Friday, May 30, 2014

30hb Mei | Muhammad Aqil dalam kenangan

hari ni 30hb may.
thn 2010 yg lepas, hari ni lah aku beranakkan anak sulung aku.
seronok sebab dah beranak.
tak seronok sebab beranak awal sgt.
edd dia sepatutnya bulan 9.
awal sangat kan?

klau dia ada, dah umo 4thn dah..
tapi tuhan lebih sayangkan dia.
tuhan pinjamkan dia cuma 26minggu dalam perut aku.
2 hari kat bumi ni.
then, Dia ambil balik.
kemudian, Dia gantikan dengan Amni Maisarra.
tapi tak sama, sebab Amni anak ke dua aku.
sampai bila2..
namun sayang aku pada Amni, tiada tolok bandingnya.
sama mcm aku sayangkan anak sulung aku, walau dia telah tiada.
aku tetap rindukan dia sampai hari ini, walau hayatnya di dunia ni tak sampai 48 jam..

berkahwin dengan org yg kita cinta, tentulah seronok kan?
kemudian, mengandung anak org yg kita cinta, bertambah2 seronok.
anak sulong, taulah keterujaan tu mcm mana.
rasanya, semua yg pernah mengandung sulong, tau mcm mana perasaan aku.
teruja, seronok, tak sabar, semua perasaan ada.
memula aku buat upt, tgk 2 line, menitik air mata.
seronok sgt.
menangis2 aku depan suami aku.
pertama kali buat ultrasound, nampak denyut jantungnya, ya Allah,
bergenang airmata, tapi tahan sebab malu kat doktor.
laki aku, speechless terus.. heheh
alahan, subhanallah..
muntah berterusan, badan lembik, tak lalu makan, mcm2.
kadang2 aku menangis juga sebab tak tahan.
tapi suami pujuk.
nasib baik ada dia..
bila dapat rasa seperti rama2 berterbangan dlm perut, terus hilang semua
letih alahan, rasa seronok dan tak sabar.
bila dapat rasa tendangan2 kecil dlm perut, rasa nak makan bnyk2 walau
takda selera sebab nak dia cepat besar.
masuk bulan ke 6, aku makin sihat, dah bule makan lebih sikit.
suami nak menggembirakan isteri, nak bawak aku jalan2.
kena pulak dia dapat bonus, blh g jalan2 and beli barang baby katanya.
walau aku kata simpanlah duit bonus tu utk guna lepas bersalin.
sokay katanya, nak bawak isteri jln2 dgn baby walau duk dlm perut.
sebab dia tgk aku makin sihat, takda mabuk2 mcm 1st trimister.
seronok sangat sebab belum berkesempatan g jln2 sama2 lepas kawen.
decide nak ke cameron highland.
sepanjang 3h 2m, ke cameron highland and taiping, aku sihat!
takda muntah, takda sakit kaki, takda pening2.
seronok nak berjalan kut..
muka walau pucat, suami kata ceria..
yelah, dpt jln2 and shopping barang baby sikit, mana tak seronok kan?
2 minggu selepas tu, aku turun darah sket.
darah merah..
tak tau darah apa, ingatkan sebab aku letih sebab bnyk bergerak.
kena pulak hari tu sebok nak ke kenduri kawin sepupu.
tak pegi klinik, tapi pegi kenduri.
seronok sebab dpt jumpa sedara mara.
tghr, aku sakit perut.
aku sangkakan sembelit, ulang alik aku ke tandas.
petang, makin sakit. perut dan pinggang rasa mcm dipulas2.
serba tak kena duduk dan baring.
mujur ada sepupu aku keja nurse, dia check, katanya pra contraction.
pra contraction? apakah??
gegas ke wad bersalin.
doktor check, bukaan dah 6!!
takda pilihan, melainkan bersalin.
tengok buku merah, baru 25w++..
semua terkejut, semua kelam kabut buat preparation.
aku bertambah2 terkejut, darah naik, dah tak boleh nak pikir apa dah.
yg ada dlm fikiran, kenapa aku kena beranak sekarang sedangkan baru bulan 5?

selepas maghrib, aku selamat bersalin.
pengalaman pertama bersalin, push 2,3 kali, tak reti, penat, sakit, nak menangis, takut, semua ada.
baby selamat keluar, aku tak sempat tgk pun.
then aku ditempatkan di dlm bilik seorang diri sebab ada kes and darah aku naik mendadak.
maybe sebab aku terkejut.
mujur tgh mlm tu dah stabil balik.
mlm tu aku sorang2, handphone takda, taktau apa jadi dgn anak aku.
suami langsung tak blh masuk tgk.
nurse kata, just rest, jgn pikir apa2, bagi badan kuat dulu, baru pikir anak.
how?
sumpah tak boleh tidor.
esok pagi, aku ditukar ke wad selepas bersalin.
nurse dtg check aku, tapi diorg tak cerita apa2 pasal baby.
suami dtg hampir tghr, baru dia bawak tgk baby.
dia dah tgk mlm tu, tapi dia tak cakap apa dgn aku.
baby ada kat NICU.
pertama kali tgk anak aku..
anak sulung aku, cinta hati aku dan suami..
yg aku kandung, yg aku bawak kemana pun aku pergi..

