Friday, April 04, 2014

Pengiraan hari subur...

amboi tajuk entry kak yah dia hari jumaat..
kemain uolls... hahahahaha...
jgn risau, ni bukan entry lucah ke hapa..
ni namanya family planning..


saja aku buat entry ni nak share dgn korang2.
klau yg dah tau, alhamdulillah...
aku pun bukanlah bijak sangat bab ni.
tapi since ada sorang kawan aku ni, asyik duk ulang tanya, terpikir plak nak up entry pasal ni.
kesahnya, kawan aku ni baru kawen dlm 3 bulan camtu kut.
tapinya, pjj...
susah gak la nak plan..
jenuh la ahkak2 dok ajar cemana nak kira hari, nak buat apa...
bahahahahah...

aku cerita ni dlm bahasa mudah dan dari pemahaman aku la.
utk ahdik2 yg baru nak kawen tu ha..
yg dah kawen pun, ada jugak yg tak tau kira hari ni okessss..
main hantam sajaaaa.
ada rezki, ada, takda, tungguuuuuuuuuuuuuu..
pffff...
klau ada yg  tak betul kat dlm entry ni, sila betulkan kak yah ehh..

aku dulu sebelum kawen dah belajar siap2 benda ni.
lagipun member kat opis 2,3 org dah kawen and diorg pun terer pasal ni.
so belajar.
ada yg kata blm kawen, tak payah gedik  nak blajar pasal ni lagi.
dah kawen kang baru tanya.
ada yg cop tak malu sebab nak blajar benda dlm kain.
haishhh..
ni ilmu. ilmu rumahtangga yg mmg kena blajar.
tak salah blajar and ambil tahu walau tak kawen lagi.
tapi jgn salah guna lah yeee..
selepas aku bertunang, terus aku take action.
giteww..
aku bertunang bln 6, cadang majlisnya bulan 11 atau 12 tahun yg sama.
so, pas bertunang aku terus start tanda bila period aku.
alhamdulillah, dari dulu2 period aku tetap.
tetap means, cycle day aku tak berubah jauh.
28-30 hari camtu.
dah slalunya period aku akan datang lepas 20hb.
ada org kata period kita tak lari dari tarikh lahir kita..
cth, aku punya besday 24hb, so period aku slalu dtg selepas 20hb.
betul atau tak, wallahualam..

period yg tetap ialah cycle day yg tak berubah banyak.
bukan bergantung pada bila period dtg.
cth, bulan ni ko punya period 20hb.
tak semestinya bulan depan period akan datang 20hb jugak.
ikut cycle day, kalau 28 hari, bulan depan period akan datang pada 17 atau 18hb.
cara kira, ambik dari 1st day period tu, kira 28 hari, haa, tarikh ke 28 tu period akan datang.

kalau cycle day betul, 28 ke 32 hari, means period kita tetap.

tu yg aku jumpa kat google dan tu jugak cara pengiraan aku.
ada yg cycle day kurang dari 25 hari.
tapi kalau tiap2 bulan tetap, takda hal.

bila period tetap senang keja.
kalau tak tetap, susah nak kira hari subur.
aku mmg tanda bila period start dan bila last.
next month tanda lagi dan jugak bulan berikutnya sampai kawen.
bila period tetap, insyallah senang nak kira hari subur.
lazimnya, hari subur adalah hari ke 11 hingga 15 selepas 1st day period.
ada hari yg paling subur, tapi aku ambik je 5 hari, senang cerita.
dan korang pun senang paham.
so, bila hari yg ke 11-15 tu, kalau kita subur, selalunya badan akan ada sedikit perubahan.
taktau lah korang perasan ke tak.
klau perasan, masa hari subur tu, akan ada cecair jernih sedikit keluar dari vagina.
kadang2, 2-3 hari keluar.
tak banyak pun, sikit je..
dan akan ada perubahan pada suhu badan. yg ni mungkin tak perasan.
ok, utk bahasa mudah, bagi yg merancang utk pregnant, masa hari subur ni, bolehlah bersama.
apabila sperma dilepaskan, telur2 dah dirembes, tengah subur, kemungkinan utk pregnant adalah tinggi.
then, telur2 ni boleh bertahan antara 3-5 hari.
thats y aku ambik 5 hari utk hari subur tu.
so, dlm masa 5 hari, telur aktif, bolehlah bersama (hubungan suami isteri).
nak bersama 5 hari berturut2 ke, cemana ke, pandai2 lah. nak selang2 pun boleh tapi make sure dlm 5 hari tu lah..

