Alhamdulillah..
now aku dah 28w++..
tu ikut kiraan hari 1st day last period.
tapi bila g check up, ikut scan baby, kurang dlm seminggu camtu.
biasalah kan?
masa ko period mana jadi lagi budak tu dlm perut tu ha..
scan bulan ni kurang seminggu,
scan bulan depan, kurang 2 minggu pulak.
saiz baby berubah2, makin besar, makin besar..
so, due date @ edd akan berubah2 dari masa ke semasa.
no worries.
edd aku on oktober.
memula awal bulan, pastu tgh bulan pulak.
tak kisah lah, janji bulan sepuloh.
baby be good yeh.
enjoy dlu, berenang2 dlu, jgn keluar awal..
mama suka je awak tendang2 dlm perut mama ni.
busuk2 pun tunggu bulan saploh dlu, baru keluar eh.
mama tak ready awak keluar awal.
takmo2.. kakak awak pun dlu keluar awal, kena duk wad lama.
mama teruk tahan rindu nak jumpa anak.
dah masuk 3rd trimister ni, pada aku ni fasa tergedik2 la.
nak2 klau anak 1st kan?
tapi ni aku anak ke 2 dah, so tergedik2 tu ada, cuma kurang la sket.
time ni tergedik2 sebab nak buat persiapan utk cik baby.
nak beli2 barang semua.
time Amni dlu, hoihh, asyik la nak membeli baju.
asal nampak comey, murah beli je.
tau pulak baby girl kan?
tau jelah baju baby girl ni dia punya gedik and comel to the max.
pastu baju melambak, and tak sempat pakai sgt pun.
so kali ni kita behave sket yeh..
anak dah masuk 2, toksah gedik sgt.
beli mana perlu je, dahulukan yg penting dlu.
kali ni aku tak buat persiapan apa lagi, duk google je belinya belum.
takat la ni baru beli baju je dlm 6-7 pasang kut.
anak aku maybe tak besar sgt, so beli baju saiz s and newborn je.
baru ni scan masa ngam 28w, saiz scan is 27w, baby anggaran dlm 900g.
doc kata ok je, tak kecik sgt.
just minimum weight.
refer pada Amni dlu, rasanya kali ni pun baby aku tak besar sgt.
takpe, asal sihat tubuh badan, cukup berat, mama ok je.
nak push karang pun tak teruk sgt.
dah keluar nnt, awak membesar yeh.
Amni skang dah 15kg.
pitam nak dukung.. muahahah..
pas beranak, membesar elok je walau beranak cuma 1.8kg. Alhamdulillah.
alahan, so far dah tak de.
Alhamdulillah sgt.
muntah2 dah takda.
dlu2, sampai beranak aku muntah.
kali ni, ok dah.
aku akan muntah klau aku lewat mkn, perut masuk angin.
klau makan elok ikut jam, takda hal.
selera pun dah ok, yg tak boleh makan tu, ada yg dah boleh.
cumanya berat tak naik2 sejak puasa ni.
turun 2kg awal puasa, sampai hari ni tak naik2.
no worries, aku klau puasa mmg berat turun.
tapi raya kang mencanak naik, and lebih dari 2 kg tu.
maunya tak, belasah ketupat lemang kuih raya kaw2 nnt.
cumanya skang ni, sakit sana sini tu biasalah.
jalan bnyk sket, mengah pastu sengal2 perut.
dlu maybe sebab uri kat bawah sket, so sakit.
bleeding dah takda, alhamdulillah.
klau duduk lama, tidor, nak bangun nak gerak tu alahai, sakit.
yg tu masuk 2nd trimester sampai la ni dah start sakit dah.
masa pregnat Amni pun sama gak camni.
makan bnyk pun sengal2 jugak.
part ni yg aku tak berapa tahan.
aku biasa lasak, skali bila pregnant, sakit sana sini.
stress wooh..
tapi sabar, tu ujian tuhan dan moga2 dapat kurangkan dosa2 kecil aku.
tapi dlm pada tak berapa nak kuat, kena kuatkan diri la jugak kan?
keja opis, tempat carik rezki tu, kena kuatkan diri.
kat umah, keja2 umah kena gak buat.
tapi ala kadar la, takleh over sgt.
pagi2 sapu sampah dlu, petang kang baru mop lantai.
tu pun bahagi 3, baru setel.
buat sket2, klau sekali harung, pas setel mau terlentang terus sakit kaki sakit urat bagai.
pastu terkedek2 je buat keja, slow2 je jln.
mlm mmg totaly out.
klau mana yg tak sempat tu, tinggal jelah.
klau masak dinner, laki aku la setel basuh pinggan segala.
aku tak daya dah.
but masuk 3rd trimester ni kuat sket kut sebab alahan dah takda.
tapi tak la kuat mana pun, nak2 klau laki ada.
dan2 tak larat.. hahahah..
bila lagi nak mengada2 ye dok?
seb baik laki iolls rajin gak tolong bini dia.
klau tak, mau dapur berkecah kut tgg aku sorang.
mlm2, botol2 amni smua dia basuh.
pinggan periuk belanga utk dinner pun dia setelkan.
mandikan amni, layan amni malam2 tu keja dialah.
oh, ailebiu papa...
check up so far ok.
cumanya uri aku masih rendah.
dlu kat bawah, but dah naik tapi rendah.
pegi gynea, doc kata takpe sebab tak tutup laluan pun.
nnt rahim mengembang, anak membesar, uri tu akan tertolak naik sendri.
insyallah, boleh beranak normal.
haaaaaaaaaaaaaaaaa, tu yg aku nak dengar.
kak yah tak mo belah perut.
takuitttt..
biarlah iolls teran, push.. takpe, janji normal.
masa check up kat gynea on 4 july hari tu, kepala baby kat atas.
patut lah aku sengkhak semacam je rupanya kepala kat atas.
dah dekat tetek dah nak oi.. hahahah
pastu scan pulak kat kk 17 july tu, kepala kat tepi sebelah kiri pulak katanya.
amboih, berpusing2 awak ye dik.
besar lagi kut ruang dia, so seronok la dia berenang.
bgtau mak aku, dia kata baby duk berpusing la tu.
by due nnt, insyallah dia akan duduk kat kedudukan sepatutnya la.
harap2 mcm tu la..
jgn songsang hujung2 nnt dik, kena belah peruit kanggggggggggggg.
takmo2..
masa arwah muhammad aqil, aku beranak dia songsang la.
6month++ time tu.
kuasa tuhan, bule keluar elok je, keluar bontot dlu.
magik tak? ehehe...
lebam2 badan sebab songsang.
al-fatihah utk dia.
erm, terbaru, aku kena ambil suntikan IM Dexamethasone.
apakah ia?
next entry lah..
tak larat nak taip dah..
nak berangan jap petang kang nak masak apa utk berbuka..
bubbaiii..
No comments:
Post a Comment