Friday, December 26, 2014

Apabila langit menangis...

rasanya se-Malaysia alert bab ni.
banjir di pantai timur.
kelantan, terengganu dan pahang.
juga di perak dan perlis.
yag kini makin meruncing.
Allahuakbar!
betapa besar kuasaMu.

aku hari2 tengok berita.
hari2 dpt wa dari kawan2, share perkembangan banjir di sana.
teruk.
sangat  teruk.
tak dapat nak bayang mcm mana diorg hadapi bencana kali ni.
paling teruk setakat ini.
kawasan yg tak pernah naik air, tiba2 air naik.
sungai smua penuh.
empangan juga air dah melebihi paras bahaya.
rumah ada yg nampak bumbung je.
yang hanyut dibawa air pun ada.
sekolah, masjid, hospital..
semua ditenggelami air.
rumah2 apa tah lagi.
bila tengok berita kat tv, jadi speechless.
terkejut tengok keadaan diorg.

dlu, masa perlis dilanda banjir besar tahun 2010, rumah aku kena jugak.
rumah sewa masa tu.
dlm rumah separas betis.
luar rumah, kat jln nak masuk rumah, paras peha.
tapi air tak kotor sangat and tak deras pun.
2 hari mcm tu, air dah surut dlm rumah.
dah boleh balik and basuh rumah.
itupun dah berkeluh kesah, risau, susah hati bagai pikirkan barang2 and rumah.
ini, kat pantai timur sana, air kotor, arus deras, dah lebih paras bahaya.
rumah tenggelam, harta benda musnah.
yang tinggal cuma sehelai sepinggang.
lagi teruk.
berkali ganda teruk.

Perlis kali ini banjir tak teruk sangat.
pusat pemindahan dah dibuka.
mangsa yg masih di pusat pemindahan pun tak ramai.
hujan 3-4 hari.
Alhamdulillah, sejak semalam, hujan dah berhenti.
dah ada kawasan yg air makin surut.
syukur, bantuan dapat disalur dengan cepat.
terima kasih pada yg prihatin.

di pantai timur, mangsa banjir makin meningkat.
yg meninggal pun ada.
nak selamatkan diri, tak sempat.
Al-fatihah utk mereka.

sedih sangat bila tengok apa yg mereka alami.
moga mereka terus kuat utk hadapai dugaan Tuhan kali ini.
pinta aku kepada semua, sama2 lah kita bantu mereka.
sama2 bantu rakan2 kita, rakan seagama kita, rakan2 senegara kita yg sedang mengalami kesulitan.
bayi, kanak2, warga emas yg sedang sakit.. Allah...
tak banyak, walau sedikit yg dihulur mampu membantu mereka.
utk meringankan beban mereka yg sedang melalui saat2 sukar.




marilah kita sama2 berdoa, moga bencana ini tidak berterusan..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...