Search This Blog

Loading...

Tuesday, June 03, 2014

Sambal belacan kak yah

dah tak tau nak tulis apa, pasal sambal belacan pun bolehlah...
nak makan sedap and bertambah2, klau aku, sambal belacan and kicap harus ada.
kadang2 takda sambal belacan.
nak buat alahai malassssssssssss..
klau bahan ada, kadang2 aku potong2 cili tu dgn bawang merah, pastu tuang kicap.
jadi sambal kicap.
tapi tak kick sangat, but bolehla dari takda.
asal ada rasa pedas.
busuk2 paling malas pun, dah lapaq sangat, aku patah2kan cili tu, ngap gitu jek.
buat ulam.
prinsip, janji pedassssssssss..
hahahaha.
pastu keluar buasir mula huru hara.

aku slalu buat stok sambal belacan nih.
harus ada.
penambah perisa nak makan nasik kan?
klau tak rasa tawar je makan walau ada je kuah and lauk.
stok pun tak la banyak.
busuk2, tahan la seminggu 2.
klau dlm minggu tu kerap masak nasik, cepat la habis sambal tu.
klau seminggu sekali je masak, mau sebulan sambal aku tak habis2.
lama sangat pun tak best jugak.
sebab aku perasan, bila lama sgt duk dlm peti ais, tahap kepedasan tu mcm makin kurang.
bila tak pedas, tak kick.

klau aku rajin tahap ultraman taro, aku tumbul pakai lesung batu sambal belacan aku.
klau aku rajin tahap gaban je, aku guna blender je.
senang keja. cepat pun cepat.
tapiiiiiiiiiiiiiii..
rasa berbeza la.
yg pakai blender adalah kurang sedappp.
tak suka. tapi klau malas jadi suka jugaklah.
redho kekdahnya..

meh nak share cara kak yah buat sambal belacan.
simple je ponnnnnnnnnnnnnnnnn..


tudia..
lesung batu adalah kecik, so bila nak menumbuk tu klau banyak, kena 2-3 round.
bertabahlah menahan percikan cabai!

bahan2 pun mudah je..
cili/cabai melaka - kuantiti agak2 lah ye.
cili merah (besar). klau suka pedas tahap buasir, pakai je cabai melaka tu saja. yg kecik2 tu. pas makan bibir bule jadi besar tempayan sebab pedas nak mamp.
belacan (dapat belacan tumbuk lagi terangkat)
garam
gula
air asam jawa
limau nipis (optional)

dah ada semua, tumbuk la sesedap rasa.
biasanya aku tumbuk cili dulu.
pas basuh, sejatkan betul2.
klau tak, nnt masa tumbuk terpercik2 lak air tu.
patah2kan cili, campur skali 2 jenis cili tu masa nak tumbuk. selalu nisbah cili aku tu lebih kurang je. cili kecik/cabai burung tak bnyk sgt sebab laki aku tak suka pedas sgt. ala kadar sudah.
pandai2 la agak yeh.. klau lesung batu besar, sekali harung je.
mcm aku lesung batu kecik comey, so kena 2 kali buat.
dah tumbuk cili tu, agak nak hancur, masuk belacan, garam and gula.
garam and gula last skali sebab kang berair, susah nak tumbuk.
mercik uolls..
dah lumat, cedok masuk dlm bekas.


picit asam jawa, ambik air je, masuk skali dlm tu.
klau nak pakai limau nipis pun boleh.
lagi sedap. bau dia tu huii, mmg memberangsangkan perut.
nak campur pun boleh.
aku ikut sesedap rasa and tgk keadaan.
ada limau, aku perah masuk skali. takda, aku pakai air asam jawa je.
punnnn sedap. hehehe..


ni stok sambal belacan aku.
bekas kecik je pun.
boleh la tahan seminggu 2, utk kami laki bini makan.
nak makan, cedok je.
idok le rajin, tiap kali nak makan, tiap kali la nak menumbuk..
kak yah tak gagah perkasa sangat..


menu dinner mlm tu.
sambal belacan+ayam goreng rempah+masak lemak kubis cina.
licin!
kehkehkeh...


tips.
ada org suka guna belacan bakar. ambik belacan, kepal2, pastu bakar kejap. pastu baru tumbuk sekali. aku pernah try gak. rasa? mcm lebih kurang je. entahhhh..
aku suka guna belacan tumbuk. made in thailand. sedap! klau biasa mkn kat kedai tomyam yg original dari thailand, rasa sambal belacan diorg lain. cair, tapi pedas dan sedap! diorg punya belacan lain, warna pun cerah sket. lagi banyak belacan, lagi sedap. tapi klau tak kena gaya tak sedap jugak. sebab diorg siap campur dgn  bawang merah+bawang putih. boleh cuba klau nak. campur bawang putih ngan bawang merah masa tumbuk tu. nisbah 3:1.
klau rajin, kadang2 aku rebus ikan kembong, pastu ambik isi dia, hancurkan, masuk skali dlm sambal belacan. suami is suka! buat cair2 sket, tambah tomato yg dipotong nipis. sedapppppppppp!
macam2 cara org buat sambal belacan. ni cara aku la. simple2 je pun, janji sedap di perut.
ada org siap taruk ajinomoto lagi dlm tu. oh, me not like!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...