Monday, April 07, 2014

Botol susu pilihan utk anak | MAM

entry mak2 sangat eh..
lama dah perap entry ni, tak terpublish2... haishhh..

entry ni boleh dijadikan panduan utk mommy to be jugak.
sebab aku dulu masa mula2 jadi emak, pengetahuan tak bnyk sangat.
preparation utk anak, asyik la pikir pasal baju comey2 gedik2 je..
hal lain, nan hadooooooo..

aku cuti beranak 3 bulan.
Amni direct feeding 2 bulan.
masuk bulan ke 3, start ajar minum guna botol.
tak pandai sgt bab susu ibu, ku beri je Amni susu S26.
tapi waktu tinggal je la.
bila start keja, siang bagi susu formula, mlm bagi susu badan sampai dia umo 10 bulan.
memula sebulan yg pertama pas masuk keja, dia ok je ngn botol tu.
pas sebulan, eh ke tak sampai, dia buat hal tak nak menyusu dgn botol.
mujurlah waktu tu adik aku yg jaga and aku masih di opis kat Kangar.
dari umah nak ke opis cuma 2km, lebih kurang 10mnt je.
tghr masa lunch break, gegas blk umah nak susukan dia.
kenit tu buat perangai, tak nak menyusu botol seboleh2nya and sanggup tahan lapar.
pastu menangis tak ingat sampai adik aku nak menangis sama dah.
hahahaha..
dekat seminggu dia buat perangai mcm tu buat aku buntu mcm nak meroyan.
kena carik solution, tak boleh jadi.
lembik badan ok bila hari2 duk berlari balik nak bg anak menetek pastu masuk keja balik.
dia pun lapar la kan nak tgg tetek maknya pkul 1 tu. haishhh..
kawan2 suggest mcm2 cara plus cari puting yg sesuai dgn dia.
toksah cakap la, hari2 dlm seminggu 2 tu mcm2 jenis puting aku beli.
segala maknek brand yg ada di kedai.
Pigeon, Anakku, Dr. Baby, apa ntah lagi.
sebungkus kut, segala jenis puting ada, tapi 1 haram dia taknak..
stress woooooo..
at the same time, aku survey2 juga kat internet.
end up terdampar kat page Fabuluos Mom.
usha2, terpanggil utk beli puting and botol susu from MAM Brand.
tawakal jelah masa tu.
mahal oi beli, kang anak tak nak, sapa nak pakai? bapak?
dah sampai, basuh2, rendam air panas, bismillah bnyk2 bagi Amni guna.
syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr Alhamdulillah, dia ok je dgn puting tu.
nak yang mahal je ko kan nak??
takpelah mahal pun, asal awak ok, mama ok jew...
uhuk2..

dari umo 4bulan++ untill now, Amni guna botol susu and puting from MAM.
dulu, aku beli online je sebab kat Perlis takda.
now, dah ada kedai baby, dah ada jual.
lega sket nak membeli sebab harga online dgn kedai lebih kurang sama je.
cuma kena rajin sket survey2 sbb kat online selalu buat sale.
bila sale, rembat jelah..


ini puting susu MAM.
dah buka baru teringat nak ambik gambar, so ginilah jadinya..
puting ni harganya RM25.90 utk 2.
now, Amni pakai puting no 3.
klau logo mcm kat no 3 tu, ada tanda pangkah tu, yg ni bagus.
sebab once anak tak isap, susu tak kan keluar.
takda kes susu tumpah atau susu laju ke apa..
isap, baru kuar.. bagus kan?
masa duk survey2 puting susu tu, aku baca jugak review and komen.
salah 1 sebab aku beli botol and puting MAM ni sebab beliau adalah anti-colic.
botol dia dicipta agak unik compare dgn brand lain.
thats y, mahal pun ku rembat.
kan banyak kes baby tersedak susu?
so, MAM direka utk prevent dari kes2 mcm tu.
kita usaha kan? selebihnya kerja Tuhan.
ok, pasal botol jap g kita cerita, now nak cerita pasal puting.
and ini jugak tips utk mommy to be yg nak bagi susu badan sepenuhnya kat anak.
baby bila dah menyusu badan, then nak ajar guna botol, sometimes diorg akan keliru puting.
jgn kata bila dah bagi susu  badan, tak payah ajar menyusu guna botol.
no, salahhhh..
klau ko tak keja, duk umah jaga anak saja takpe.
please make sure, puting yg korang nak beli adalah sikit lebih kurang dengan nipple kita jugak.
aku takda ilmu bab tu dulu, and itulah yg jadi kat Amni, keliru puting.
bila dah beli, Amni suka, and aku belek2, ye, puting MAM ni skit lebih kurang mcm nipple aku..
ketot je. bahahahaha..