no words!

bayi lelaki.
terima kasih Allah.

tapi,
dia kecik sangat.
sangat!
cuma 800gm.
just imagine..
badannya kecil, kaki tanganya kecil, jari2nya sangat halus.
organ dalaman lagiiiiiiiiiii kecil kata doktor.
bernafas pun perlu sokongan.
aku cuma dapat sentuh dia, tapi tak boleh angkat dia dari inkubator tu.
lembut sangat.
badan dia kecik sgt.
blh nampak dia bernafas pun slow je.
badan berselirat dgn wayar.
kat badan dia lebam2 sket.
sebab dia kecik sgt, and tak cukup bulan, bila salah pegang or pegang lama sket, blh lebam.
tu biasa kata doktor.
so, thats y tak blh angkat dia dari inkubator.
lagipun dia perlukan bantuan pernafasan.
sebab dada aku masa tgk dia, tak tau nak cakap.
tak sangka aku dah jadi ibu, dah ada anak, kami laki bini dah ada waris.
seronok!
walau dlm hati aku tuhan saja yg tahu.
berperang dgn mcm2 perasaan tgk anak aku mcm tu.
aku tak share dgn sapa2 masa tu apa yg ada dlm fikiran aku.
sebab perasaan aku bercampur baur.
susah nak cakap.
laki aku pun diam je, tak cakap bnyk sgt.
aku usap2 badan anak aku.
tu je yg blh aku buat and yg doktor kat situ benarkan.
sambil aku bercakap dlm hati dgn harapan dia dengar.
kuatkan dirimu sayang, utk mama dan papa!
itu yg aku ulang2.

petang tu aku masih ditahan di wad.
ramai jugak yg dtg melawat, tapi blh tgk mak jelah.
kawan2, sedara mara semua bagi kata2 semangat..
tapi hati aku masih tak tenang.
petang tu ada sorang doktor dtg jumpa aku.
lembut je cakapnya, berjubah dan bertudung labuh.
pada aku dia nak menenangkan aku.
apa yg dia cakap, aku dengar je..
bnyk kemungkinan yg akan berlaku pada baby aku katanya.
dengan tak cukup bulan, tak cukup berat, macam2 kemungkinan lagi.
organ dalamannya terlalu kecil.
masa dilahirkan pun dia tak menangis, tak bersuara.
itu yg buatkan doktor taknak aku menaruh harapan yg lebih.
bersedia utk sebarang kemungkinan katanya.

*sebak*

aku paham apa yg doktor tu cuba nak sampaikan.
ya, aku sedang belajar utk redha..

esok pagi2 lagi laki aku dah sampai.
katanya ada doktor call minta dia datang.
terkejut jugak sbb baru pkul 8 lebih camtu, and takda doktor or nurse pun yg bgtau apa2 kat aku.
diorg minta kami naik ke NICU.
tengok baby..
rupanya tu kali terakhir utk kami tgk dia.
tgk dia bernafas..
Allahuakbar..
doktor kata, baby bergantung sepenuhnya dengan mesin utk bernafas.
sejak semlm, semakin drop.
dan doktor kata dia tak mampu utk bernafas sendri, mahupun dengan bantuan mesin..
makin slow dan doktor cuba paksa dia bernafas tapi taktau sampai bila dia boleh terima.
doktor minta kebenaran kami utk matikan mesin tu.
aku jadi speechless time tu.
taktau nak cakap apa dah.
nak berdiri pun dah tak boleh dah.
yg aku ingat, ada sorang nurse ni duk tenangkan aku.
then, doktor matikan mesin tu.
baby bernafas makin lama makin slow.
perlahan2.. dan akhirnya stop.
bayangkan..
perlahan2 dia pergi, depan mak bapak dia..







