Search This Blog

Thursday, January 16, 2014

Bunga di laman

dulu2, aku tak pernah terlintas dlm kepala hotak ni nak tanam pokok bunga..
pdahal abah dulu tukang kebun.. anak2 semua malas, tak mengikut..
dia rajin. tanam apa semua jadi.
tapi kat rumah, dia tak suka tanam pokok bunga. rugi katanya..
takda hasil. dia suka tanam pokok buah..
tanam 2-3 tahun, jaga, pastu dapat hasil..
boleh makan kan?
tanam pokok bunga dapat apa?
hari2 kena sapu sampah, daun gugur..
hahahahah
dulu, laman umah mak bapak aku, haram takda  sebatang pokok bunga pun walau tuan rumah adalah keja sebagai tukang kebun.
tapi, pokok buah, keliling kampung.
lagi syiok kan??

bila dah ada rumah sendri, masa rumah sewa dulu pun aku takdanya rajin nak bercucuk tanam.
malas...
tu jawapan paling sesuai.
tapi bila dah ada rumah sendiri ni, ada laman yg bule tahan besar..
mula menyimpul angan2. ecewahhh..
takpa, berangan tak kena bayar.
silalah berangan selalu.
2 tahun lepas pindah, laman aku ada lalang, semak samun.
tak sempat oi nak belek.
dah lama, tengok kawan2 aku duk tanam pokok bunga, ishhh, jeles.
so, jomlah kita g nursery belek2 pokok walau hakikatnya 1 menda tak tau..

ada aku share laman aku yg suci murni, ada pasir je tu kat entry lepas.
sekarang ni pun gitu jugak sebenarnya. nak tanam rumput karpet.
tapi yg naik segar bugar rumput lalang jugak..
but now ada la pokok bunga sepasu 2.

dulu2 aku tak paham apa yg org seronok sgt tanam pokok bunga.
now, bila ada experience tu sendri, baru aku paham..
baru aku paham cemana nak kontrol hati dan badan ni dari mengunjungi nursery tiap2 bulan.
pitammmmmmmmm..

jom nak share bunga2 di laman kak yah.. 
auchhhh..
brapa ketoi  je pun. soon kita tambah lagi eh..
takleh bnyk sgt, kang tak terjaga. aku bukannya rajin sgt ponnnn..




merimbun elok ni...
now, dah tak mcm ni. pokok mama  mati amni kata.. huhu
memula ingat ni pokok lavender. cantik oi..
tokey nursery tu kata pokok lavender. beriya aku beli 2 pokok.
g cameron baru ni baru tau ni bukan pokok lavender. cissssssssss
aku dah la buta bab bunga ni. tokey nursery tu takkan buta jugak kut?
pokok ni kena duk tempat teduh, takleh kena panas melampau. then air kena bnyk. means siram hari2.
2 bulan pertama lepas beli, merimbun elok sebab hari2 aku siram.
pastu selang seli dah. now bnyk yg dah kering.
haiyaaa..
susah jaga pokok camni. ahkak tak rajin sgt.. hihii


ros ada 2 pokok. 1 pink, 1  merah. tapi tak merimbun sgt.
now dah lama tak kluar bunga.. takpa kita sabar kejap. klau takda jugak pasni, kita tanam yg lain lah..
ros ni tak susah nak jaga, tapi amni sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa pegang sebab ada bunga.
risau oi ada duri tuu.


suka bunga raya ni. bunga dia klau kembang, besauuuuuuu...
hari ni kembang, esok kuncup pastu lekang.
pastu kluar bunga lain pulak.
lawa tau kaler ni. jarang2 nak jumpa kan?
baru2 ni aku alih letak tepi pagar. dulu kat bawah porch.
dah panas, malas nak kluar bunga pulak.. demand eh tak nak duk tgh panas??


tak tau pokok apa nama, tapi cantik.
asalnya merah ang ang kaler dia. kena panas, dah pudar jadik pink pulak.
baru ni dah kluar kelopak baru. suka suka sukaaaaaaaaaaaaa..


