Search This Blog

Loading...

Wednesday, December 11, 2013

Ayam goreng kunyit

laki kak yah ni hantu ayam. klau masak lauk ayam, huiiiiiiiiiiiiii, sampai ke tulang dia belasah okeh. ehh, klau masak lauk lain pun gitu jugak kut makannya. takda menda kut yg  tak makan laki aku ni. masak la apa pun, janji nasi, haaaaaaaa, setel!

tapi kena dgn selera jugak la. dia ni hari2 nasi pun takpa. aku la pulak cemuih. kadang2 nak jugak makan lain kan?

aku klau malas nak pikir nak masak apa, nak senang, aku buat je ayam goreng kunyit. 1 lauk tu cukup dah. nak lagi senang keja, aku campak skali carrot or apa2 sayur yg sesuai. senang keja mak incik kannnnnnnnnn?


nahhhh..
ayam goreng kunyit versi kak yah.. kehkehkeh..

cara? alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiii, sonang yooo...

slalu aku goreng dlu ayam tu. potong kecik2, gaul garam kunyit, kunyit lebih sket pastu goreng garing. toskan letak tepi.
minyak yg sama,klau bnyk, buang sket. tumis bawang merah, bawang putih, halia, cabai melaka. agak kuning, masuk cili benggala klau nak. aku suuuuuuuuuuuuka letak bawang banyak2. klau nak masuk carrot ke, kacang buncis ke, lempar masuk skali.
tengok bawang dah garing, tutup api.
pastu cedok, tuang masuk dlm ayam tadi. minyak ambik sket je ehh.. not god banyak2 minyak tauuuu..

makan dengan ulam timun, cicah sambal belacan.. perghhhhhhhhhhhhh, apa nak kata. habis nasi seperiuk habaq hang...

aku masak gini jelah klau malas. laki aku tu mudah, lauk gini pun dah bertambah2. Amni pun blh makan. kadang2 taruk kicap sket, tapi laki mak incik tak suka kicap.. :-(

kak yah tak lalu makan klau takdak kicap..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...