Monday, July 22, 2013

Bandung | Day 1

hari pertama kat bandung, semangat tu toksah crita la kan? pas subuh, tdor kejap, pkul 8 camtu memasing dah siap2 dah.
perut pun dah lapar, so, kita break1st dulu. hotel yg kami stay ada break1st. walau cuma hotel bajet, tapi boleh laaaa..

break1st pun sedih la jugak, tapi iolls ok je. pagi tu ada bihun goreng, kuih apa ntah sedappppp, kami duk ulang2 makan sampai lupa org belakang.. hahahaha.. mcm tepung gandung+jagung+telur then goreng. ranguppp. pastu ada roti then air panas. tu je. makan pun kat lobi hotel je. diorg letak meja bulat tu 2 bijik, pastu kerusi dlm 10 bijik camtu. gilir2 la makan. org malaysia je yg ramai pun.. hehe


di depan hotel. namanya hotel unik. unik sangatttttttttttt.. nak guna hot shower, buka paip, tunggu 10mnt ke camtu baru air panasnya muncul. 1st day sampai, xtahu cara gunanya camtu, menggeletor le masing2 sebab pagi2 mandi air sejuk. dah la cuaca pun sejuk semacam..
asalnya, kak ieja booking family room. nak ambik 2 bilik mcm rugi je sebab pegi bertiga. xkan aku nak duk sorang2 kan? rugi bayar. duduk jelah sebilik. lagipun abang ngan akak aku tu bukan bule buat apa pun.. datang bulan... muahahaha... end up dapat standard room tapi deluxe. family room habis. pffffffffff... so, menjawab la aku tdor atas tilam je sebab tambah extra bed. boleh la. lagipun nak tdor je. siangnya pegi jalan kan?


teknik bergambar utk nampak kurus ialah berada di belakang orang dengan menyembunyikan badan sendiri.. dan berhasil yehh


selesai makan, call supir bgtau kami dah ready. sementara nunggu pak andris (supir) datang, moh kita jalan2 kat depan hotel.
destinasi pertama ialah kartika sari.. weeehooooo... oh ye, hotel unik ni bertentangan je dgn kilang kartika sari yeh. kilang yeh, bukan takat kedai... masuk, tengok2, mmg napsu membuak2 nak beli. murah btul brownies dia. ini mcm kewajipan la klau dtg bandung. harus beli buat ole2..
tapi kami blm beli lagi. nak balik malaysia karang kita borong ehh..


okess.. destinasi utama hari tu ialah pasar baru. dengan hotel kami tu xjauh pun. datang bandung tak pegi pasar baru, mmg rugi sangatlah. pasar baru ni jual mcm2. kain pasang, kain batik, telekung, tshirt, curtain, beg, perhiasan, mcm2 lagi. tempat ni besar nak mamps. klau ikutkan tak cukup sehari ko tawaf sini. 8 tingkat katanya tak  masuk ground floor. luas tu, sket lagi nak sama besar padang bola. gitewww. boleh sesat woo..

misi utama, nak cari curtain. kak ieja nak bli curtain. memula pak andris bawak g kedai jual tshirt bandung. dia bawak g kedai murah katanya. kedai tu jual utk retail jugak uk pemborong, thats y murah. so, kami bli situ jelah. malas nak pusing2 sebab besarrr and ramai org. pilih situ cukuplah. sama je ngan kedai lain. bezanya sini murah sket. tapi kualiti kain tu xdak la gah sangat. so, beli jelah utk ole2 kat family. setel beli tshirt, g carik kedai curtain. rambang mata tgk curtain, cantik2 and murah. akak ngan abang aku lepak situ mau 2 jam kut. aku ambik kesempatan jalan2 dlu. carik kain pasang. sempatlah rembat 3 pasang. tu je kain pasang yg aku beli. bila pikir2 balik ,aduhaiii ruginya beli sikit. pasar baru tu besar yeh. kat level ni jual lain, level sana jual lain. dah nak blk nampak kedai kain kat level brapa ntah punya la cun2.. tapi xbeli dah sebab napsu dah xda.. hahaha.. lawa dan murah. kain2 lace tu toksah cakap la. ramai gak org malaysia duk beli. nak buat baju kawen la kan?

pusing2 cari yg dikirim dulu. mak aku kirim kain batik dgn telekung. adik aku nak blouse. setel yg tu, baru beli utk diri sendri. kat pasar baru ni bawak la duit banyak mana pun mmg xcukup. semua ko nak beli. kain2 mmg murah la. dah murah lawa plak tu. jubah, blouse, fuhhh.. tapi kena pandai pilih yeh. klau tak, mmg nampak2 la ko pakai baju indon. tak pun silap beli, boleh nampak mcm bibik. bahahah... tawar menawar kena pandai. klau tak, jadik lagi mahal. duit diorg pun kena hapal. aku dah instal currency conveter siap2 kat hp, so senang. xpayah nak bawak list money exchange panjang berjela dah. yg sakit hatinya, bila kita minta kurang, diorg kadang2 cebik2 mulut siap cakap, malaysiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. pehhh. kuangajar kan? mmg la kita mintak kurang, tapi toksah la nak kutuk2. klau tak kerna kami yg banyak membeli kat sini, korang pun teruk kan? mintak kurang sket dah cebik2 mulut. trus mati napsu nak shopping. puiii..

