Friday, November 08, 2013

Perkembangan Amni Maisarra 1

dah lama perap entry ni. bersambung2 taipnya, since bulan ogos nun. maka marilah kita update. taip sikit2 lama2 jadi bukit. eh? hehe

amni now dah 2 tahun 2 bulan ++.. besar dah anak mama. nak big girl, dah bijakkkkkkkkkkkkkk sangat.

1st ni nak cerita perkembangan fizikal dan mental. blh gitu? pasni akan ada part 2,3 dan maybe seterusnya.. giteww.. senang mak nak refer nnt bl anak dah ada 2,3.. hahaha


syukur alhamdulillah. walau Amni lahir tak cukup bulan, sepanjang 2 tahun usia dia, dia sihat2 sahaja. demam ada sekali 2, tapi tidak serius. batuk selsema ada jugak menyerang, tapi terkawal. tak ada kecederaan atau penyakit apa2. syukur alhamdulillah sgt! aku risau jugak bl tgk ada kelainan pada dia. risau oi sebab dia tak cukup bulan. selalu kan org kata budak tak cukup bulan ni mudah kena penyakit sebab antibodi badan tak cukup kuat. that's y aku tak perkenalkan amni kepada dunia luar terlalu awal. bukan bajet anak artis yehhh...
seingat aku, usia dah 6 bulan, aku tak pernah bawak dia pegi pasar malam. kalau pergi, sorang je turun, sorang lagi tunggu amni dlm kereta. bawak dia keluar pun g klinik/hospital, blk umah mak aku atau g umah sedara. nak ke tempat2 yg ramai org memang tak. tak berani. and kesiankan dia jugak. kang asap rokok, udara ntah cemana, takut dia tak selesa. dlm kepala otak aku, dia tak cukup bulan, so kena care lebih sikit. dan alhamdulillah, perasaan dan ketelitian aku tu membantu tumbesaran dia dgn baik. syukur! tengok kepada dia sekarang, macam tak percaya dulu lahirnya di usia 35minggu dgn berat cuma 1.8kg... anugerah tuhan yg terindah utk kami.


perkembangan paling dasyat adalah mulutnya yang bercakap tak benti!
hoih.. letih mak nak melayan nak oii..
tapi disebabkan anak, dah ada 2,3 beranak ni je kat umah, mak layan jugak lah.
paling membanggakan, amni cakap terus yeh. tak da pelat2. ada la sket2 tapi tak banyak. so far, blh paham apa dia bgtau. umor baru 2 tahun kan? what to expect ye dok? dgn umo 2 tahun bila dia bercakap lancar, dah pandai susun ayat, mama is very proud of u lah amni!

rasanya amni blh bercakap cepat ni hasil dr pengajaran secara tak langsung dari org sekeliling jugak.  masa umo dia 3-4 bulan camtu, dia tak ramah sgt. jiran sebelah umah ckp amni berat mulut. sentap iolls. nahhh, skang ni ambik, cakap tak benti. hahaha

masa dia kecik2 dlu, aku selalu bercakap dgn dia. masa umo dia 6m, mana la dia paham kan apa kita ckp. tapi aku cakap jelah. nak2 bila aku duk berdua ja dgn dia. aku cakap jelah apa2. masa dlm keta otw blk umah pengasuh pun aku cakap je dgn dia. kadang2 aku pesan kat dia pagi2 masa nak g umah pengasuh. like 'amni nnt behave ye duk umah tok. jgn nangis, tdor, duk baik2'. gitulah pesan hari2. then dia pun ok. klau ada hari aku tak pesan, ada mcm ek ek sket la. paham eh?

kena pulak org sekeliling dia pun rajin bercakap. g umah tok, smua og bercakap, duk dgn pengasuh pun bnyk mulut jugak, so dia pun cepatlah blh cakap.
dah cepat bercakap, lancar pulak tu. seketoi2 kluar dari mulut. susun ayat dlu ada gak yg terbalik, but now is better. cuma bila kalut2 nak bercakap tu, ada gak la berteraburnya.
sometimes ada gak pelatnya yg tak paham, tapi bila dia buat ayat, so mak dengar and pahamkan apa yg dia nak sampaikan. apaknya ja kadang2 lambat pick-up sket. anak beriya duk cerita, dia haram tak paham. pastu anak ulang balik. kahkahkah...

