Search This Blog

Loading...

Friday, July 19, 2013

Nasi ayam lagi..

dah pass masak nasi ayam for the 1st time, moh kita try lagi and buat penambahbaikan sket  yeh..

ni utk berbuka hari ahad lepas, puasa ke 5. pagi ahad tu, otw balik dr umah abah ke umah aku, singgah pasar dlu. beli barang nak buat nasi ayam. kali ni bahan smua ada. baru syiokkk..

ptg tu, pas asar mula lah pungpangpungpang kat dapor. ayam tu dr pagi aku dah rebus. so, mudah keja. pasni klau malas, buat je nasi ayam. sebab 1 lauk je kena masak... kekeke..

dah siap masak, call laki cakap jgn beli apa2.. bini dah masakkkkk. eksyen kemain. sementara tunggu berbuka, kita lipat kain dlu yg menimbun2 tuhhh..


eh, kali ni i confident sket, siap hantar mangkuk tingkat kat mak mentua tauuuuuuuuuuuuuuu..
confident habis, padahal xtau apa rasa. nasib la.. klau tawar tu adatlah kan.. puaseeee

jommm tgk nasi ayam kak yah version 2 yg mabeles nihhh..



taraaaaaaaaaaaaaaaa..
mahap la gambar xclear pulok. almaklumlah.. ambik gambar dah tinggal hujung2 nak berbuka. tangan pun gegor semacam jee.. lapar oii

tu ada kurma daging dari mama. pastu ada goreng pisang dgn dadih also dr mama. tapi star of the day adalah sambal bilis. ehh? kenapa bukan ayam ehh?


ayam madu, hitam2 pun sodappp yeh. bawah, pelakon2 tambahan dlm nasi ayam. presentation tak agak2. susun2 bagai tomato ngan timun, skali amni cepuk, dah tak tersusun. sebok je dia nak tgk pokok bunga (salad tuu). sabar jela. next sup ayam. tawar sket, tapi dicover oleh ayam dan sos yg cukup rasa. hihihi.. then aku up sket, buat sambal ikan bilis. sedapppp..


pastu ada penambah selera sket hari tu. maklumlah, hari cuti, kadang2 mood terlebih lebih2 sket. maka bolehlah masak dengan hati yg gumbira..


puding roti yg enak dan menyelerakan.. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..
eh betul yeh. laki aku mana suka puding, kek ke apa tu smua. klau aku buat, dia jamah semulut 2 je, lebihnya aku la telan. tapi yg ni dia kata sodappppppppppppppppppp.. siap suh buat lagi. bangga sekejap isterimu ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...