bgn mkn lunch, then tdo balik. nurse duk pantau la kut aku ada sakit nak beranak. n sampai mlm, dah xdak contraction..lega rasa.

tengahari tu laki aku g amik umi datang. dia pun cemas gak la kut aku btul nak branak. ptg tu mak pak mertua aku plak mai.. syok eh duk wad, pastu org dtg tgk bawak makanan..hehe
mlm tu, besok, (ahad) n sampai mlm tu, dah xdak contraction n sakit ke apa ke. cam hilang gitu je..mlm tu masa doc check, dia cakap klau xdak apa, besok pagi aku bleh balik dah. tapi klau ada rasa apa2, trus datang spital. lagipun nak raya dah kan, doc kasik balik la. syok la kan nak balik raya. duk plan bagai dah nak g raya mana n nak makan puas2 raya ni..hehe

dan kisahnya bermula pagi isnin tu...

pkul 6.30 pagi aku tiba2 senak perut n berak ceriberi ( cirit ).. pastu pkul 8 lebih, berak lagi.. pkul 10 berak lagi. mcm heran gak, napa leh ceriberi nih. duk salahkan kek k.najah yg aku makan tu manis sangat. ( seb baik sempat mkn kek ni, klau xkempunan den ). time tu dah ada rasa sakit pinggang . tapi xdak rasa baby mengeras ke apa ka..sebab pkul 8.30 pg tu diorg buat ctg skali lagi n xdak contraction pun. so, doc confirmkan aku bleh balik. aku pun kol laki aku n kemas2 barang la. pastu duk baring sementara tunggu nurse siapkan surat utk discaj. pkul 10.30 tu aku senak lagi n sakit pinggang makin menjadi2. masuk toilet xberak pun, skali tgk darah dah turun. darah merah!

kuar toilet, aku dah menggigil dah rasa, panggil nurse bgtau. nurse tu pun cam terkejut2 gak. check perut, dia kata ada contraction. kalut dia amek wheelchair bawak aku g bilik rawatan. panggil doc check, seluk2 bagai dah terbuka 6! omaigod!!! jgn kata aku terkejut, doc yg check tu pun sama panik. nurse tadi lagilah, trus dijeritnya doc yg duk luar tu kata aku dah terbuka 6. habis 1 wad dengar dia jerit. cepat2 diorg tolak aku masuk labour room. tukar baju pun xsempat nak ikat tali tu, diorg suh baring kat katil tu. seb baik sebelum tu aku sempat kol hubby bgtau nak beranak. dan cakap tu jek ngan dia. masa kat labour room, nurse tanya la aku dah kol husband ke blm. aku cakap dah, tapi xtau la dia paham ke tak apa aku kata. nurse mintak no phone dia, aku bleh plak xingat sebab tu nombor baru kan. ntah no sapa aku bg kat nurse tu. tersilap 1 nombor je. kol umah, xjawab.last kol blk kg la. dan cakap ngan umi bgtau nak branak dah. time tu contraction dah kerap dah. sakit tu xtau nak cakap dah. menggagau2 dah tangan aku.

doc ngan nurse kelam kabut la buat preparation utk aku. kena lak aku kan xcukup bulan lagi. diorg panggil doc lain untuk sambut baby aku. memula ada doc cina lelaki duk meh check aku smua. aku duk risau dah, xkan la doc cina ni kut nak sambut baby aku nnt walaupun doc cina tu hensem. skali datang doc ahmad apa ntah, hensem giler meh duk check aku.. oiii, malu siot sebab doc tu hensem..hahhahah..sempat lagikkk!! diorg panggil dia sbb aku premature utk dia handle..pakar la kut.

memula dia nak pecah air ketuban, skali baby dah turun dah. aku sakit xingat dah time tu. dah tarik2 rambut. bernafas pun dah xtentu hala. nak baca fatihah pun aku dah xingat. duk sebut allahu akbar je. siap mengucap bagai. doc tanya aku ada rasa nak teran, aku cakap tak.. dia check, baby dah turun dah n dia suh aku teran trus. tangan aku kan duk menggagau2, doc tu marah la. kena lak aku terjerit sket. dia suh aku pegang kaki, bleh plak aku menjawab cakap xsampai..selamba jek dia tolak kaki aku suh pegang jugak. bila pegang kaki tu mmg lagi mudah nak bersalin n nak teran. doc suh aku teran cepat2 sebab baby aku kan prem, so xleh lama2, kut dia lemas nnt. lagipun baby dah hujung2 dah. seb baik dah ada pengalaman cena nak teran. 4 kali jugakla teran tu, n alhamdulillah, baby kuar. lepas nurse tunjuk baby, dengar dia nangis..syukur.. baby girl..