now, dia dah blh bgtau dah like :

"meni pakai baju kembang kaler melah(merah)."
"meni tgk katun pebob(spongebob)."
"meni nak ayaq kosong".. and mcm2 lagilah.

pendek kata, dah blh buat teman borak. kadang2 org pun tak percaya dia umo 2 tahun tapi cakap dah lancar..
sometimes ada je ayat dia yg dia nak bgtau, tapi dia taktau nak cakap. pastu dia bantai je apa. jenuh mak nak pikir apa la yg ko nak bgtau. bl dia bercakap sesuka hati tu, memang pastu aku bantai gelak je lah kan? "mama main kiki kash".. apadiaaaa Amni? candy crush okehhhhhh! hahahaha

now aku dah boleh bg arahan. like minta ambil remote tv, lepas minum susu letak botol kat dapur, nak g mandi, baju busuk masuk dlm raga, and arahan mudah2 la.


dah blh kenal benda/orang. 1st time jumpa org yg dia tak kenal, bgtau ni sapa, 2nd time dia blh bgtau tu sapa. memula jumpa, jgn kata tegor, tgk muka pun tak blh. dah lama haaaa, blh ikut balik umah. hari ni ko tunjuk 1 benda baru kat dia. ulang2 cakap, esok ko tanya, dia dah ingat and blh bgtau blk apa dia benda tu.
slalu bl tgk tv la. dia lagi suka tengok iklan. kartun, layan 5 menet je, pastu blah. ada iklan colgate ngan budak2 tu dia suka la. iklan budak2 mmg dia suka nak2 baby. so bgtau, tu ubat gg, tu doktor. esok ada iklan tu dia pulak bgtau kat mama tu doktor tu ubat gg. iklan2 lain pun sama. yg menarik perhatian dia, aku bgtau la tu apa tu apa. mula2 nganga, dengar je. esok dah blh sebut. gud girl!

di umur sebegini, dia belajar dari apa yg dia lihat. so, janganlah nak buat apa2 yg  tak elok depan dia. nak cakap apa2 pun, kena hati2. tau2 keluar je dari mulut dia. beware yehhhh.. kadang2, apa kita cakap dia dengar, dan2 tu jugak dia ikut. padahal dia tak tau pun apa kan?
pernah dia cakap aku, pastu cakap bapak hang. hoihhhhhhhhh, tokojoit mak kau nak oiii. mana kau dengar ni?? so, cakap elok2 la depan dia. kadang apak dia gosok2 badan aku ke, pastu dia pun buat la sama. dah pandai bila kita cakap mama lenguh, picit jap kaki mama. meh la dia kedek2 picit2 and gosok2 kaki ni haaaa. sweet sangat.. hehe

sometimes ada je kerenah dia yg kita tak jangka. yang kadang2 blh buat mama gelak guling2. dan kadang2 bule buat mama sakit jantong. hahaha. dia tgk apa kita buat, apa org keliling buat, then dia apply. kadang2 dia ikut apa yg dia tgk dlm tv. so, bila ada ja benda baru yg dia buat, mama excited giler. takdan papa balik, dah call bagitau.

now nak tdor kena ada mama. kadang2 je kut dgn papa. sebab nak bergentel, nak bergosok, nak meraba mama. sabar jelahhhhhhhhhhh. sebelum tdor, minum susu, tangan duk gosok2 lengan mama ni. pastu raba2 siku sampai ke ketiak. geli, tapi tahan jelah. dah lena, ok lepas. tgh2 mlm masih mengigau. tak kena gaya mengigau, tetiba bgn bercakap. pastu tdor blk. dasar banyak mulut, tengah tidor pun nak bercakap. klau mengigau, skang ni panggil mama, selagi mama tak peluk, tak bersuara, menangis sampai ke sudah. dgn papa tak layan. kadang2 stress jugak bl pagi2 tu. kita kalut nak siap g keja, dia nak mama nak mamaaaaaaaaaaaa. kat papa takmau!


sekarang suka pakai tudung. mama suka! awak comel sangat..
moga Amni terus membesar jadi anak yg baik, yg dengar kata mama, jadi anak yg bijak, yg solehah, yg sihat tubuh badan, jauh dari malapetaka, bencana dan penyakit merbahaya. moga Amni murah rezki dan dipermudahkan semu urusan. ailebiu anak!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...