manusia ramai ya ampun. sesak, padat! aku klau ramai2, pastu banyak nau kedai, jadi xtau nak beli dah. jumpa kedai, nampak berkenan, tawar lebih kurang, ok beli. malas la nak survey2. cukup utk family smua, rembat la sket2 utk diri sendri. peniaga2 kat sini, klau yg makcik2 pakai tudung labuh tu ok la jugak. klau yg budak2 tu, hoii kuangajar jugak la sket2. pekik2 je kita. sampai aku bli jubah tu silap saiz. menyampah nak beli.

setel kat pasar baru dlm pkul 2 lebih. mengigil2 perut sebab lapar. pak andris siap tdor dlm van tunggu kami lama sangat. dia 2,3 kali ulang naik ke parking hantar barang..


dibawaknya kami lunch di sini. Kedai belacan. cantik jugak restoren ni. ada kolam lagi kat dlm. sejuk je tempat dia. masa order, aku siap pesan suh cepat sket masak, lapar sgt dah ni.. kami order yg recommended kat situ. abang aku nak ikan gurami goreng. sana glamer la ikan gurami ni. ingatkan ikan apalah, rupanya ikan kaloi. aku memula xtau. klau tau mau aku himpun tulang ikan tu bawak balik tanam.. haha. kitaorg order ayam belacan ngan udang telur masin. boleh la tahan, dah lapar, sebat licin..

dah kenyang, destinasi seterusnya, factory outlet.. yeehaaaaa..

tak ingat plak aku sini jalan dago or setia budi. dah lama sangat dah.. sepanjang jalan tu f.o jelah. pilih je mana nak masuk. harga bule tahan la. rasanya smua org dah tau f.o kat bandung ni kan? kami masuk banyak jugak f.o, tapi xbeli apa2 pun. ntah la aku xberkenan sgt. baju2 perempuan bnyk jugak, tapi xminat ah. banyak yg tgn pendek and kain jenis nipis tu. xsuke... singgah parfume collector. kak ieja borong banyak. ater, murahhhhh. aku beli 4 botol je. kluar masuk f.o, 1 apa pun tak beli. sronok jalan, tgk org.

dah banyak jalan, lapaq pulok. beli pisang keju kat tepi jalan. brapa ntah harganya, 2 ringgit kut. sedap la jugak sebab lapar. pisang goreng tanpa tepung, pastu letak cheese, gula, susu, then choc rice.  pastu makan eskrim potong pulak..

oh, aku dgn abang aku tumpang smayang kat f.o. bagusnya diorg ni setiap kedai ada surau. cukup time smua naik sembahyang. pakai seksi, tapi solat. ok la tu kan? hehe

setel pusing2 sini, dah mlm, ajak pak andris pegi toko 3.. nak beli jeans pulak.


segala maknek jeans ada. pilih saja. org penuh kat dlm tu. and yg ramai of coz la org malaysia.. hihi.. berebut2 nak masuk fiting room. sabar jelahhh..


done! kak yah rembat levis selai. muurah oi. baru seratus. klau kat malaysia, mau 300 kut. beli, test, potong kaki siap. tunggu lama pun xpa, sebab dah niat nak beli. tudiaa, sampai pasang niat.
eh, yg duk menonggek tu bukan aku yeh. xtau lah mamat tu, lama btui menonggek, xletih kee?

f.o smua tutup pkul 10 mlm klau xsilap. kami  kat toko 3, sampai kedai nak tutup dah. selesai beli, pak andris bawak g makan. dah jalan banyak, lapar la kan? bgtau dia nak mkn ringan2 je, disajesnya ayam penyek. boleh la...

kecik je restoren ni. katanya sedap dan murah. makan kat sana, xdak la murah sgt and xdak la mahal sgt. kat kedai ni nasi ayam penyet dlm rm7 sepinggan. boleh la...


tempe dia xsedap! goreng tebal and minyak bnyk. aku buat sedap lagi. nasi ayam penyet tu boleh tahan la.. mlm tu kitaorg ajak skali pak andris join. malu2 dia, last2 ikut jugak. bagus jugak supir kami ni. hormat customer dia. sambil mkn, sambil gebang2. dia duk crita kisah dia dulu2, susah and now senang sket sebab boleh buat kreta sewa. aku tanya la dia, slalu tgk dlm sinetron org indon ni klau susah tu susah sungguh, pastu kena hina dgn org kaya. dia kata mmg ada mcm tu kat sini and dia sendri dlu mcm tu. kena hina sebab miskin. dia usaha, usaha dan usaha, now hidup dah senang skit. aku  kata dia lagi kaya dr kami. van ada 3 bijik, ada rumah  smua beli cash. kami ni ada kreta smua hutang. konon keja mkn gaji, mcm banyak sgt. dia lagi banyak duit pe dr aku sebab xdak hutang.. hahaha

dah kenyag, moh le kita beransur. balik hotel, masing tekelepet letih.mana taknya, seharian ukur jalan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...