Minggu lepas, aku kemas dapur sket. malam okeh.. bila mood nak kemas tu datang, tak kira masa. klau malam pun kena on jugak sebab klau tunggu siang esok kebarangkalian mood rajin terlebih tu hilang.
terasa macam jemu tgk susun atur kat atas kc. terasa nak ubah, so jomlah kita ubah. incik suami, sila jaga anak dara kejap.. kenit tu klau biar dia ke dapur sama time aku kemas, memang tak jadi keja. silap2 tambah sepah lagi. campur dgn aku yg jadik tarzan tu, dapur pun blh pecah..
serius menyampah tgk kc sebelah sini. hahaha. masa buat tak survey betul2, dah jadi gini apapuntakboley.. klau 1 hari ada duit lebih, nak pecah tingkap besau gabak depan tu buat lain. tutup smua, pastu buat kc hang kat dinding. baru cun kan?
dapur aku ni besauuuu, susah jugak nak edjas. kecik susah, besar pun susah kan? hehehe..
hujung skali ada 2 peti ais. atas peti ais kecik tu ada bekas botol susu Amni ngan sterilizer botol susu dia jugak. hubby kasik letak sbb peti ais tu dah tak buka. dlu masa peti ais tu on, dia tak kasik letak barang letrik atas tu.
atas kc, paling hujung oven besau gabak maknya. sebelah letak periuk nasik cinonet. 3 org je nak mkn, aku beli yg kecik je. yg besau kita simpan. pastu ada tisu dapur, gelas, air kordial. bawah tudung saji kecik tu ada roti gardenia. tak best kan enviroment atas tu? cermin besau tu punca smua jadi serba tak kena. barang letrik smua himpun situ sebab situ ada 3 plug point.
ohhh.. tgk kat depan oven tu. ada tiles yg dah tanggal. sakitttttttt hati bl tengok. lepas setahun lebih camtu kut, tetiba tanggal. jatuh pecah berderai. berderai air mata mak hincik tauuu.. nak panggil org buat balik, tapi dah dekat setengah thn blm panggil2 lagi. keja laki aku la tuuu..
ni kawasan bertentangan dgn kc tadi. sebelah dinding tu bilik ke 3. hujung almari tu toilet. plan ke depan, bila ada duit, kat sini nak buat kc jugak. almari dgn meja tu takda la nnt. meja tu meja lama dari umah mak aku, bawak ke umah sewa then bawak ke umah skang ni. setia berbakti. cadang nnt nak tukar ke meja kecik sket. yg tu besar, mkn space. nak letak tgh2 dapur buat island pun tak cun. tu plan nanti2 la. skang ni, takda kepentingan, guna jelah dulu.
almari tu pun dari umah sewa dulu. blh guna lagi, kita guna dulu. jangan ditanya pasaipa bnyk sgt lock tu. kami ada powerpuff girl kat umah tu yg rajinnnnnnnnnnnnnnnnn sangat. peti ais pun ada lock tu okehh!!
zoom sket keadaan almari nih. belakang almari tu ada plugpoint 1. cadangnya nnt, kalau beli water dispenser, nak letak situ sbb paip pun dah buat. tu tunggu duit jatuh dari langit. now kita guna water pot tu dulu lah. letak skali bekas air pepel tu. aku tak rajin nak isi air masak dlm botol dah. pakai tu lagi senang. sederet tu letak bekas2 tupperware. mcm2 ada, kerepek, milo, susu, gula, biskut dll.. atas, kat bahagian yg bertutup, pantry. stok makanan. stok utk masak like segala maknek rempah, bihun, keropok ikan, tepung, sardin dll. sebelah sini, stok makanan like biskut, keropok dll. tgh2 tu botol air. bawah botol air, ubat2, vitamin aku pun ada.
nampak kemas la jugak tapi dah lama cenggini, cemuih..
faktor ni jugak mempengaruhi. ni pic selepas bekas air pepel tu diangkat. klau tak, dia dah pandai. dpt cawan, g letak situ, buka air. tau2 dah basahhhhhhhhhhhhhhhhhh. haishhh. penat aku jadi tarzan.
ok, dah ubah..
bekas air letak sini smua. letak dekat2 dgn cawan. nak minum senang sket kan? lagipun kc ni tinggi, Amni mmg tak sampai. padan muka takleh main air dah pasni.
sehari 2 pas kemas, aku ubah sket lagi. water pot tu duk sebelah oven. bekas air pepel duk sebelah gelas. oven tu jarang2 aku guna, so tak risau sgt. periuk nasi naik duk atas peti ais skali dgn sterilizer botol Amni. bekas botol susu turun kat kc, duk sebelah cawan. laki komplen, bl nak buat susu Amni kena pusing 2-3 round. ptuiiiiiiiiiii...
gambar kat almari lupa plak nak ambil yg penuh. sana susun tupperware jelah. buat sebaris je sbb kadang2 Amni blh capai. seriau kang jatuh kena kaki dia, sakit woh..
buat masa ni, baru pas kemas, blh terima la susunan baru. dah agak jemu kang, aku korek duit buat kc baru. muahahahahah...
No comments:
Post a Comment