Monday, December 22, 2014

Jaundis dan baby

jaundis or demam kuning is normal to newborn baby.
semua baby ada jaundis.
tinggi dengan rendah je.
sedikit info pasal jaundis..

Jaundis merupakan penyakit yang biasa dialami bayi yang baru dilahirkan. Lazimnya ia dapat dikesan selepas 24 jam bayi itu dilahirkan. Hari ini, sekitar 50 peratus bayi yang dilahirkan mendapat jaundis. Biarpun jaundis adalah suatu penyakit yang biasa dihidapi bayi namun ia boleh menjejaskan kesihatan bayi.

Jaundis yang teruk, jika tidak ditangani dengan betul boleh mengundang risiko. Bayi boleh menjadi pekak dan kemungkinan kerosakan otak.
Jaundis bermaksud kehadiran warna kuning di bahagian kulit bayi dan bahagian putih mata yang disebabkan oleh terlalu banyak mendapan bilirubin di dalam badan. Bilirubin dihasilkan secara berterusan di dalam badan tetapi ia dinyahkan daripada badan dengan pantas berbanding penghasilannya. Maknanya, jaundis tidak akan berlaku selagi bilirubin dapat disingkirkan dengan cepat berbanding penghasilannya di dalam badan. Jaundis terjadi akibat pengeluaran bilirubin yang berlebihan dan tidak dapat dinyahkan oleh hati. Lebihan bilirubin itu akan mengalir melalui saluran darah ke lain-lain bahagian badan dan menyebabkan kulit menjadi kuning. Ia berkemungkinan disebabkan oleh proses penyingkiran bilirubin oleh organ hati yang begitu perlahan.
Paras kepekatan bilirubin yang begitu tinggi dan berada lama di dalam darah boleh merosakkan otak bayi. Justeru ibu bapa perlu peka dengan keadaan bayi kerana kekuningan itu memberi isyarat, bayi perlu mendapat rawatan segera, tanpa mengira apakah puncanya.

 details, klik sini

anak2 aku semua jaundis tinggi and lama.
susah hati mak ni tak tau lah nak cakap cemana.
Amni dlu, dah duduk dlm inkubator dekat seminggu, pastu sambung dengan jaundis pulak.
dah balik rumah, masuk wad balik sebab jaundis.
duduk la bawak lampu tu sampai kering kulit badan.
terbakar kulit.
sudahnya, hitam sampai ke besar.
hahahah..
dia tak putih sangat kecik dlu.

beranak kali ni pun sama jugak.
baby usia 2 hari, bawak g check, bacaan dah 14.
tinggi utk usia baby 2 hari.
terus kena admitted.
masuk wad hari khamis.
nuuuuuuuuu, selasa depan baru kluar.
berapa hari?
6 hari yeee..
balik rumah, ulang g check kat klinik kesihatan.
pastu hari sabtu masuk balik.
sabtu before raya haji tu.
hari senin baru discaj.
total duduk wad is 9 hari.
ulang alik aku g spital utk kasik susu.
aku tak duduk skali dgn dia sbb katil tak cukup.
klau ada katil kosong pun aku taknak duduk.
bukan tak sayang anak.
gila kau tak sayang, aku beranak teruk2.
biarlah aku ulang alik g bagi susu takpe.
utk mlm, aku hantar je stok susu, biar nurse buat.
lagipun rumah dekat je ngan spital.
tak sanggup aku nak duk kat wad, nak tgk doc duk cucuk kaki tangan anak aku nak ambik darah.
dengar diorg duk meraung sakit tu, ishhhhhhhhhh..
menghiris hati mak nak oi.
dah habis anak kita, anak org lain pulak.
baby kecik tu apa dia tau. menangis sakit jelah.
nak marah doc pun dah tu keja dia, nak buat camna kan?
sebab tulahhhhhhhhhhhhhhhh aku tak leh jadi doc.
tak sampai hati.. tskkk tskk..
padahal tak berapa pandai nak jadi doc.. mengaku jelahhh..


masa kat wad.
pakai spek kaler putih ngan diapers je.
pastu duduk la bawak lampu biru tu.
tu salah 1 treatment utk turunkan bacaan jaundis tu.
ada had, aku tak ingat sangat.
baby day1 hingga day 3, cthnya, bacaan kena bawah 10.
pastu day 4 hingga day 6, bacaan kena bawah 14.
gitulah lah lebih kurang.
tak ingat dah. ada doc terangkan.

bila pegi tengok dia, duk mengkerekot bawah lampu tu, aduhai, sedih.
ambik dia, kacau2 sket nak bagi susu.
baby yg kena jaundis ni biasanya tak aktif.
tido je. bila banyak tdor, kurang minum susu, jaundis lambat hilang.
kena banyak minum, kerap buang air kecil and berak, cepat la jaundis tu hilang.

susu badan yg aku perah and hantar g wad.
simpan dlm tupperware lagi kauuu.. hahaha
sekali perah dapat la 1 oz. baru lagi kan, susu tak meriah sgt.
beriya la duk picit tetek sambil ingat anak.
pagi2, papa dia g hantar susu dlu.
tghr baru aku g wad utk df dia.
pagi2 aku bertungku dlu. ikutkan nak pegi awal, tapi badan mak ni kena jaga jugak.
baru beranak, kang bentan sapa susah?

