Search This Blog

Loading...

Wednesday, April 02, 2014

Homeschooling : Susun abjad

Amni sekarang 2tahun 7bulan dah.
dah pandai macam2..
dah kenal macam2.
Alhamdulillah, cik kuntum ni senang ingat apa yg kita bagitau dia.
ada yg dia nampak, apa yg dia dengar, dia akan ingat.
sometimes, kami laki bini mcm terkejut tgk perkembangan dia yg mcm budak dah umo 4-5 tahun.
padahal baru nak masuk 3 tahun.
dari segi percakapan dan perbuatan tu, menunjukkan dia sangat cepat belajar.

dia ada sebut nak pegi school.
sebab tgk kazen dia pegi school kut.
cadangnya, tahun depan nak masukkan dia ke taska.
sedang mencari2 taska yg sesuai.
sesuai means, dekat dgn rumah, bagus dan murah.
ada ke taska yg murah skang ni? hahahaha
paling penting, kalau boleh aku nak taska islamic.
aku nak dia lebih ke arah tu.
Insyallah..
kalau belajar al-Quran, semua benda kita akan belajar kan?
now, kat umah pun ada jugak aku ajar dia sket2.
Alhamdulillah sangat, dia cepat belajar.
tapi ada kala tu jemu jugak and nak main je.
tak pe, mak ok je nak.
mak pun bukan hari2 dapat ajar awak.
tengok kepada situasi anak beranak ni jugak.
now dah boleh hafal doa makan. syukurrrrrrrrrrrrrrrr sangat!
takda pelat langsung and lancar.
cuma laju kemain. paling laju and kuat haruslah kat part amin tu.. hahaha
dah boleh mengucap cuma pelat sket.
ada zikir yg dia dah boleh sambung bila aku baca tapi still pelat.
but sokay, janji ada bunyi and mama faham.
dia pun slalu suh aku nyanyi bila dia nak minum susu or tidor.
nyanyi tu means, berzikir yeh.
dah boleh follow aku baca alif ba ta sampai habis.
lancar and tak pelat.
abc pun sama, one two three pun sama..
ada yg dia ingat dia baca, yg dia tak ingat kita kena sebut and dia sambung.

aku ni kadang2 rajin tu ajar la dia, klau tak sempat tu takda jugak.
now nak praktik motorskill dia.
dia dah kenal benda, warna, binatang and some more..
ada yg dia ingat and ada jugak yg dia lupa.
kena selalu praktis.
practice make perfect kan?

okes..
mari kita susun abjad..
sambil2 kenal abjad dan warna.
tapi kena tgk mood jugak, klau waktu tak nak tu tak payah la nak suruh, mmg tak layan.
klau dia ok je, haaaaaaaaaa, jom nak oi, kita belajar.

ada aku tgk kat blog2, mcm2 cara nak praktis motorskill anak ni.
ada mak yg rajin, siap DIY lagi bahan2 utk ajar anak.
syabas lah!!
aku ni guna apa yg ada jelah..
janji awak belajar someting walaupun tgh main kan?


kaler takda hal, dah kenal.
kaler yg basic la like biru, merah, hijau, kuning camtu.
jangan p tanya kaler maroon, soft krim bagai harusla tak tau.
ini aku kena tunjuk huruf tu nak letak kat mana.
klau tak, dia main tonyoh je suka2 hati dia.
dah tak masuk kang merajuk, tak nak buat dah.
a kat sini, b kat sini, c kat sini.
takpe. praktis utk dia masukkan abjad tu kat tempatnya sambil baca abc.



almost done.
kena slow2, takleh garang and takleh paksa..
kang anak murid lari, padan muka cikgu..


muka happy sebab dah siap pasang semua.
yay!!
tu ada yg kosong, sebab ada yg dia dah hilangkan pun.
biasa la kannn..

hi!!
yg ni dlm seminggu ada la sekali 2 camtu aku ajak dia buat.
dah siap pasang, baca abc pulak.
mood ok, mmg dia ikut je.
mood tak ok, pasang separuh jalan, lari ntah ke mana2.

pasni kita buat aktiviti lain pulak yeh..
bonding time mama and doter.. hihi..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...