Search This Blog

Loading...

Friday, July 11, 2014

Simpan tipuware

cemana eh korang simpan segala tupperware ngan tipuware tu smua?
banyak tak korang punya?
aku salute habis kat pencinta tupperware, yg beli semua edition, semua jenis.
pastu beli almari  khas, susun cantik2.
huiiii..
dasyattt....
aku ni minta gak tupperware tu smua.. -mak2 sgt kannn?
sapa tak suka ye dok?
memang la mahal, tapi berbaloi beli sebab tahan lasak, kedap udara and bule guna lama.
dlu2 aku tak beli la tupperware tu smua..
mahal nau harga.
skang dah keja, dah ada umah sendri, baru berjinak2 beli tupperware.
beli dgn harga ahli tu murah la sket and beli bila ada sale.
tak kisah la edition  bila, yg penting, murahhhhhhhhhhhhhhh..
tapi, idok le aku beli banyak pun.
tupperware yg aku beli, semua aku guna.
guna semaksimum mungkin.
isi segala keperluan harian.
takdanya aku nak beli, susun cantik2, hari2 tgk..
hahahaha.. minat belum sampai ke tahap tu.
yg banyak kat umah aku ni, tipuware.
brand apple lady, elianware ngan tipuware kuih raya or bekas soya tu..
hahahaha...
dlu, memula duk umah sewa, aku beli yg brand ni je.
murah je pun.. tapi tulah, ada yg tak kedap udara.
2,3 kali tukar jugak bekas isi milo gula tu smua.
pakai yg jenis kaca pun pernah, tapi berat pulak.
banyak gak la aku beli yg tipuware sebab murah and design pun lawa2.
asyik beli, sudahnya bnyk jugak bekas2 tu kat umah.
dah pindah umah, nak simpan bekas tu smua, pening gak arr..
nak buang sayang walaupun bekas aiskrim, bekas kuih raya tu smua.
sebab kadang2 berguna jugak.
like, nak tapau kat org apa2 kan?
tapau dlm bekas2 kuih raya tu klau tak blk dah bekas tu pun takda la rasa nak marah ke apa kan?
ater, bekas freeeeee.. hahahah..
klau kasik yg lawa2 sket, walau tipuware, tapi klau tak balik ke tgn semula, gewamm la jugak kan?
lainla klau tapau ke mak sendri, mak mentua ke ye dok?



ni lemari tempat aku sumbat segala bekas2 tipuware aku.
tupperware ada 2 bijik je yg tak guna.
yg aku beli, semua aku guna, takda simpan2 pun.
ni kat almari yg aku jadikan pantry.
atas tu, segala gula susu milo.
atas lagi stok makanan, segala jenis tepung, and bahan masakan yg lain.
blh klik kat entry pantry tu utk tgk lemari ajaib aku ni.

skang ni aku tgh pikir, cemana nak susun segala tipuware ni bagi nampak kemas sket.
banyak tak banyak, penuh la jugak kan?
skang ni mmg aku tak beli dah segala tipuware tu smua, guna mana ada je.
tgh pikir cemana nak storage bagi lebih kemas and senang nak capai.
klau takat aku sorang yg guna takpe susun cemana pun.
klau babitkan laki aku sama, hahhhh, takda maknanya.
ni klau aku ubah susunan ni, pastu suh dia tlg ambik mana2 bekas, confirm tak jumpa.
susun pelik2 sket, mau bebel cari barang tak jumpa.
dia dah terbiasa dgn susunan mcm ni, klau ubah, takes time sket nak hadam.
paling kerap dia guna is jug air.
klau biasa duk depan, skali aku letak blakang.
dia buka pintu, tgk takda, terus kata takda.
kut nak jenguk ke dlm2 tu, tak..
sebab tu dia tak penah usik dapur aku. hahahaha..
klau nak suh dia ambil apa2, aku kena bgtau detail.
laci mana, pintu mana, drawer mana, celah mana..
gituuuuuuuuuu...
klau takat bgtau kat kabinet dapur je, pas sudah carik tak jumpa.
ehh, termengumpat laki pulak.. hahaha

ok, back to the topic..


zoom sket kat bahagian atas.
segala jug air duk sini, tapi yg plastik je, jug kaca kat tempat lain.
ni jug harian, buat bancuh air ais.
klau raya, pakai yg kaca.
klau ada tetamu, kadang aku bantai je pakai yg ni sebab yg kaca duk dlm kotak.
lambat nak keluarkan.. heheh..
belakang tu ada botol2 air dan tipuware kecik jenis bulat.
susun skali kat sini.
hari tu share kat group KSSA kat FB, ada yg suggest, buang semua tudung and susun secara tindan2 tu / bertindih.
blh cuba utk yg kecik2 tu.
yg paling besar, kaler pink tu, dlm tu ada tipuware kecik2 yg aku guna buat isi makanan Amni masa dia kecik2 dulu.
lagipun jug pink tu jarang sgt guna, kecuali ada kenduri or air takda je.


ni bahagian bawah.
sini bekas2 tipuware je.
yg guna utk bawak bekal ke opis, yg guna utk simpan makanan dlm peti ais, yg guna utk simpan stok bahan basah dlm pei ais.

dlu main beli je, asal nampak elok kat mata.
pasni tak blh dah, kena beli yg sama saiz, senang nak simpan, nak susun.
sini yg agak disaster.
waktu rajin, semua tersusun elok.
waktu aku tak sempat, kadang2 aku campak je dlm tu.. hahahaha..
tutup pintu, tak nampak kekecahannya..
tapi jarang la buat sebab aku pun rimas klau semak.
cumanya, kadang2 tak berapa tersusun ikut jenis la.
pastu bila free, bila rajin, aku susun2 balik.
klau tak kang, elok buka pintu, jatuh habis tipuware ko..
aku ada tgk kat blog sapa ntah, dia letak dlm raga, pastu masukkan dlm lemari.
kemas la sket.
blh try nnt, beli 1 raga besar, then susun dlu tipuware tu smua.
asingkan bekas dgn tudungnya..
nnt klau aku dah buat, aku share kat sini.
taktau la bila nak jadinya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...