Tuesday, November 12, 2013

Bekas rempah, kunyit, garam...

tengok ke blog aty, dia buat entry pasal bekas rempah.. meggedik kak yah nak buat jugak.. hahaha. plus ada entry khas pasal dapur di Susun atur Sioca. sesapa suka kemas umah, deko umah, susun atur umah, sila ke blog2 tu. sure korang seronok.. hihi.. kak yah punnnnnnnnnnn..

nak share jugak cara aku organized bekas2 rempah, garam, kunyit smua tu..
bila tengok kat entry kawan2 lain pasal dapur ni, mostly guna bekas rempah mcm tu. alaaaaa, korang2 kat kl mesti beli kat Ikea kan? aku beli kat sini jelahhhhh. hehe..


see? sama je kan? hehehehe..
botol kaca tak berapa nak bulat tu la yg  ramai sgt mak2 guna. kena la dgn nak  isi rempah ratus tu.

ni atas kitchen kabinet aku lah. depan tu sket, dlm sekaki camtu, ada dapur.
paling kiri, bekas bawang, tupperware. ada 2, atas bawang merah, bawah bawang besar and bawang putih. 2 bekas kat atas tu, 1 ada cabai kering, 1 lagi ada rempah kari daging, rempah sup and serbuk kunyit. baki dari yg masuk dlm bekas. now dah tak letak situ, dah masuk bekas lain, simpan tempat lain.
haaa, kat rak hijau tu, rak ajaib aku. hehehe..

jom zoom in sket.


atas, 4 balang kaca tu, isi garam kasar, garam halus, kunyit and kunyit+garam halus. aku slalu gaul sesiap kunyit ngan garam halus utk buat goreng ikan/ayam. senang. nak guna, ambik yg tu terus, xpayah nak campur2 dah.
rak bawah, bekas rempah ratus lah, kulit kayu manis, lada hitam, bunga lawang ngan lain2 la.. dlm bekas putih tu, aku letak asam jawa. yg tu aku guna utk basuh ayam je. utk masak, yg lain, duk dlm peti ais. pastu ada serbuk lada ngan perencah tomyam. tu kadang2 duk situ, kadang2 duk dlm peti ais. ikut mana sempat. hahahaha..

macam2 cara mak2 smua simpan bekas kaca tu kan? ada letak kat rak, gantung. ada letak dlm drawer, ada letak dlm kc. aku malas, letak situ je. nak masak, senang nak capai. kc aku ada 3 drawer je, dah penuh isi menda lah lain. lagipun anak dara aku tu suka sangat buka drawer. kang nampak bekas2 ni smua, dia ingat apa, buat main pulak. letak atas, susah dia nak capai. setakat hari ni, kena gak la tempias minyak tu, tapi tak la teruk sgt. terkawal.. hehe..

aku cadang nak tukar rak hijau tu. blum jumpa yg berkenan di hati. tengah carik lagi. lagipun rak tu dah pakai dekat 4 thn dah.. lama dah tuuuuuuuuuuuuu.. hihi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...