Thursday, March 27, 2014

Perkembangan Amni Maisarra 2

lama eh tak update pasal perkembangan cik kuntum aku tu..
dulu ada buat part 1, now part 2.
berbulan baru nak ada part 2, part 3 mau tahun depan..
hahahah...
kali ni nak cerita pasal pemakanan dia pulak..

aku tegas jugak bab makan Amni.
b4 dia 2y, mmg takdanya aku nak bg dia makan bukan2.
jajan, keropok, coklat, sweets, air manis, mmg pantang.
org2 terdekat aku pun tau.
walau dah tau, kadang2 ada gak yg nak sumbat bukan2.
geram sungguh aih...
start dia blh makan, umo 6 bulan sampai umo 1tahun 5bulan++ camtu, makanan dia hari2 aku masak and bekalkan kat pengasuh.
utk break1st dan lunch.
letak dlm termos siap, so pengasuh cuma suapkan je.
bila dia dah mkn nasi keras, tak makan bubur or nasi lembik dah baru aku stop bekal.
makan apa yg pengasuh masak.
lagipun ada budak sebaya dia duduk situ, so pengasuh buat makan sekali.
by then, pengasuh pun tau apa yg aku bagi Amni makan, dia pun ikut je.
yg pasti tak manis dan tak masin.
after Amni 1y5m tu, sometimes dlm masakan dia ada la jugak aku letak garam secubit.
tapi bila aku rasa, tawar jugak. utk budak ok la kan?
just bagi rasa.
tapi gula mmg tak pernah.
manis utk Amni cuma manis buah like apple, kurma, jagung dll.
boleh check kat label HSFFYB utk tgk menu for baby below 2y.

selepas umo dia 2 tahun. apaknya sebokla  nak kasik anaknya makan yg manis2 sket.
kesian Amni makan takda rasanya katanya.
eh, takda rasa pun bukannya tak berkhasiat, besar elok je anak awak, takda sakit demam apa..
badan pun montek je.
mak aku pun suh kekalkan je macam tu.
dah dia terbiasa tak mkn manis, tak payah nak ajar sangat.
tapi aku bagi jugak la sket2.
butttttttttttttttttttt, takda la aku bagi dia sesedap rasa tu, sekadar ada rasa manis and masin.
bagi kerepek or biskut.
kerepek sokay la, takat tepung, garam and gula.
biskut2 tu kan manis, so ajar slow2 tapi sikit2 je and kadang2 je bagi.
pernah 1 day, Amni makan biskut apa ntah, biskut coklat kut, esoknya cirit birit terus.
so aku stop. aku belikan biskut2 yg tawar2 je, no more biskut coklat tu smua.

after dia 2y5m camtu, baru aku bagi dia minum vitagen.
tu pun apaknya jugak la punca.
mcm ke bagus sangat minum vitagen tu.
vitagen, aiskrim bagi la dia rasa sket2.
sronok tak ingat dapat  minum vitagen.
until now dah 31 bulan umo dia, vitagen tu aku masih catu.
seminggu dlm 2-3 kali je aku bagi.
siap sorok lagi dlm peti ais letak kat tempat sayur.. hahahaha
sebab kenit tu dah pandai buka peti ais berkat didikan apaknya...
pfffffffffffffff..



sekarang ni merasa la dia makan roti canai, vitagen, kfc, mc'd and other food.
tapi masih dalam kawalan.
idok le aku kasik sesedap rasa.
noooo..
sesia la usaha aku selama 2 tahun jaga pemakanan dia, pas dah besar belasah telan apa saja.
kfc tu, dlm sebulan ada la sekali 2.
ayam goreng original, nasi ayam ke, fries, camtu je.
mc'd pun sama, sebulan sekali je kut paling bnyk sebab jarang sgt pegi+jauh kan?
klau mc'd, just nugget je yg dia makan and fries.
vitagen, yakult tu seminggu dlm 2-3 kali je.
kadang2 aku tak beli langsung sampai 2 minggu, so takda la minumnya.
mak pak tak beli, camna dia nak minum kan?
so, everything tu back to parents jugak apa yg anak makan kan?
keropok, coklat, candy mmg tak penah bagi!
pantang sampai bila2, insyallah.
alhamdulillah Amni boleh digula2kan lagi.
once ko cakap manis, mmg dia tak makan.
dia pun mcm geli bila benda tu manis sgt.
syukur, senang keja aku.
dulu mmg dia tak kan masukkan apa2 benda yg dia rasa pelik and manis dlm mulut dia.
but now, dah besar sometimes tu terlepas jugak klau kita tak tgk.
air manis selain vitagen tu smua mmg tak pernah.
ribena skali pun aku tak pernah bagi.
sory ehhhhh..
air kotak ada la skali 2, yg dutch lady kids tu je.
klau g kedai makan, aku akan make sure aku bwk botol air masak dia.
then minta gelas kosong kat kedai.
buat muka kering jelah demi anak.
pastu masukkan air masak dia, bagi dia minum thru gelas tu.
tu pun dah sronok kemain sebab dpt minum gelas besar hisap pakai straw.
tak susah sgt kan nak edjas?
dia bukan tau air apa kita minum, yg dia nak gelas tu..
budak kan suka tiru, so thats the trick!