ini botol susu Amni.
ni saiz paling kecik.
botol MAM ni dia gemok dan pendek. saiz ni 5oz.
masa Amni kecik, nampak botol ni besau nau dgn dia..
puting dia jenis lebar, klau botol kecik tak leh masuk like Anakku tu.
klau botol brand OK Baby, yg besar blh pakai puting MAM.
yg aku suka pasal MAM ni, corak dia lawaaaaaaaaaaaaaaaa la hai.
sronok buat koleksi botol MAM ni.
ada 1 lagi kaler pepel. yg  tu 1st beli masa Amni 4 bulan tu.
dah tak pakai sebab dah lama sgt dah.
tulisan kat luar tu, dah guna setahun lebih  tak tanggal pun.
yg hijau tu pun dah setahun aku pakai.
nampak elok je pun sebab botol dia tebal.


yg tadi saiz kecik, yg ni saiz besar pulak.
yg hijau, sama design dgn yg atas tapi yg ni 9oz.
yg putih and pink sebelah tu pun sama, cuma design lain sket, takda penutup bawah.
design mcm ni utk toodler yg dah setahun ke atas, dah tak buat penutup bawah sebab budak besar slalunya dah pandai telan air liur, so risiko tersedak adalah kurang.
tapi nak pakai yg anti colic pun boleh sebab ada je design walau pun yg besar.
yg paling hujung, pink terang tu 11oz.
tu kes tersalah beli masa g kl bila ntah.
tak tgk betul2, skali haaa besau gabak, 11 oz.
Amni skang minum paling bnyk pun 7oz sekali hadap.
kadang2, 2 kali baru habis 7oz tu.


kenapa ianya anti colic?


nilah sebabnya..
atas bawah bule tanggal.
setahu aku, MAM ja yg ada design mcm ni. klau tak silap aku la...
ada kut, tapi tak sure brand apa.
brand lain ada jugak yg anti colic, tapi just pada puting.
tapi MAM puting dan botol.
bahagian bawah bule tanggal, yg putih tu pun bule tanggal.
and ada jual klau nak  beli ganti.
bila bancuh susu fomula, kita goncang kan nak sebatikan susu dgn air?
bila goncang, akan ada gelembung2 udara.
tujuan penutup yg bawah tu, utk perangkap udara dlm botol supaya tak masuk ke perut baby masa baby isap susu.
betulkan kalau aku silap pasal ni, tapi klau tak silap tu lah caranya.
ehehehehe..
sebab tu kadang2 baby kembung lepas menyusu, masuk angin.
aku perasan, bila Amni guna botol  ni, klau dia tak isap, dan dia lepaskan susu, takda bunyi bruuuuuuuuup angin dlm botol tu pun.
sebab tak da udara.
klau susu badan, mmg takda angin@udara la dlm tu kan?
klau botol yg takda penutup bawah tu, ha yg tu bunyi.
tapi botol yg besar ni aku beli bila Amni dah msuk 2 tahun.
bila risk utk tersedak susu dah takda, Insyallah..
slalu baby la yg bnyk kita dengar kes tersedak susu.
sebab tak semua baby pandai sedut air liur, kena pulak susu laju and ada angin skali.
Alhamdulilah, sepanjang umo Amni tak pernah dia tersedak susu yg teruk.
sket2 tu adalah, menyusu badan pun klau laju sgt, tersedak jugak.


koleksi botol susu Amni skang ni.
aku sukaaaaaaaaaaaaaaaa MAM ni sebab comey la sangat.
mahal pun, pejam mata la janji anak suka.
mak lagi suka..
pernah try tukar puting sbb Amni suka gigit@gentel puting.
tau2 dah pecah puting.
tapi tak layan, nak MAM jugekkkk..
tabahlahhhhhhhhhhhhhhhh walaupun mahal....
ops, MAM ni free BPA yeh..
dun worry.

botol air masak also from MAM..
yg ni asalnya ada puting dia sendri.
tapi keras sket, so Amni tak suka.
so, aku tukar ke puting MAM biasa, ok dia nak.
kenit ni kan suka gentel@gigit puting masa minum, so keras2 tak nakkkk..




ni bekas botol susu Amni.
maklong Eija kasik masa baru branak dulu. aku kirim ke dia, tak nak ambik duit pulak.
bagus mcm ni sebab ada penutup, so terhindar dari habuk dan taik cicak!!


ni bekas steril botol susu Amni.
beli masa papa dapat bonus tahun 2012.
ada promo kat online, murahhhhhhhhhh, laju2 kecek duit bonus papa..
dah setahun lebih guna, so far ok.
sebelum ni guna kaedah traditional, rebus je dlm periuk.
dah ada ni, hari2 boleh steril kan?
tapi aku lagi suka rebus dlm periuk compare dgn yg ni.
rasa mcm lagi cuci dan suci .. hehehe

boleh masuk botol besar.
sekali masuk 6 bijik..
me like!!


