Manakala, bagi 660,000 pesara kerajaan, mereka turut menerima Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 sebagai menghargai jasa golongan berkenaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan di sini, semalam berkata pembayaran kedua-dua bantuan itu dibuat pada 31 Julai ini. Menurutnya, pembayaran bantuan penjawat awam membabitkan peruntukan RM670 juta, manakala bagi pesara kerajaan, ia membabitkan RM165 juta.
Dalam pada itu, Najib berkata, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini.
Menurutnya, langkah itu susulan penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.
Katanya, pembayaran KGT ini membabitkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.
“Faedah ini diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini,” katanya.
Najib berkata, kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya.
sumber
aiyoyoooo.. jom lompat bintang.. miahahahak..
semlm berbuka umah ayah (pak mentua). dah makan duk pakat ralit bersembang, xdgr sangat berita kat tv. dengar hujung2 je. pak mentua buat kesimpulan, dapat bonus sebulan gaji. org pencen dpt 500. wohoooooooo.. nak senyum pun xtau cemana dah masa tu. hati manyak syok wohhh..
pastu tgk kat FB, rupanya dpt 500 je and org pencen dpt 250. frust :-(
tapi bersyukurlah dapat jugak ye dok? dari tak ada kannnnnnnnnnnnnnn.. sapa je saja2 nak bg duit kan?
mekasih kerajaan!!
No comments:
Post a Comment