kenit ni nak kata picky eater sangat pun tak.
mcm kita lah, ada benda yg kita suka makan, ada benda yg kita tak suka.
dia kalau yg dia suka, mmg bersungguh dia makan.
klau yg dia tak minat, layan hujung2 je pastu blah.
biskut kering cicah milo adalah feberet.
pagi2 bangun mintak milo then mintak sibikut (biskut kering) nak cucuh milo (cicah ngan milo).
skali hadap 3-4 keping blh habis.
eh, tu bukan milo eh.
aku tak pernah lagi bagi dia milo.
tu aku beli susu coklat fearnlef, bacuh cair2 je bagi dia minum.
dia cakap milo, pun boleh la nak.
bila weekend aku bagi la dia minum susu coklat ni.
beli paket kecik tu, 2-3 bulan baru habis.
tak bagi kerap sangat, biarlah dia terbiasa dgn tawar susu dia tu.
alhamdulillah, Amni sangat suka minum air masak.
dia panggil air kosong.
 
1 je masalah budak ni pasal makan.
dia tak minat sangat dengan buah.
susah sungguh nak bagi dia buah.
epal tu ada la jugak tapi takat sepotong je, tu pun kecik.
buah mempelam dia suka.
then jagung, tu antara terpaling suka.
buah lain, hmmmmmmmmmmmm, tak layan.
kecik2 dulu ok je.
pisang, anggur, epal, tembikai.. dah besar tak nak pulak.
oren tu sometimes je makan, hisap air, pastu tak nak dah.
adakala sembelit la jugak, tapi tak teruk.
 
antara makanan feberet Amni, nasi goreng.
dari kecik sampai sekarang, mmg dia suka.
goreng bodoh2 pun takpa, ada telur ada ikan bilis, mmg dia suka.
letak carrot potong kecik2, insyallah boleh habis dia makan.
klau ada sup, pun suka.
bihun sup, laksa, spageti, mee pun dia suka.
ikan, ayam, udang, sotong, telur, semua makan.
dlm seminggu, aku akan make sure ada semua ni supaya cukup zat utk dia membesar.
sayur yg dia suka, carrot and kobis.
yg lain now dah tak berapa nak makan.
kecik2 dlu dah puas makan puree sayur kut.
kuih2 ada yg dia suka like karipap, apom lenggang, kuih pau, agar2.
roti adalah terpaling suka.
nak2 roti gardenia yg 70sen tu.
dulu, aku tak kasik dia makan inti tu, manis kan?
now dah makan.. kadang2 klau tak tgk, dia korek makan inti saja.
haishhh.. not good la anak, manis tu.
makan dengan roti, ok boleh.

lain2, kenit ni suka roti canai, capati, roti nan.
haishh... cucu mami penang sungguh ko nak.
cicah dgn kuah dal adalah feberet dia.
kadang2 dihisap2nya kuah tu mcm sedap sungguh.
yg tu mengikut papa dia, mama tak minat kuah dal.
nasi kandar pun suka.
nasi lemak, nasi tomato, nasi yg ada rasa semua layan nak2 nasi lemak.
nasi lemak kosong dengan telur rebus, pun boleh.

harap2 kekal la mcm ni.
tak tau la klau kat blakang aku, ada yg bagi dia bukan2.. hehehe..
ada je yg sesaja nak bagi, kesian katanya nak bagi Amni rasa sikit.
takpe, tak payah kesian bab tu klau suka suki ko n nak suap air pepsi kat anak aku.
so far, pengasuh pun tak pernah lagi aku tgk bagi keropok ke coklat ke.
takat keropok ikan tu boleh la, jangan kropok twisties ke, bika ke apa dah.
kadang2 klau g memana, kesian tgk budak2 yg blm lagi boleh berjalan, selamba je mak pak dia suap ice blended la, keropok la, air2 manis bagai.
aku tak pernah kut bagi Amni makan nasi goreng yg beli kat kedai.
busuk2 pun nasi ayam.
sebab tau dah, kalau makan kat kedai ni, ajinomoto adalah wajib.
makan mmg sedap tapi kesan sampingan tu, alahaii, tak sanggup.
aku pun kalu makan kat kedai, yg terlebih ajinomotu, boleh pening kepala okeh..
inikan pulak budak kecik.
kesian la usus dia..
mmg la kesian bila dia tgk kita makan pastu menangis nak jugak kan?
tapi utk kesihatan dia, hati kena kental.
aku memula dulu, mcm nak goyah jugak, nak je bagi apa anak nak.
tapi kena pikir betul2, ada khasiat ke anak aku sekecik tu nak makan benda alah ni?
pikir masa depan dia, kang sakit perut, alergik ke, muntah bagai, lagi susah kan?
biarlah dia menangis sekarang dari kita sama2 nangis kemudian.
klau dah dari kecik ikut je apa dia nak, masak la bila dia besar nanti.
kena pandai edjas.. tak rugi apa2 pun.

mungkin akan ada org tak setuju dgn cara aku.
tak pe, lain org lain cara.
ada org bagi je anak makan apa saja, sihat elok je anak dia.
takpe, tu anak ko.. bukan anak aku.
anak aku, cara aku, and aku tak kasik dia makan suka2 hati pada umo begini.
dah besar panjang, tu lain cita.
anak belum setahun, dah ko suap aiskrim..
aduhaiiiiiiiiiiii...



mama, cantik tak gg Amni?
Amni tak makan kelet(coklat), manissssssssssssssssssss.. rosak gg..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...