Tuesday, July 22, 2014

Day 14 Ramadhan | Rendang daging+daun kunyit

weekend, mari kita masak meriah sket.
perut terasa nak makan rendang daging taruk daun kunyit.
ermm, dap2.
aku tak pernah ok masak rendang.
umo dah 30++ tapi tak reti buat rendang... muahaha
tetiba nak makan, nak masak sendri.
gigih tanya opismate cemana, maklumla 1st time.
blk umah mak hari jumaat tu ambik daun kunyit and kerisik sket.
hairan mak aku, sebab dia tak suka masak taruk daun kunyit.
tapi aku suka, wangiiiiiiiiiiiiiiiiiii..

hari sabtu, pepagi dah pegi pasar tani.
pkul 12 dah start masak.
pkul 10++ mula masuk dapur.
gigih dok?
hahahaha.
sebab aku takmo masuk peti ais smua tu, pastu petang nak masak keluarkan pulak.
takmo, nak fresh2, baru best masak and makan nnt.
lagipun aku beli daging, ayam, santan bagai.
bahan basah nak kena basuh.
yg nak masak hari tu, masak terus lah.


masak sendri, nak hidang ke laki, presentation mantop sket kononnya...
hari tu ada rendang daging+daun kunyit, tempe goreng kunyit, sambal petai ikan bilis.
call laki suh beli kuih je, lauk tak payah.


meleleh ailior kakyah tgk ni..
1st time buat, tak leh dibangga kan sangat.
maybe pas buat 2,3 kali baru betul2 mabeles.
buat pulak time posa, so, takleh rasa and taktau tahap kesedapan.
tu pun jangan, level of confident tu tinggi, siap hantar kat mentua.
muahahha..
skali bila berbuka, rasa, mcm kurang kerisik and tawar sket.
tapi masih boleh diterima.
ehek ehek ehek..
tak susah sgt pun nak buat.
malu2 kak yah nak share resipi.. hihi..

bahan2:
daging
santan
kerisik
bawang merah *
bawang putih *
serbuk kari daging
air
garam
gula
minyak
daun kunyit

cara2:
bawang merah+bawang putih tu kisar.
kuantiti jgn ditanya, hantam sajalah. ikut kuantiti daging.
pastu tumis.
dah naik bau, masuk kerisik ngan serbuk kari daging.
godak2, sampai garing and naik bau.
pastu masukkan daging yg dah dipotong nipis.
agak daging masak, masuk santan, garam dan gula.
aku pakai pati santan, tambah air sket.
nak kuah bnyk, ke sket ke terpulang.
tapi rendang, kena pekat2 kan kuah dia?
sebelum tutup api, mayang halus daun kunyit, campak  masuk dlm periuk.
pastu tutup api.
klau yg tak suka daun kunyit, toksah masuk.
bau dia alahaiiii, sedapnya.
pastu azan zohor tanya laki bule berbuka takkkk? hahaha.
tu je cara aku buat.
bila google, mcm2 cara ada, mcm2 bahan ada.
next time kita try lagi, nak makan dgn lemang pulak.


next menu petang tu is sambal petai ikan bilis.
tengok petai gemok2 kat pasar tani pagi tu, geram pulak.
tapi tak buat sambal mcm selalu.
tengok kat blog kak elly, dia buat mcm ni, so jom kita try gini pulak.
sekali sekala ubah selera.

bahan2 :
bawang merah + bawang putih + cili merah = tumbuk.
petai
ikan bilis
minyak.

cara2:
kupas petai ikut suka cemana nak.
pastu goreng kejap and ketepikan.
lagi best klau buang kulit yeh.
pastu goreng ikan bilis, ketepikan .
tumis bahan tumbuk.
agak garing, masukkan ikan bilis and petai.
godak2 sket, dah tutup api.
simple, and sedappp.
klau bawang ngan cili tu banyak, lagi sedapppp..
aku buat hari tu tak banyak sgt, so mcm kering sket.
next time kita taruk banyak sket bawang2 tu.



tempe goreng kunyit.
potong tempe nipis2, gaul garam kunyit pastu goreng.
dah agak garing, masuk bawang merah sket..
makan saja pun sodapppp..


minta laki beli samosa ni dari awal puasa, hari tu baru dapat.
sebab, makcik ni katanya pkul 5 lebih baru dia start goreng.
dia malas nak tunggu sebab lambat and sampai umah pun lambat nnt.
tapi dah bini asyik menyanyi nak samosa, bertabahlah laki g beli.
ehek ehek ehek..
samosa ni puasa je ada, nun kat belah siam sana.
kena la dia pinjam moto opismate dia, masuk siam g beli kejap.
klau ngan kreta tak sanggup nak masuk siam petang2, kang jammed!
dapat samosa ni hari tu, rasanya 5-6 ketol aku sorang kut belasah.
sedappppp..
isi dlm sket tapi sedap.
kulit luar rangup.
sambal dia pun sedapp, pedas2 manis2.

suka suka suka.
pastu lusa dia beli lagi.
yay!

err, puasa kali ni baru 2 kali aku buat kuih utk berbuka.
memula puasa buat puding roti, pastu hari tu buat agar2.
tu je. tak larat oih, masak lauk nak masak kuih lagi.. beli jelahhh..
padahal aku klau buka posa, wajib ada kuih.
kena makan kuih dlu, baru leh makan nasik.
tapi nak buat malasssssssssssss..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...