nak guna pun senang.
8 minit je, siappppppppppppppp..



so, mak2 kat luar sana, apa botol susu pilihan utk anak korang?
Insyallah aku akan pilih MAM selamanya..
eceeewah..
MAM sila bagi botol susu free please....
hahahahha..
bukan sebab comel, tapi sebab kelebihan yg ada.
MAM ni produk from Austria.
brand lain pun now dah banyak anti colic, dun worry..
mcm Pigeon, puting dia pun direka mcm ni, tak isap, tak keluar.
Tomme Tippie pun cantik jugak and ada kelebihannya.
depends, ikut cara masing2.
yg penting, make sure lebih kurang nipple kita supaya anak tak keliru puting.
lain anak, lain peelnya..
klau tak menyusu badan, takda hal sangat.
learn from mistake ehh kak yah..
cuma botol MAM ni leceh sket la.
tiap kali basuh, kena buka semua atas bawah tu.
klau tak, lama2 berkarat je bawah tu.
geli oihhhhhhhhhhh...
laki aku berbulu je klau kena basuh botol susu anak..
renyah katanya..
nasib la papa oihh, anak dara awak tu banyak sket peelnya..


satisfied customer...
(' ',)

22 comments:

  1. Sekarang ni amni minum berapa oz sekali minum?

    ReplyDelete
  2. Nini pon beli mam...harap2 baby suka....berani beli sebab kalau dia tak ngam boleh tukar puting lain....haha

    ReplyDelete
  3. Tomee tipe n mam punye puting mne stu yg lg lembut ye?

    ReplyDelete
  4. Slain online..kt kdai mne yew kita leh dptkn botol nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang kat kedai barangan baby bnyk yg dah ada. kalau supermarket like tesco, the store tu takda. kena g kedai jual barang2 baby, Insyallah ada..

      Delete
  5. Slain online..kt kdai mne yew kita leh dptkn botol nih?

    ReplyDelete
  6. Salam nak tanya, knp ye botol mam yg sy guna tu slalu keluar air bahagian bwh ? Padahal dah bnyk kali adjust getah putih tu tp still keluar air dri bwh. Ada cara ke nk pasangkan balik getah putih tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.
      maybe cara awak letak getah putih tu tak betul kut. tak rapat sgt. make sure dah rapat, air tak lalu baru masukkan body dia.

      Delete
  7. Salam sis. Kalau umur setahun nak kena guna puting no berapa ya? Pastu mesti tukar botol yg lebih besar ml nya ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends la. kalau baby minum bnyk, lebih dr 5oz, blh tukar botol. kalau kurang, blh ja pakai botol kecik tu lagi. utk puting, saya tak tukar awal2, jgn ikut sgt step kat puting tu. sebab nnt besar lubang tu compare dgn saiz baby. takut nny baby tersedak kalau lubang kat puting besar sgt. at least baby dah setahun lebih camtu, ok la nak tukar ke yg besar sket.

      Delete
  8. Brape lama tempoh penggunaan botol perlu tukar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut kepada artikel yg ramai share, 6 bulan. tp sy pakai MAM ni, setahun baru tukar. hehehe

      Delete
  9. Momies Ada masalah macam saya tak?
    .
    Bintk-bintik puteh pada puting susu.. Susah sangat nak tanggal..
    Rupanya ada cara nak cegahnya tanpa perlu kos tambahan..
    .
    Best sangat. Saya baca di blog ni:
    .
    http://pencuciputingsusu.blogspot.my/2017/08/cara-terbaru-cegah-bintik-bintik-puteh.html
    http://pencuciputingsusu.blogspot.my/2017/08/cara-terbaru-cegah-bintik-bintik-puteh.html
    http://pencuciputingsusu.blogspot.my/2017/08/cara-terbaru-cegah-bintik-bintik-puteh.html
    .

    ReplyDelete
  10. Botol MAM the best...sy suka sy suka

    ReplyDelete
  11. Sorry. Nak tny.. Puting mam ni boleh pkai kat botol wide neck lain x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. saya pernah guna kat botol brand Tupperware, OK Baby, Anakku. tapi kena puting dia akan senget sket sbb bukan actual size.

      Delete
  12. Sma lh nama anak kita...Hehehe..
    Amni pn pakai botol ne dari umur sbln..pas google2 bab smlman ank ngis kembung perut..belikn botol mam ne...Alhamdulillah..mlm2 x nangis dah..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah. maybe dia dah tak kembung sebab guna botol MAM yg ada function anticolic tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...