nak tanya mak2 sekalian.. cemana korang urus baju bajan kat umah?
klau takat tinggal berdua, takdak hal la kan?
klau anak sekapal?
haaaaa. camno??
aku yg 3 beranak ni pun, kadang2 huiiiiiiiiiii.. penat lahai basuh baju, lipat baju, simpan baju...
letih woooooooooooo..
aku suka basuh baju sebab bukan aku yg basuh. mesin yg basuh.. wahahah. ok tak kelakar.
aku suka sidai baju.
sebab bau baju yg baru basuh tu, wanginyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
cakap la sabun jenis apa, softener apa, semua aku cuba nak cari mana yg serasi. hehehe...
now aku sedang becinta dgn sabun brand top and softener comfort. before this softener downy. lama aku pakai downy. masa mula2 jumpa dulu, aku beli kat siam. masa tu kat malaysia pun tak keluar lagi. wangi sangat. yg botol pink tudung biru tu. ada aku blogkan masa mula2 guna dlu.
dulu2 mmg betul wangi tu tahan seminggu. now, 2,3 hari je. agak lama simpan dlm lemari, nak pakai, baju dah tak wongi. so, kita tukar. skang ni aku guna comfort, yg kaler merah tua. malaysia takda, siam je ada. wangi sangat. hihi..
sabun kita statik dgn top buat masa sekarang. sebab kelebihan yg dia ada. klau hujan, baju tak busuk. aku klau basuh, pastu hujan, baju busuk, aku basuh lagi skali. baju klau tak kering betul, tak kena panas cukup, busuk kan? tapi klau top, baju korang tak busuk. lagi 1, top kan anti hama? so, ada anak kecik, sila consider. hehe..
setiap minggu ginilah..
ni hari sabtu. hari ahad, ada sebakul lagi.
rutin basuh baju aku start jumaat mlm lagi. selalunya klau takda apa2, jumaat mlm aku dah start membasuh. aku basuh baju kerja dulu. dari dulu2, memang aku asingkan baju kerja dgn baju harian. baju kerja ni klau aku baju kurung la, pastu kemeja suami. klau ada blouse pun aku basuh skali. baju2 ni slalunya kain lembut kan, pastu ada yg bermanik2, so nak basuh pun kena hati2. dulu2 aku hand wash smua baju2 kurung tu. sekarang, tak kuasa laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. semua ku lempar masuk mesin basuh. hahahahaha.. tapi aku guna beg khas tu lah. gulung2, masuk dlm beg dlu baru masuk mesin basuh. kang terputus pula manik2 tu smua kan? basuh pun sikit je, bukannya kotor pun kan? takat peluh jelah..
baju2 tu aku sidai mlm tu jugak, sidai dlm umah je. sementara nak tdor, buka kipas kejap, esok pagi kering la baju tu. bukan tebal pun kan?
so, on saturday, aku basuh baju harian pulak. kadang2 basuh telekung, tuala, cadar, selimut semua. so, tiap2 minggu, memang penuh la penyidai aku.
baju amni aku basuh hari ahad. takmau berebut penyidai. hehehe...
so, hari ahad, adalah hari melipat kain. sekali lipat, mau dekat sejam kadang2. kebas 1 badan. sabau jelah..
hari isnin, lemari semua kemas jeeeeeeeeeeeeeee. mak adalah seronok.
on weekdays, hari rabu, aku basuh baju harian kami laki bini je. klau tunggu sabtu baru nak basuh semua, letih wooo..
so rutin basuh baju aku begitulah setiap minggu. rabu basuh baju hari2 tu, kering, lipat terus. klau rajin masuk lemari terus, klau tak, duduk diam2 dlm bakul dulu. hekhekhek...
sabtu ahad, basuh semuaaaaaaaaaaaa baju. pastu lipat.. gitulah tiap2 minggu. never ending work.
seronok bila dah jadi gini.. selepas bukit kain diruntuhkan.. heheh..
aku klau lipat kain cerewet jugak. seni lipatan tu kena ada. semua kena kemasssssssssssssss.. senang nak susun nanti kan?
kadang2 kerja lipat melipat ni terganggu jugak.
sebab?
cik kuntum ni lahhhh..
kenit ni bukan bule tgk aku buat keja. dengki.
nak susu la, nak air la.. pastu duk bertempek jeeeeeeeeeeee atas riba. acaner nak lipat kain?
sabaq jelah mak hang ni nak oii
No comments:
Post a Comment