aku pastu cam terjelepuk, penat ok! time doc duk kuarkan uri tu, aku mcm xdak daya dah. terkejut sebab dah beranak n xdak daya sebab laparrr..duk tgk jek doc hensem tu..hehheheh....

kali masa jahit tu adalah lama gila! apa yg nurse tu buat aku pu n xtau la.. tapi kali ni xsakit sebab dia dah cucuk ubat bius. seb baik. yg dlu tu mmg rasa nak terajang jek doc tu time jahit sbb sakit gila. kali ni xrasa apa2, cuma tang hujung2 tu ada sket2 la rasa tapi stil bule tahan.
pastu nurse kasik aku rest kat katil tu dlu. mmg duk menggigil je badan aku. yelah, dgn penat pas bersalin n dgn terkejut sebab aku dah bersalin! hahaha

macam kartun jek rasa. 10.30 camtu turun tanda, masuk labour room pkul 11.15 kut..11.56 camtu aku dah bersalin. giler cepat! nurse yg duk dlm tu smu duk heran ngan aku. nurse yg duk buat check aku tu lagik la..dlm pada nak balik dah, bule sakit, n branak trus. xdak signal2 dah. seb baik xbalik lagi katanya, klau x, xtaulah apa jadik. pkul 1 camtu br diorg bwk aku kuar dr labour room. tgk umi smua dah sampai. maknjang pun ada. dia duk gelakkan aku. yelah pagi tu aku dah kol bgtau dia aku dah bleh kuar wad, skali xjadi n abah kol dia bgtau aku dah branak. gegas la dia meh hospital. seb baik la time tu time melawat. laki aku pun dah sampai n dah p qamatkan baby.. nak tambah kartun lagi dlm crita branak aku ni, ptg tu jugak, doc kasik aku balik...yahoo2 la aku kat situ. esok nak raya wei, xkan aku nak raya kat spital.. dapat la balik beraya kat umah walau xleh beraya dengann meriahnya pun..ngehngehngeh..

tapi, aku sorang jelah yg bleh balik. baby xbleh lagi, kena tahan kat nicu. yelah diakan xcukup bulan. berat pun 1.8kg jek. frust n sedih giler time tu..tapi, itu yg terbaik utk dia. diorg kena pantau dia dlu. doc cakap dia xdak apa2, nampak sihat cuma xcukup hari jek. nurse tu duk pesan kat aku, klau aku peknen lagi pasni, kena beringat la, sebab dah 2 kali branak prem n mudah sgt nak branak...

sebelum balik ptg tu, aku g tgk dia dlu...menitik air mata..mcm xpercaya aku dah beranak n ada baby. for the 2nd time. and aku berdoa bnyk2, moga2 kali ni tuhan xambil lagi dia dari aku!


gelang kaler pink sebab baby girl.. tu tgk, diorg cucuk utk drip air kat tangan aku, tapi xsempat masuk air, aku dah selamat branak dah..
alhamdulillah, n syukur pada tuhan sebab permudahkan aku masa bersalin. ada org bertarung sakit berjam2 lama utk beranak. aku kejap jek. klau ikut tu, dlm pkul 10 pg tu aku rasa sakit pinggang yg mcm kuat sket. dan lagi 4 minit pkul 12, sakit tu smua dah berakhir. 2 jam camtu jek lebih kurang.. duk tgk org lain, masuk labour room dr subuh, nun maghrib baru kuar. siap bleh tdor lagi dlm labour room. yelah diorg dah terbuka 3, dah kena tolak masuk, aku tup2 jek dah terbuka 6, 20 minit, dah terbuka full, teran, kluar dah..mudah btul..syukur la.. mengandung dah teruk, bila beranak mudah jek..seb baik kan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...