Thursday, July 25, 2013

Untuk pertama kali, semua makanan habis licin masa berbuka

hari isnin lepas, untuk pertama kalinya, smuanya habis licin dimakan masa berbuka.. rakus btoi laki bini makan. muahahaha..

menu seperti diatas. tiada lauk tambahan. smua masak kecuali kuih. tu kuih feberet aku tuh. jannah, opismate aku kata mcm org tua2. makan kuih org tua. hoihhhh.. bengkang ubi kayu tu sedap oiiii.. nak2 klau bakar pakai dapur arang. yg hangus hitam2 tu la yg sedappp..


masa kat opis, siti bgtau dia buat masak lemak ikan gerut. dah kecur2 air liur. blk keja, singgah pasar mlm beli udang. nak buat masak lemak jugak.. beli udang, beli ikan bawal. sekor singgit ikan bawal eh.. mahai! kami laki bini, klau masak lemak udang or ayam je. lain2 tak berapa nak jalan sgt.

buat masak lemak udang+tomato, goreng ikan bawal garing2, telur masin + sambal belacan utk berbuka. huiiiiiiiiiiiiiiii.. bersilang tangan laki bini makan. 1st time smua habis. nasi pun habis.. dasat2.. ikan bawal tu star of the day. aku beli yg kecik2 je pun. goreng dekat2 nak berbuka, garing2. makan panas2 dengan sambal belacan mmg sedap lah.. tinggal tulang je, kepala pun laki aku sebat.

alhamdulillah, tak membazir sangat puasa kali ni. balik keja, laju2 masak utk berbuka. simple2 pun klau lapar, mmg setel la kan? hihi..

ikan bawal ada lagi dlm esbox. nak buat bawal 3 rasa pulak lah pasni. jap nak google.. muahahahaaa..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...