Wednesday, September 07, 2011

kisahnya sebelum bersalin 1..

skang ni aku ada kat umah in law aku..makanya bleh la aku hupdate2 apa yg patut..ada tenet. aku berpantang kat kg,sana xdak tenet..berukband pun xdak line. padahal bukan la hulu sangat pun, tapi napa ntah nan hado line..ada tapi, takat 2 bar..nak tgg loading mau berjanggut..
balik kangar jap nak g tgk baby..lgpun aku dah setel ngurut smua. susu pun dah mencurah2 kuar. alhamdulillah..bleh la hantar kat baby. dengan harapan, cepat la dia bleh kuar dr nicu tu..
eh, asalnya tpo up p1 ni nak hupdate keja opis, tapi hupdate belog dlu..heheh

saja nak berkongsi cerita dengan korang2 smua...---- mcm ramai sgt baca belog engkau k.yah oiii

minggu last sebelum raya tu, aku keja hari isnin je.. hari selasa aku EL..cuti kecemasan. bgn sahur, rasa xsedap badan. rasa lenguh semcam jek kat perut n bawah. ingatkan ok, bangun pagi pun still rasa camtu. maka aku sms kat bos mintak el..xdaya nak g keja kut rasanya. nak bawak kreta lagi kan. so, 1 hari tu aku baring jek. puasa pun x la kan. hari rabu, mmg aku dah apply cuti. nak g klinik, monthly check up. tapi kali ni kena g ptg. pagi tu aku membuta lagi. masih xposa jugak. pkul 2 aku g klinik, pkul 4 dah setel. mcm xcaya plak cepat gila habis check hr tu. org dah xramai sebab nak raya kut. masa tgh check tu, bleh plak baby mengeras. nurse trus hantar aku jumpa doc, suh doc check. doc lelaki, india. bagus gak doc ni. kena lak yg duk tlg dia nurse yg kepoh yg slalu aku jumpa tu. tapi nurse tu adalah baik..hehe.. check2 bagai, doc suh aku g wad bersalin sebab katanya mcm ada contraction. aaaaa....terkejut gak aku, sebab aku xrasa apa2 pun. tapi dlm mgg tu mmg baby mcm kerap mengeras. tapi xdakla kerap sgt, dlm sehari tu adalah 2 kali camtu. dia take note sket kat buku then suh aku g spital. lagipun aku dah 34 mgg dah time tu. aku mcm dlm dilema nak g ke tak.. last, pegi jelah.. sampai sana, pungpangpungpang bagai ngan nurse, panggil doc check smua, dia kata xdak tanda nak beranak pun lagi. tapi tgk kepada history aku yg bersalin awal dlu, so dia suh aku admit wad. diorg nak kasi suntikan untuk matangkan paru2 baby, prepare kot2 aku terberanak awal jugak. hmm....masuk wad? dah doc cakap camtu, lagi ko mau cakap xnak ke? aku nk balik amik barang pun dia xkasik dah, suh masuk wad trus. dia takut contraction tu datang balik nnt. pastu br kol laki bgtau kata kena masuk wad. gegas la mamat tu balik keja meh kat spital. elok aku setel check smua, dia pun sampai. dah dekat pkul 7 dah time tu. suh dia blk amik barang n makanan la..lapar giler dah aku. bule plak pkul 9 lbh br dia dtg hantar makanan. adussss, laki aku..sabar jelah. org dah nak tdo, aku br nak makan..
masa nak checkin tu doc dah bgtau nak cucuk ubat utk matangkan paru2 baby. kena 2 kali cucuk n tempatnya adalah di bontot! dan sakitttttttttttttttttttttttt..haha.. duk dgr org crita kata sakit, n mmg sakit. lenguh jugakla bontot tu. cucuk mula pkul 6 ptg camtu, 2nd pkul 6 pg besok.. pkul 4 camtu aku dah bleh discaj..dah xdak apa2 dah katanya. yg paling best, doc kasik mc sampai isnin, sebelum raya tu...heaven ohh..

syok ek duk spital time camni.. perut aku idok le besar mana, tapi letih, sengkak tu ya allah..so, bila duk spital baru lah bleh rehat dlm erti kata sebenar kan..yelah tidor jee..best la kan..heheh

balik umah, bule rest sampai raya. aku dah beli baju baru utk pakai raya. hari jumaat tu aku basuh la baju2, tudung2 smua.. pastu membuta sampai ptg. cadangnya nak masak utk berbuka sebab xposa, tapi bila ptg rasa balik lenguh2 mcm hari selasa tu. jadiknya, aku tdo jek sampai laki aku balik keja. kol bgtau duh beli jek lauk utk berbuka..
mlm tu kami tdo lambat.. laki aku duk surf tenet cari cara2 nak qamat baby.. hahahahah..ngeng btoi! padahal yg dlu dah penah buat, saja nak kepastian katanya. pastu duk bergaduh nak buh nama baby..
dan mlm tu, sampai ke subuh aku xleh tdor. sebab baby mengeras dengan kerap. tapi aku xsakit pinggang apa pun. elok je cerah, laki aku ajak g spital trus. duk kena marah ngan dia sebab aku xnak g spital. aku xrasa cam nak beranak pun, cuma baby duk mengeras kerap je. pkul 7.30 pagi dah sampai wad bersalin. dan seperti dijangka, aku kena admit wad lagik...

critanya... sambung next entry yeeee

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...