klau ikut hospital, diorg suh banyakkan menyusu and letak bawah lampu tu.
klau mak2 kita, mcm2 petua keluar nak bg hilang jaundis.
bagi susu kambing la, bagi air sengkuang cina la, mandi air daun itu, daun ini.
macam2 petua.
dan macam2 dah aku cuba, tapi tak nampak sgt keserasiannya.

bila masuk hari ke 3, bacaa baru turun sikit, and baby tak bule balik lagi, aku mula gelisah dah.
tak sanggup dah aku nak tgk tangan kecik dia tu lebam2 sebab kena ambik darah.
kecik oii..
ada kawan aku bagi petua, suh lenyekkan buah kurma dgn air zamzam.
pastu tapis and bagi baby minum.
aku buat, and senyap2 kasi kat Aniq masa g menyusukan dia.
usaha, doa, and tawakal kepada Allah.
minta dia cepat sembuh.
lagipun aku dah tak larat nak ulang alik g spital walaupun dekat.
baru beranak, duk banyak bergerak, dgn sakit batu meriannya..
Alhamdulillah, lepas 2 hari tu dah turun bnyk.
memula tu turun sikit2 je.
hari ke 6 bule balik, lega gila rasa.
tapi still kena ulang g check up 2 hari sekali.

dah balik rumah, g check up bacaan tu naik balik.
padahal dia kuat je menyusu, berak smua.
hari ke 4 lepas balik tu, g check, bacaan tinggi.
sepatutnya kena bawah 15, tapi bacaan dia 15.2.
nurse suruh admit wad balik.
aku dah nak menangis dah.
esok nak raya haji and nak buat akikah utk dia.
waaaaaaaaaaaaaaa... apaknya suh masuk jugak.
pikir keselamatan anak katanya.
bila g nak admit wad, nurse kat situ kata boleh je klau nak bawak balik dlu.
lepas raya, datang balik.
berbelah bahagi hati aku ni.
tapi papa dia suh masuk wad jugak.
blk rumah, raya esok org datang duk tgk dia, pegang2 dia kang lagi naik pulak kuning tu.
badan dia pun masih nampak kuning lagi.
mak ni tinggalkan anak dengan air mata..

tangan bekas ambil darah... tskkk
masuk kali ke 2, is kelakar..
sebab dia paling tua.
umo dah dekat 2 minggu, pastu siap cukur rambut dah.
hahahaha..
nurse smua dah kenal.
yelah, masuk awal pun lama kan. dah balik, eh masuk pulak..
seb baik 3 hari je.
tu tgk, hidung tu nampak kuning2 kan?

masa 1st hari raya haji tu, ramai org datang umah.
buat kenduri akikah utk dia and korban skali.
tapi dia tak da.. huhu..

dah balik rumah tu, kena ulang g check up jugak.
sampai hari ke 20.
bayangkanlahh.
masa nak g hari ke 20 tu, aku nekad dah.
ni last g check. aku dah malas and kesiankan dia.
jaundis dia ni degil sket, turun sket2 je.
hari 11.9.. lepas 2 hari 11.6
gitu je. stress aku.
hari ke 20 tu, bacaan tinggal 9.9.
ok dah.. cukuplah dik. mama tak sanggup dah.
mama yakin, 1 day hilanglah jaundis awak tu.
nurse yg check tu suruh jumpa doc.
sebab dah prolong jaundis, nak ambik urine bagai.
mak keras hati, tak sanggup, balik rumah terus.
usia dia sebulan, badan dia kadang2 nampak jugak kuning sket2 bila kita tekan2.
tanya nurse jugak, katanya nnt hilang sendri.

hari ke 45 kena g paed utk check up dia.
kena buat ultrasound sebab kat  telinga Aniq macam ada lubang kecik.
atas cuping telinga, kecik je, mcm tercucuk jarum je lubang tu.
doc bgtau kena buat ultrasound sebab apa yg diorg  belajar, klau ada apa2 tanda kat  telinga ada kaitan dgn buah pinggang.
dah buat ultra sound, dapat result Alhamdulillah ok. takda apa2.
masa jumpa paed, aku tanya jugak pasal jaundis dia.
doc kata ok je. dah takda.
dia jenis lambat turun. asalkan dia turun, walau lambat, ok.
dia minum bnyk, berak kencing bnyk, nanti hilang sendri.
banyakkan menyusu.
klau tak turun, yg tu bahaya.
kena follow up cepat takut berkait dgn hati.

umo dia 2 bulan, mata tu dah putih dah.
klau tak sebelum tu, nampak jugak kuning2.
mcm2 petua aku cuba.
risau jugak kan mula2 dlu..
oh, darah aku bukan jenis O.
selalunya, klau darah ibu jenis O, baby yg kena jaundis mmg susah nak turun and takes time.



ada jugak aku sembang2 dgn mak2 yg ada masa kat wad tu.
apa punca baby kena jaundis..
ada yg kata pemakanan kita masa hamil.
ada yg kata sebab ubat2 yg kita ambil semasa hamil.
entah..
anak2 aku smua jaundis lama.
ubat yg aku makan masa pregnant, sama je.
bila dah beranak, baby ada jaundis, jgn biar lama2 yeh..
usaha lah selagi tak memudaratkan dia.
err, jgn bagi baby mkn bukan2 pulak.
air zamzam dgn kurma tu aku berani bagi sebab pikir kelebihan dia and makanan sunnah.
tapi agak2 la nak kasi. utk berubat je.
bukan utk kenyangkan dia.
klau air masak tu, takut jugak. if perut dia tak leh hadam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...