Friday, July 04, 2014

DIY Kotak Diapers

tengok org diy, menggedik hati nak men'diy jugak.
jelesssss..
skang ni slalu bukak blog2 yg share pasal kemas2 umah, susun atur umah, and join kat fb group kami suka susun atur.
seronok tgk org kemas, diy mcm2 utk rumah.
so, baru2 kak yah pun nak diy jugekkkkkkkkkkkk..

selalu aku tgk, ramai mak2 yg susun diapers anak kat dlm drawer or kotak.
aku tak penah kut!
hahahaha..
duk la dlm pastik tu.
nak pakai ambik dari situ je.
bila tgk ramai yg letak diapers dlm drawer atau kotak, eh nak buat jugak laaaaaaaaaaaaa..
jommmmmmm..

tak keluar modal sebab bahan2 semua dah ada.


kotak, kertas pembalut, pisau, gunting, gam, selotep.
semua dah ada, tinggal nak buat je.

aku potong 2 kotak tu sebab tinggi.
pastu selotepkan atas bawah, then dapat 2 kotak.
tapi aku balut 1 jelah dlu.


nilah hasilnya selepas penat terkangkang2 balut kotak.
stress wooooooooooooooooooooooo..
sebab payah nau.
dengan keadaan aku yg boroi ni, duk buat keja sambil bersila, sangat mencabar.
semput kak yah.
pastu kertas tu bergulung kan, nak  mengedjas tu, peluh keti..
tangan semua keras dah nak buat keja yg memerlukan daya kreativiti nih.
padahal zaman skolah dlu semua aku diy je.
kad raya, frame gambar, diy jeeeeeeeeeeeeeeeew.
dlu masa SPM, seni lukis dapat A1 tauuuuuuuuuuuuu..
dah tua, tgn keras sebab tak praktik..
alasannnnn.
nak balut kotak je ponnn.
siap la jugak pas berhempas pulas.
takla kemas sgt sebab aku malas!
janji balut sudah.
ikut ke tension tu, dah jom g beli bakul laaaaaaa.
tapi gigihkan jugak since dah niat nak buat.


ini jugak antara penyumbang ketensionan aku.
kenit ni mengacau laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dari mula sampai habis.
pisau, gunting, selotep, semua nak main.
pantang letak, dia capai.
sabau jelah mak kau nak oiii..



dah siap, jom kita susun diapers cik kuntum.
letak diapers Whoopee ni cun je sebab diapers ni lipat cenggini.
memula susun mcm kiri tu, pastu tukau susun mcm belah kanan tu pulak.
susun mcm yg belah kanan tu lagi praktikal utk ambil kut..
ni diapers pakai siang hari.
mlm pakai Drypers.
lagipun skang ni tgh ajar Amni tak pakai diapers.
kadang2 jelah pun sebab mama tak larat nak ulang alik g toilet layan awak yg asyik la nak terkencing sejam sekali.
padahal tak pun, nak main air je. grrrrrrrrrrrrrrrrrr..


park atas almari Amni.
sebelum ni pun mmg kat sini tempat dia, cuma dlm bekas plastik tu lah..
kena letak tinggi, klau tak cik kuntum tu sepahkan.
takpun asyik la ambik nak pakaikan kat anak dia.
rosak habis diapers.
duit tu nak oi, duitttttttttttttt..
duk dlm kotak ni, nak mengambiknya mudah.
tarik je kotak and capai terus diapers kan?
klau dlm beg plastik dia, susah gak bila diapers dah sampai tingkat bawah.
kena seluk2 sket, silap2 bercamok habis dlm tu bila ambik kalut2.
mcm ni, kemasssssssssssssss je.
kak yah sukaaaaa..
takpelah penat sket tadi.. hihih..


balance diapers tu letak sini.
beg ni dapat free masa beli Drypers.
bagus jugak, cuma kecik je and tak muat nak letak semua.
yg ni gantung kat penyidai tudung aku sebelah almari Amni.


kedudukan mereka...
puas hati setakat ini.
klau dapat bekas tertutup lagi nice kan?
ok, next projek..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...