alahai, lembutnya bahasa aku.
kalau dengan kawan2 yg tanya, takdanya nak cakap mcm ni.
cakap direct je bila nak romen... bahahahahah..

kalau period dah tetap, hari subur dah kira, lepas 3-4 bulan mencuba tapi tak da hasil, tu keja Tuhan.
aku klau ada yg tanya, takat nak kira hari ni, boleh la bgtau.
pastu petua2 mana yg aku tau.
then, kena tgk jugak keupayaan sperma tu.

satu lagi, boleh guna alat check kesuburan, lebih kurang mcm alat check pregnant tu jugak.
cara nak guna, nnt ada instruction kat kotak, senang je.

boleh guna masa hari ke 11- 15 tu.
tengok hari mana yg paling subur, so blh bersama.
yg ni klau nak ambil hari yg betul2 subur lah.
tapi mahal sket la benda alah ni.
ada kawan aku penah guna ni and berhasil.
rezki Allah..

pengalaman aku sendri kira hari subur ni Alhamdulillah menjadi.
utk anak 1st, dah lepas tanda bagai, cadangnya nak tunggu bulan ke 3-4 kawen baru nak plan to pregnant.
bukan tak nak anak, mestilah nak kan?
tapi lepas sebulan kawen nak pindah umah, so nak setel hal tu dulu.
aku kawen 20hb 11.  2 mgg pas kawen kut aku period.
tak ingat sgt, tahun 2009 nunnn..
so, kira hari la kan?
yg syoknya, bulan 12 aku dah tak period...
bahahahaha..
memula tak bajet aku peknen sebab dah kira dah ni.
beriya bgtau husband, skali bila dah lama, eh jom la check.
nahhh, naik 2 line.
rupanya, aku terbabas sehari je and terus jadi.
Alhamdulillah, rezki awal kawen..
subur sangat gamaknya..

aku bersalin end of may and my baby pass away.. Al-fatihah..
cukup 44 hari pantang, period aku dah turun.
umi pesan suh hati2 sebab katanya klau period turun awal ni senang lekat.
then doc pun pesan suh aku jarakkan kejap to make sure rahim aku kuat sbb aku bersalin baby premature.
so, aku plan thn depan.
bulan 7- 12, period aku elok je, on time.
so senang aku nak kira.
bulan januari 2010, aku dah tak datang period.
sabar dulu, tgg februari and tak datang jugak.
so, check and yes pregnant!
means, pengiraan hari subur aku berjaya.

kalau dah kira hari, 2-3 bulan tapi takda rezki lagi, mcm aku cakap tadilah, semua tu keja Tuhan.
kawan akku yg sorang ni period tak tetap, so susah sket.
aku cadang suh dia mkn ubat, bagi period tetap dulu.
ambil pil subur.. dah tetap period kang, haaa, plan pulak.

tapi ada je org, bukan hari subur, pregnant jugak kan?


semua ni bergantung kepada ketentuan Tuhan jugak.
kita hanya berusaha, merancang dan selebihnya dari Dia.
ada org period elok, subur je, dah bertahun2 tapi belum ada rezki.
ada org, plan, nak jarakkan anak, makan ubat bagai, tiap2 tahun pregnant pulak.
semua dari Dia..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...