ada reader tanya ni pokok apa.
ampun cik anon.. mak incik tak tau. hahahahaha..
previous entry ada aku tunjuk, aku tukar pasu utk pokok ni. masa beli besar ni je.
dah lama, besar sket, bunga pun bnyk.
ada yg aku tgk, pokok ni tumbuhnya betul ja.
yg ni melingkar2 pulak. maybe sebab duk dlm pasu. yg tumbuh betul tu diorg tanam trus atas tanah.
tak berani aku sebab ada duri. kang kena amni.
masa aku beli pasu baru tu, aku bgtau amoi tokey nursery tu, pokok mcm kaktus, ada duri, ada bunga merah2. dia pun ooooo, pokok tu, $*G*$*#guk+t.. tak ingat nama apa dia sebut. hahahahah..
yg pasti pokok ni cantik, senang je jaga..

last but not least. pokok yg aku suka. yg aku carik merata nak tanam.
maintanance tak tinggi tapi cantik sangat..


kat sini org panggil pokok tasbih.
tanam tepi pagar, cantik sangat. masa aku beli tinggi pokok ni dlm semeter camtu.
pakcik yg jual tu ckp lepas sebulan kluar bunga. and yes, after a month, kluar bunga.

aku beli 2 pokok.
yg sebelah kiri bunga pink, kanan bunga kuning.
yg pink kluar bunga dulu, tapi dia bantut sket. yg sebelah kanan naik dgn jayanya tapi bunga tak kluar...


cantik kan?
bila kluar bunga, terjerit2 aku seronok.. saiko.. hahaha
tapi kemetot pulak. napa tak membesar entah laa..


yg kuning lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii cantik.
lagi sakan aku menjerit tgk bunga ni. hahahah. laki aku kata aku gila.
tgk bunga pun menjerit2 seronok..
coiii...

bila pokok2 aku ni kluar bunga, sronok sangat tengok.
now aku paham apa perasaan org yg umah dia penuh pokok bunga.
hari2 kita siram, kita baja, kita jaga. bila keluar bunga, merimbun cantik, berbunga2 hati tu kan?
nak2 pulak, cantik elok je. pastu org tengok, org puji, huiiiiiiiiiiiiiii, lagi sronok..
kehkehkeh...
pasni nak g beli lagi pokok tasbih ni. dah ada kaler pink and kuning. aku nak beli merah pulak.
nak tanam sebaris kat tepi pagar tu.
aku tgk kat umah pakcik yg jual pokok ni, dia tanam bnyk, sebaris je. pastu bila berbunga, lawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
umah dia tepi jalan je, on the way nak ke kodiang, dari kangar ni. bila lalu tu, pandang, memang menggedik la hati ni tengok.
nanti klau rajin aku ambik gambar.
pokok duri tu pun aku beli ngan dia. rm15, dengan pasu skali dia kasik aku. hahaha

ada lagi pasu2 kat laman aku tu. tapi pokok yg takda bunga. tak ingat apa ke nama.
ujung bulan ni, dapa gaji nak buat lawatan balas lagi ke nursery.
tapi bukan nak beli bunga, nak beli batu pulak.
tapi tak tau la kut terbeli pokok bunga lagi. tanah ada lebih kat umah tuuuu. hahaha..





eh eh, pasni nak stop lah tanam pokok bunga. takda hasil, mengabihkan duit lagi ada kan? cuma dapat kepuasan hati je..
pasni nak tanam sayur. jimat duit, mengenyangkan perut lagi.. bahahahahaha..
sayur mahai oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..

9 comments:

  1. Byknya bunga2..cantik sgt..esp rose tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takda la banyak sangat.. skang smua dah mati sebenarnya.. huhu
      sedihhh

      Delete
  2. cantiknya....tgk semua gambar ni..berkobar-kobar semangat saya nak menanam bunga

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 1 kepuasan bila tgk pokok2 yg kita tanam tu menjadi..

      Delete
  3. rajinnyaaaa kak yah tanam bunga...berseri umah klu ada bunga kan...?

    ReplyDelete
  4. Cantekssss... saya pun pernah beli bunga ala2 lavender tu..
    tapi pokok tu macam 1 musin je kan. dah bunga sekali pastu habis..

    Lepas tu serik dah beli bunga ala2 gitu.

    ReplyDelete
  5. TAHNIAH kerana memenangi cabaran di susunatursioca!! Nanti emelkan maklumat yang diperlukan {nama, alamat dan nombor telefon} ke yuzai_angah@yahoo.com untuk pengeposan hadiah ok. :)

    http://susunatursioca.blogspot.com/2014/11/pengumuman-pemenang-cabaran-bulan-sep.html

    ReplyDelete
  6. Best lah ni..
    terima kasih informasinya

    ReplyDelete
  7. bunga yang dahan berduri itu ialah bunga Kelentit Mem.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...