org pertama aku call utk bgtau adalah abg aku.
aku cuma blh cakap, anak aku dah takda.
lepas tu laki aku la call bgtau keluarga mentua dan family aku.
aku dah blh cakap apa dah.
then dia call bgtau kawan2 rapat aku.
gegas diorg dtg utk bersama dgn aku.
terima kasih sahabat!
baby tak ada dlm pkul 9 pagi++.
then, doktor discaj aku dr wad. lagipun dah 2 hari beranak kan?
aku blh balik, tapi baby tak blh lagi sebab ada prosuder yg kena ikut.
sedara mara pun dah ramai yg dtg.
mak2 sedara aku yg uruskan pasal baby.
diorg suruh aku balik tgg kat umah, pasal baby diorg yg uruskan.
aku blk umah mak aku dgn opismate aku.
blk umah abah, nak kebumikan baby kat sana.
sampai sana, org kg dah ramai.
kawan2 opis pun ramai yg datang.
terima kasih skali lagi.
dlm pkul 12 camtu jenazah sampai.
abah nak setelkan segera, tak perlu simpan lama2 sbb baby dah biru badan dia.
ngam2 laki aku sampai, baby nak dikapankan.
dia g ambik mak pak mentua aku skali.
sebelum jenazah ditutup, diorg panggil aku tgk baby buat kali terakhir.
yg aku ingat, abah yg pegang aku.
klau tak, mungkin aku dah rebah.
baby comel sgt!
putih bersih wajah dia.
ramai yg kata iras papanya..



*sebak*





utk aku kembali normal selepas tu, bukan sesuatu yg mudah.
org sekeliling sangat menjaga perasaan aku sepanjang aku berpantang.
oleh kerna baby dilahirkan hidup, aku layak dapat cuti bersalin.
kalau ikutkan tak layak sebab baby belum cukup 7 bulan.
bukanlah sesuatu yg mudah, berpantang tanpa anak disisi.
sokongan family sangatlah perlu.
aku cuba tunjuk aku kuat, tapi kadang2 aku tak mampu.
tgh2 malam, aku menangis teringatkan baby.
mujur ada suami yg selalu tenangkan aku.
laki aku tak menangis, dia cool je.
dia kena kuat utk aku. klau dia lemah, aku bertambah lemah.
darah nifas aku berhenti selepas 30hari++ berpantang.
terus aku mandi, solat dan mengaji al-quran.
umi marah sbb aku bnyk bergerak.
aku perlu mengaji, utk tenangkan hati aku,
itu saja caranya.

lepas 50 hari, baru aku balik umah kami.
10 hari lepas tu masuk kerja.
aku cuba utk tidak terlalu mengikut emosi.
tapi, aku insan lemah, kadang2 aku gagal.
tgk baju2 baby, tuhan saja yg tau perasaan aku.
pernah 1 ketika, aku tertidur di lantai sambil peluk baju baby.
lepas sebulan, tanpa pengetahuan aku, laki aku simpan semua baju2 baby.
mengamuk aku sebab aku cari baju2 baby semua takda.
dia taknak aku terus2 menangis, terus bersedih.
seolah2 aku tak redha dgn takdir tuhan utk kami.
maafkan aku suami!

lama2 aku cuba utk redha, menerima kehilangan tu walau bukan sepenuh hati.
itu bukan penamat hidup aku.
aku perlukan pikirkan suami yg masih perlukan aku.
aku perlu pikirkan masa depan aku.
bersungguh aku berdoa pada tuhan, mohon ditetapkan iman aku.
jauhkan aku dari hasutan syaitan.
belajar menerima qada dan qadar yg ditetapkan utk aku.
mungkin ini juga peringatan tuhan utk aku atas dosa2 aku di masa lalu.

Muhammad Aqil, mama sesekali tidak pernah lupakan kamu.
tidak pernah!
kamu sentiasa ada dlm ingatan mama dan papa..
kamu sentiasa ada dlm doa2 mama.
kamu tetap akan jadi anak sulung mama sampai bila2..
kamu bakal terima adik lagi, Insyallah.
Amni juga tahu dia punya abang, yg ada di syurga.
itu yg aku selalu katakan pada dia.




setiap tahun, tarikh ini, aku menulis entry utk dia.
selagi hayat aku ada, aku akan terus menulis.
ingatan aku utk dia.
2,3 hari lepas ingatan aku pada dia kembali membuak2.
tdor aku pun terganggu.
kadang2 tak blh tdor, menangis mcm org gila rindukan dia.
mujur ada suami, peluk aku, tenangkan aku.

doa mama,
tenanglah kamu disana wahai anak, moga kamu ditempatkan di kalangan para anbiya.
harapan mama, suatu hari, kita ditemukan disana..

4 comments:

  1. saba la sis....syurga menantimu d sane sis...

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah utk Aqil...Anak syurga menanti ibu ayah disana

    ReplyDelete
  3. Mengalir airmata saya baca entry nie..Al Fatihah untuk Aqil..

    ReplyDelete
  4. @nor azerin : insyallah
    @rizziela : tq
    @ira_violet_bee : tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...